PETALING JAYA: Pemuda PAS, yang pernah membantah konsert penyanyi Beyonce Knowles dua tahun lalu sehingga ia terpaksa dibatalkan, meneruskan pendiriannya dengan menggesa kerajaan membatalkan persembahan artis itu di ibu negara bulan depan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pihaknya mahu kerajaan menarik balik permit membolehkan konsert itu - Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009 diadakan 25 Oktober ini. "Dewan Pemuda meminta kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab agar menarik balik kebenaran (yang telah diberikan)... apa tujuan membenarkan konsert ini diadakan? Kita tidak mahu kebenaran kepada konsert yang menyuntik kerosakan moral dan akhlak muda-mudi," kata Nasrudin ketika dihubungi.
Selain membantah konsert itu buat kali kedua berturut-turut, Dewan Pemuda pernah menyatakan pendiriannya menentang persembahan Rihanna Live in Kuala Lumpur pada Februari lalu dan kumpulan Michael Lears To Rock awal bulan ini. Turut dibantah ialah konsert Mariah Carey. Bagaimanapun Nasrudin berkata, pihaknya kemungkinan tidak sempat menghantar memorandum kepada kementerian terbabit kerana akan sibuk dengan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan awal bulan depan.
Penyanyi itu sepatutnya mengadakan konsertnya di Malaysia pada 2007 tetapi dibatalkan ekoran bantahan Dewan Pemuda PAS. Seterusnya artis itu mengalihkan lokasi konsertnya ke Jakarta. Ketika itu Nasrudin merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS.
Knowles yang terkenal dengan gerak tari bootylicious dijadual mengadakan persembahan julung kali di Stadium Nasional, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ialah salah satu destinasinya dalam siri konsert dunia yang meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia. Penganjur konsert itu ialah Marctensia dan UCSI Communications.
Siri konsert dunia itu diadakan sempena pelancaran album ketiganya, I Am… Sasha Fierce yang merangkumi lagu-lagu hit seperti If I Were a Boy, Single Ladies (Put a Ring on It), Halo, Sweet Dreams dan Broken-Hearted Girl. Nasrudin menambah, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert itu daripada diadakan.
"Sebaliknya kami akan mengedarkan risalah bagi mendidik peminat-peminatnya daripada menghadiri konsert tersebut," kata beliau sambil menambah, risalah akan diedarkan di pintu masuk konsert itu diadakan kelak.
"Kita bukan antihiburan, bukan menentang semua bentuk hiburan tetapi membantah hiburan-hiburan yang mendorong kepada keruntuhan moral dan persembahan artis yang tidak bersesuaian," katanya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Elok diharamkan terus tarbiah dari ajaran sesat (Beyonce I Am..) ini, kerana menghanyutkan generasi mudi ke arah kehancuran negara. Pemimpin-pemimpin BN perlu sedar hal ini..(Sumbar Mstar Online/AK)
11 comments:
Kenapa perlu berfikiran sempit...?
Konsep 1 Malaysia semua telah sedia maklum...
1 Malaysia yg telah diperkenalkan oleh PM ke-6 kita itu berkehendakan kita duduk bersama di bwh satu bumbung dgn merasai kemewahan dan kesusahan bersama tanpa ada seseorang pun dalam keadaan terabai..
Bg saya sendiri Konsert Beyonce akan dtg ini atau Konsert 1 Dato’ Siti Nurhaliza yg telah diadakan tak jauh bezanya.. Perbezaannya cukup muda, Dato’ Siti Nurhaliza rakyat Malaysia dan Beyonce Knowles rakyat USA...
Kalau dilihat dari sudut pencapaian, Dato’ Siti sememangnya berjaya dalam bidang nyanyiannya dan Beyonce pun sememangnya berjaya dalam bidang nyanyian.. Perbezaanya Dato’ Siti artis kesayangan serantau Nusantara manakala Benyonce artis kesayangan dunia..
Apa yang menjadi persoalan.. Apa rasionalnya ingin menarik permit Konsert Beyonce? Kalau alasan hanya menyatakan bahawa konsert itu menyuntik kerosakan moral dan akhlak muda mudi… Adakah itu boleh dijadikan alasan kukuh dan munasabah sedangnkan, lebih banyak perkara yang boleh merosakan morak dan akhlak remaja..
Ask urself? Budaya Gay & Lesbian yang menular sekarang ni tak merosakkan moral dan akhlak remaja? Budaya minum arak dan menghadiri kelab malam pulak bgmana? Kaki rempit, kaki perempuan, kaki lepak di pusat hiburan dan seks terbuka, sumbang mahram, budaya melawan org tua dn lain-lain adakah keadaan ini tidak merosakkan moral dan akhlak remaja? Keadaan ini berlaku dalam budaya kita sendiri tanpa kita sedar, malah berlaku dengan keadaan yang lebih berpanjangan dan turut temurun berbanding Konsert Beyonce yang hanya beberapa jam sahaja pada tarikh tu….
Jika benar konsert Beyonce tu boleh mengundang keadaan sebegitu, kenapa “Orang Yang Bersemangat Nak Menarik Permit Konsert itu” tak berniat untuk menghantar memorandum untuk menarik permit kelab2 malam Gay, Lesbian dan sebagainya yg lebih mecemarkan budaya dan agama masing2…. Kenapa perlu berlaku sebegini… Mungkin kerana kekayaan dan empayar Beyonce yang kukuh menjadi “Orang Tersebut” cemburu dan sengaja mencari alasan lain untuk mengalihkan tumpuan kami bahawa mereka memperjuangkan kebaikan untuk semua org..
Jelas wujud “Bias” jika konsert Beyonce terpaksa dibatalkan, sedangkan konsert-konsert lain samaada dlm realiti TV atau tidak sewajarnya dibatalkan kerana apa agenda mereka mengadakan sedemikian jika sekadar mengaut keuntungan malah melahirkan lagi ramai masyarakat terutamanya kanak-kanak cenderung untuk memiliki “Handphone” semata2 ingin mengundi peserta kegemaran mereka…
Lebih banyak yang perlu diperbetulkan jika konsert tour Beyonce tersbt ingin dibatalkan… lbh byk perkara lain yg lebih negatif perlu diambil tindkan berbanding menarik permit tersebut kerana pd pandangan sy 1 Malaysia itu tidak sekejam “Pas for All” ini kerana agenda politik sememangnya isu yang terlalu sensitif dan tiada penghujungnya..
salam..
x kan nk mnambahkana lagi dosa yg sedia ada...cukup2lah..dosa yg sedia ada pn x tertanggung...INGAT!!!AZAB ALLAH BKN KENA SORANG SAJA TP SEMUA TURUT MERASA..
Trlalu ramai manusia cerdik yang konon2nya tahu ttg agama dgn rasa mudah berkata setiap benda buruk itu berdosa dan hukumannya azab neraka dan lain2... Ya Allah, kejam sungguh anda dan tahu mengukur kesalahan org dah hukuman yg setimpal akan diberikan...
Tak kisahlah apa sekalipun kata2 nista dilontarkan tentang konsert beyonce tersebut, sama ada permit ditarik balik atau tidak itu semua kerajaan yang tentukan.
Jika benar permit tu telah ditarik balik disebabkan mampu merosakkan moral dah akhlak remaja, sy amat bermohon agar si polan2 yang berpegang pd pendirian mereka itu bertindak dgn sewajarnya untuk menghantar memorandum dll menarik balik permit kelab2 malam tumpuan Gay dan Lesbian yg lbh ramai terdiri olh org kita Sendiri agar mrk tidak terjerumus terus ke lembah maksiat itu..
Sekian..
Sebagai sebuah negara multi-racial PEMUDA PAS tak perlulah bikin PUBLISITI MURAHAN. Walaupun saya bukan beragama Islam, saya sendiri taklah berminat menonton promosi murahan Beyonce yang menggunakan pendedahan tubuh badan sebagai tarikan, itu adalah kerana bercanggah dengan adat resam kita. Bagi saya Pas perlu terus menerus membangkitkan dan mendidik bahawa Budaya sedemikian bukan sahaja bercanggah dengan Agama tetapi juga adat resam nusantara. Tak Perlulah KONONnya membantah kerana setiap orang ada haknya untuk hadir untuk konsert tersebut. Surga dan Neraka itu hak yang Mahaesa menentukan bukan PAS.
banyaknye penentang2 islam dalm blog ni..teruskan penulisan tuan!!
Anonymous said, kenyataannya double meaning. Bukan menyokong Konsert Beyonce tapi sebaliknya adalah tempelak..
Anonymous said, kenyataannya double meaning. Bukan menyokong Konsert Beyonce tapi sebaliknya adalah tempelak..
perlu lagi ke ditambah dengan perkara2 mungkar seperti itu?
masalahnya kawan ko dalam DAP ngn PKR setuju ko bantah konsert ni.Cermin dulu bro.PAS ni budak picisan dalam pakatan.Tengokla ape jadi ngn Hassan Ali.
Saya rasa orang Muslim patut dilarang dari menghadiri konsert sebegini sebagaimana kita melarang orang Muslim membeli arak. Tapi undang-undang sebegini mungkin tak wujud. Jadi, marilah kita nasihat-menasihati anak-anak masing-masing.
Anak-anak kitapun semuanya pandai-pandai. Mereka tahu buruk baik, halal haram.
memang syurga neraka di tangan Allah.tetapi Allah bagi otak kat manusia suruh fikir. Apa gunanya otak kalau baik buruk pun tak tahu dibezakan. sekiranya sudah jelas sesuatu perkara itu haram., usah cuba 'menghalalkan'. Dan perkara haram semestinya dibalas dengan dosa...
Post a Comment