KUALA LUMPUR: Polis telah menahan 16 orang termasuk tiga wanita selepas mereka berarak secara haram dari Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, menghala ke Dataran Merdeka di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata kira-kira 50 peserta perarakan itu dari sebuah pertubuhan haram mula berkumpul pada pukul 7.45 malam sebelum berarak dengan membawa lilin kuning dan bunga ros merah dan putih.
Tujuan perarakan itu adalah untuk menuntut hak kebebasan beragama di negara ini.
"Pihak polis mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengawal keadaan dan menyurai perarakan haram itu," katanya kepada pemberita di lokasi tersebut.
Katanya semua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan. BERNAMA
2 comments:
Peserta perarakan aman menyeru kepada keamanan begitu cepat ditangkap. Tidak lebih 15 minit habis.
Perarakan haram yang lain yang menimbulkan kekecohan membakar api perkauman dan sentimen agama dibiar sampai berjam-jam..
Masing-masing fikir lah sendiri situasi begini... takkan rakyat Malaysia penyokong UMNO-BeEND tak boleh nampak lagi...
Betul tu.
Post a Comment