Monday, September 07, 2009

Muslimah Bertudung, Wanita Pertama Pemandu Teksi New Delhi.

JOM KREATIF
Muslimah di India mengoperasi teksi.


NEW DELHI– Shanno Begum, seorang janda Muslim berusia 32 tahun, berkreatif dalam berusaha mencari sumber pendapatan dengan memecah tradisi yang biasanya dikerjakan oleh kaum lelaki sebagai pemandu teksi di New Delhi.

“Suami saya meninggal dunia tiga tahun lalu. Saya memiliki tiga anak kecil dan mertua yang perlu saya tanggung,” ujar Shanno kepada Agence France Presse (AFP) pada hari Jumaat, 4 September lalu.

Tahun lalu Shanno telah mendaftar untuk menjadi pemandu teksi wanita pertama di New Delhi. “Sebagai seorang jururawat peribadi (sebelum itu), saya biasanya mendapat gaji 4.500 rupee (90 dolar) sebulan untuk pekerjaan selama 24 jam sehari.” ujarnya. “Kini, saya dapat jumlah pendapatan yang sama dengan bekerja selama 8 jam dan waktu bakinya boleh saya gunakan bersama anak-anak saya.”

Itulah sebahgian dari program Yayasan Azad milik Meenu Vadera, sebuah kelompok sukarelawan yang bertujuan membantu kaum wanita tidak mampu untuk berdikari dalam kewangan. “Tujuannya adalah untuk mendirikan sebuah perusahaan di mana wanita sebagai pemegang sahamnya,” ujar Vadera. “Dengan cara begitu, tidak nampak sebagai sebuah yayasan amal, tetapi sebuah perusahaan yang dijalankan bersama.”

Kemunculan India sebagai kekuatan ekonomi global tidak banyak mempengaruhi jutaan wanita buta huruf atau tidak berkelulusan kecuali bekerja buruh kasar sebagai sumber pendapatan. Pekerjaan yang umumnya tiada jaminan perlindungan undang-undang dari pengeksploitasian dan perlecehan.

“Apa lagi ramai dari mereka berasal dari keluarga yang hanya kaum lelakinya saja bekerja.” ujar Poonam Bala, seorang profesor Sosiologi Universiti Delhi. "... latar belakang mereka pula tidak layak bagi memasuki pasaran kerja profesional.”

Teksi wanita ini dirancang akan mulai beroperasi sebelum Commonwealth Games pada Oktober 2010. “Kami telah melatih 9 wanita dan sedang melatih 11 yang lain,” kata Vadera yang akan beroperasi 5 taksi pada Februari dan 20 lainnya semasa Games dimulai. Untuk memastikan keselamatan mereka, pemandu wanita ini telah dibekalkan dengan latihan ilmu pertahanan diri.
Juga ditambahkan kelas-kelas etika dan bahasa Inggeris.

“Saya sedang mencari satu program mengkombinasikan sumber pendapatan dengan idea teksi wanita yang akan memberi keselesaan kepada pekerja wanita di Delhi,” ujar Vadera. Ramai wanita India melihat program kreatif ini sebagai jalan keluar dari masalah sosial dan ekonomi mereka.

“Saya terus terima idea itu,” ujar Rita, 24. “Ini membuat saya berdikari dan mampu menyokong diri saya sendiri.”

Bagi Ekta, seorang ibu dari empat orang anak berusia 28 tahun, projek teksi ini membuka pintu yang disangkanya sudah tertutup bagi dirinya sebagai seorang wanita buta huruf. “Sekarang saya rasa bertenaga dan memiliki identiti sendiri, selain menjadi seorang isteri dan ibu.”

Namun, projek tersebut tentu ada masalahnya. Contohnya, lesan pemandu bagi teksi di sana perlukan masa hingga setahun. “Saya tak peduli masalah jantina." kata Vadera, seperti yang sering dipertikaikan apakah wanita dapat memandu dengan tenang dan tepat waktu kerja. “Saya tak jamin.. fakta menunjukkan wanita lebih berhati-hati dari lelaki, patuh peraturan, tak mabuk ketika memandu dan tidak loklak di jalan."

Heena Khan, 22, merasa patah semangat kerana lambat keluar lesen pemandu. “Patah semangat, setelah kerja kuat pun kami tak dapat, juga kerana kami wanita." ujar Khan, yang memiliki 10 ahli keluarga bergantung padanya.

Nampaknya pekerjaan sebagai pemandu bagi wanita Muslim semakin menjadi-jadi di seluruh dunia. Pernah sebuah perusahaan di Eropah mengambil wanita minoriti sebagai driver bas kota di waktu tersibuk yang dikatakan dapat kurangkan insiden. Saiqa Mehmooda, seorang pemandu Muslimah yang memakai tudung waktu kerja memberitahu lelaki muda Muslim lebih menunjukkan rasa hormat kerananya.

Sebuah perusahaan teksi di Beirut juga sedang mengembangkan sebuah konsep baru, dimana mereka mengkhususkan kepada penumpang wanita sahaja.. “Dulu, agak susah nak jumpa pemandu wanita, kerana itu tugas lelaki. kata Nawal Yaghi Fakhri, pemilik perusahaan 'Taxi Banat' yakni teksi khas untuk wanita yang baru dilancarkan. (Pelbagai sumber/AK)

Sila lihat siri-siri kreatif..

4 comments:

Shahabudeen Jalil said...

gambar tak pakai tudung pun ?

Nangkubai said...

minta maaf le..kalau macam dalam gambar tu,kira pakai tudung ke??

Anonymous said...

tu tudung la tu kt bahu dia

Anonymous said...

mmg la bertudung..bertdung kt bahu.wakakakaka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails