Thursday, September 17, 2009

Serbuan Polis Indonesia: Nordin Mat Top Terbunuh?

Bukan berita Nordin Mat Top. Tetapi, ini warga Indonesia yang bekerja di negara ini sudah mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena menyambut kedatangan Aidilfitri, ketika tinjauan fotoBERNAMA ke Jeti Pelabuhan Klang, hari ini. Kelihatan warga Indonesia memenuhi kaunter tiket di jeti itu seawal pagi untuk pulang ke kampung masing-masing.--fotoBERNAMA

Khamis September 17, 2009: 4 suspek pengganas terbunuh dalam serbuan di Jawa Tengah

JAKARTA: Empat orang dipercayai pengganas terbunuh manakala tiga lagi diberkas dalam satu serbuan polis di tengah Indonesia, awal pagi Khamis. Menurut jurucakap polis negara itu, Mejar Jeneral Nanan Sukarna, tujuh orang dipercayai anggota militan telah dikesan di pinggir bandar Solo, Jawa Tengah, lewat malam Rabu.

Katanya, empat suspek tersebut terbunuh dalam kejadian tembak-menembak dan letupan pada awal pagi Khamis di sebuah kampung yang menjadi tempat persembunyian suspek sementara tiga yang lain berjaya ditangkap. Pegawai anti pengganas berkata, mereka yang terbunuh termasuk pembuat bom yang dikehendaki kerana mempunyai kaitan dengan kejadian letupan bom di dua hotel mewah di Jakarta Julai lalu.

Pegawai tersebut yang enggan dinamakan berkata, kejadian pada Khamis itu kemungkinan letupan bom berani mati.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Diberitakan, mereka yang terbunuh termasuk pembuat bom yang dikehendaki kerana mempunyai kaitan dengan kejadian letupan bom di dua hotel mewah di Jakarta Julai lalu. Apakah yang dimaksudkan itu Nordin Mat Top? (Pelbagai sumber)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails