"Saya yakin, kemenangan ini adalah hadiah agung yang diberikan Allah kepada pasukan Mesir kerana kami tetap menjalankan ibadah puasa di celah-celah pertandingan penentu ini," terang Ahmad Hasan, penyerang maut dari Mesir.
Sebelumnya, Majlis Fatwa (Darul Ifta) Mesir mengisytiharkan fatwa membolehkan tidak berpuasa bagi pemain Mesir yang akan turun padang berlawan di saat penentuan (tashfiyyah) Piala Dunia ini, kebetulan jatuh pada siang hari di bulan Ramadhan. Fatwa Mufti Besar Mesir Syaikh Ali Gum'ah itu telah menimbulkan kontroversi di Mesir dan luar negara. Ada pro dan kontranya.
Namun pemain-pemain Mesir telah menetapkan berpuasa dalam perlawanan Sabtu lalu. Hasilnya, pasukan asuhan Hasan Shahata itu menang dan dapat lulus sebagai peserta Piala Dunia 2010 nanti. Kemenangan ini tentu saja membelalakkan mata banyak pihak. Fasalnya, beberapa hari menjelang pertandingan, berbagai media di Timur Tengah, termasuk Israel, menganalisis meragui kemampuan pasukan Mesir berpuasa pada hari tersebut. Sehingga Majlis Fatwa merestui membuka puasa demi memaksimalkan stamina.
Akhbar Haatrez terbitan Israel, dalam tulisan 'Menyindir' menyebutkan, "Apakah Abou Treika, streiker handalan Mesir pernah menghamparkan sejadah, bersujud ketika membuat gol dan dinilai sebagai pemain beragama, juga akan berpuasa pada pertandingan ini?"
Kini segala persoalan itu terjawab, ahli pasukan nasional Mesir tetap berpuasa sebagaimana mestinya. Dan, kerana puasa itu, mereka menang! Subhanallah. (Pelbagai sumber/AK)
Ada kaitan dengan sukan dan berpuasa...
1 comment:
AllahuAkbar.
Post a Comment