خُطْبَةُ عِيدُ الْفِطْرِ الْمُبَارَكُ 1430
خُطْبَةُ فرتام
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .
أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
فرمان الله دالم آية 112 سورة النحل :
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian
Sesungguhnya umat Islam dituntut untuk sentiasa mentaati segala perintah Allah Taala, dan menjauhi segala larangannya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidhi ;
اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ، وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ ، وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ ، وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ
Bermaksud: Hendaklah kamu takut kepada Allah Tuhanmu, dan hendaklah kamu menunaikan sembahyang lima waktu yang difardukan ke atas kamu, melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan yang diwajibkan ke atas kamu, mengeluarkan zakat hartamu, mentaati pimpinan kamu nescaya kamu akan dimasukkan ke Syurga Tuhanmu.
Kamu juga diingatkan agar sentiasa berada dalam jamaah, menjauhi perpecahan, menjaga waktu sembahyang tepat pada waktunya sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu, seterusnya mengimarahkan rumah-rumah Allah Taala pada setiap waktu sebagaimana kamu mengimarahkannya pada bulan Ramadhan.
الله أكبر ، الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر ، الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian
Hari raya yang kita sambut pada setiap tahun dalam keadaan penuh kegembiraan bagi merayakan kemenangan kita dalam melawan hawa nafsu dan segala bentuk godaan syaitan selama sebulan di bulan Ramadhan, sebenarnya mempunyai makna dan maksud yang perlu difahami oleh setiap umat Islam, antaranya ialah;
Pertama: Hari mengunggkapkan kebesaran Allah Taala..
Di mana kita diperintahkan agar berhimpun di masjid, di surau untuk melaungkan takbir memuji Allah s.w.t. Hari ini adalah Hari kebesaran Islam, Hari ini adalah hari keagungan Islam, memberi gambaran yang jelas kepada konsep kepatuhan manusia dan pengabdian manusia kepada Alllah Taala. Mereka yang benar-benar meneliti lafaz
Pastinya memahami rahsia disebalik lafaz tersebut, di mana ianya menjelaskan bahawa Allah Yang Maha Besar dari segala yang menyangahi manhajNya, Allah Yang Maha Besar dari segala yang mengingkari syariahNya. Allah Yang Maha Besar dari segala manusia yang menentang segala perintah dan kekuasaaNya.
Allah Yang Maha Besar dari sesiapa yang memperkecil-kecilkan syariah dan perundanganNya.
Di mana tidak bererti sekiranya hanya mengakui diri Islam tanpa akidah yang suci bersih, tunduk patuh kepada segala perintahNya.
Sebagaimana juga tidak bererti segala bentuk amal ibadah tanpa pentauhidan yang sebenar kepada Allah Taala. Kerana kesyirikan tidak mampu berada bersama-sama dengan ketauhidan, amal-ibadat yang disertakan dengan kesyirikan hanya akan menjadi debu-debu yang berterbangan sebagaimana firman Allah Taala:
الله أكبر ، الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر ، الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian
Kedua: Hari kemenangan Islam
Hari raya juga bermaksud hari kemenagan bagi umat Islam dalam kita melawan hawa nafsu dan segala bentuk godaan syaitan samada ianya berbentuk material mahupun pemikiran.
Umat manusia sekarang ini dihadapkan dengan satu ribu bala dan pancaroba bagi menguji iman umat akhir zaman. Ada dikalangan mereka yang lemas dan hanyut dalam dakapan hawa nafsu dunia, ada dikalangan mereka yang gugur dengan tawaran harta-benda dan kemewahan, ada di kalangan mereka yang tenggelam dengan pangkat dan kedudukan, bahkan yang lebih parah ada dikalangan mereka yang tertipu dengan diri sendiri tenggelam dengan ego kecerdikan dan keintelektualan. Sehingga mereka membesar-besarkan pemikir-pemikir barat daripada ulama-ulama Islam, mentafsirkan nas-nas al-Quran dan perintah Allah dengan akal semata-mata.
Sebenarnya mereka lupa bahawa mereka diperalatkan oleh barat, menjadi juru cakap kepada barat bagi menimbulkan keraguan dan perpecahan di kalangan umat Islam.
Isu tentang Kartika Dewi Sukarno Putri adalah antara contohnya.I anya telah mendapat liputan meluas media asing yang menggambarkan hukuman 6 rotan yang dikenakan ke atas beliau adalah sesuatu yang kejam dan keras. Sedangkan hukuman Islam memperuntukan hukuman meminum arak sebanyak 40 atau 80 rotan.
Mereka cuba memberi gambaran kepada kita bahawa sekiranya 6 rotan adalah hukuman yang keras dan kejam maka apabila dilaksanakan hukuman Islam maka ianya jauh lebih kejam dan keras.
Hukum Islam adalah hukuman alternative di dunia yang ditawarkan oleh Allah Taala kepada umatNya yang melakukan kesalahan dan kesilapan di atas muka bumi ini bagi mengelakkan mereka mendapat hukuman yang jauh lebih pedih dan lebih lama yang disediakan oleh Allah diakhirat.
Api neraka yang digambarkan oleh Allah Taala dipanaskan selama 1000 tahun lalu warnanya menjadi merah, kemudian dipanaskan 1000 tahun lagi lalu bertukar menjadi putih dan kemudiannya dipanaskan 1000 tahun lagi akhirnya bertukar menjadi hitam legam dan dengan api inilah kita akan dibakar dan diseksa diakhirat nanti.
Apakah kita mampu untuk menahan kepanansan api neraka Allah tersebut, atau kita memilih untuk dijatuhkan hukuman hudud di dunia ini. Dan Allah telah menyatakan bahawa Dia merasa malu untuk menjatuhkan hukuman kali kedua terhadap hambanya yang telah bertaubat dan menerima hukuman alternative yang ditawarkanNya di dunia sebagaimana hadith Nabi s.a.w
Hadith
Sedangkan mereka yang menjalani hukuman buatan manusia di dunia pasti sekali lagi tidak akan terlepas dari menerima hukuman Allah di akhirat yang mana hitungan satu hari di akhirat menyamai seribu tahun di dunia.
Jesteru itu janganlah kita memperlekehkan dan mempermainkan hukuman Allah Taala bahkan menjadi kewajipan bagi setiap kita yang mengaku beriman kepada Allah dan kepada al-Quran yang diturunkan kepada NabiNya Muhammad s.a.w untuk memastikan hukum Allah terlaksana di atas muka bumi ini kerana al-Quran yang diturunkan kepada manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Qaradhawi:
القرآن نزّل ليحكم بين الأحياء لا ليقرأ على الأموات
Bererti: al-Quran diturunkan sebagai perundangan kepada manusia yang masih hidup dan bukannya untuk dibaca kepada manusia yang telah meninggal dunia.
الله أكبر ، الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر ، الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian
Ketiga: Hari Raya juga adalah hari Persaudaraan.
Dimana kita digalakan untuk mempertingkatkan ukhuwah Islamiyyah sesama kita, ziarah menziarahi, tidak membezakan antara miskin dan golongan berada kerana aspek material tidaklah diperkirakan di sisi Allah, sebaliknya yang menjadi pengukur ialah tahap ketakwaan sebagaimana yang dinayatakan dalam firman Allah Taala:
Bermaksud: Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku kaum supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain)Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah ia-lah orang yang lebih taqwanya diantara kamu Sesunguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendalam Pengetahuannya. (Al-Hujuraat 13)
Justeru itu, Ukhwah Islammiyyah dapat ditingkatkan, kerana Islam tidak mampu dibawa dan dilaksanakan secara persendirian bahkan ianya memerlukan kepada ikatan kerjasama yang padu dan kukuh di kalangan umatnya, saling bantu-membantu, tolong-menolong berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga berpesan-pesan dengan kesabaran.
الله أكبر ، الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر ، الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian
Keempat: Hari Raya juga adalah Hari Kegembiraan.
Umat Islam dituntut untuk mengenakan pakaian baru dan haruman bagi menzahirkan kegembiraan selepas sebulan kita berpuasa tidak dibenarkan makan dan munum di siang hari dan makruh menggunakan bau-bauwan maka dipagi raya kita disunatkan untuk menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan sembahyang hari raya. Islam menggalakkan umatnya berkongsi kegembiraan, saling memberikan pertolongan, mendoakan kebaikan, mengasihani dan memberikan ucapan yang sebaik-baiknya.
Rasul pernah mengucapkan pada Sayyidina Abu Bakar, sabdanya
وقال صلى الله عليه وسلم : يا أبا بكر إن لكل قوم عيداً وهذا عيدنا.
Sesungguhnya Islam adalah agama fitrah, di mana Allah mengkhususkan bagi hambanya waktu-waktu untuk menzahirkan kegembiraan mereka kerana itu Islam mengharamkan hambanya menyambut bersama atau membesarkan agama-agama lain, kerana itu tiada di dalam Islam Hari Ibu, Hari Bapa, hari kekasih dan sebagainya kerana sudah menjadi kewajipan bagi kita umat Islam sepanjang hari, sepanjang bulan dan sepanjang tahun memuliakan ibu-bapa dan mengembirakan mereka. Maka menjadi hak bagi setiap muslim mukmin menyatakan kegembiraan mereka pada hari ini selama mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Allah.
Di samping kita bergembira di hari kemenangan ini, perlulah kita ingat akan saudara-saudara kita yang tidak semampu dengan kita. Mereka yang telah kehilangan keluarga, mereka yang kehilangan ayah, mereka yang kehilangan ibu, mereka yang kehilangan adik beradik, mereka meraikan hari yang sepatutnya menjadi hari kegembiraan bertukar menjadi hari yang penuh dengan kepiluan. Kerana di hari ini mereka tidak dapat bersama orang yang tersayang,
Namun di sana masih lagi terdapat saudara-saudara kita yang tidak dapat meraikan hari kegembiraan ini seperti kita. Seperti saudara-saudara kita yang berada di bumi Palestin, setiap hari mereka ditindas oleh tentera Israel. Saudara-saudara kita yang digelar pejuang agama Allah yang sanggup menjadikan diri sebagai penahan dan pelindung bagi agama Allah dan kita meyakini bahawa mereka adalah golongan yang dijanjikan oleh Allah akan syurgaNya.
Setiap hari bumi Palestin dihujani peluru-peluru sesat yang tidak mengenali akan sasarannya. Seluruh jasad manusia sama ada lelaki, perempuan, orang-orang tua dan kanak-kanak ditenggelami dengan peluru-peluru yang dilepaskan oleh pihak celaka dan tidak berperikemanusiaan, akhirnya gelaran syahid yang diimpikan selama ini menjadi satu kenyataan di sisi mereka. Kita mendoakan agar islam di bumi Palestin akan terus berkekalan dan kita juga sebagai umat Islam turut melaknat Israel yang berterusan menzalimi saudara-saudara kita di Palestin.
Oleh itu, di samping kegembiraan kita ini janganlah kita leka dan abaikan saudara-saudara kita yang berhajat kepada pertolongan kita. Mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna seperti kita lalui sekarang, bantulah mereka dengan sedaya upaya kita sama ada pertolongan kita itu berbentuk harta benda, kewangan dan yang paling penting jikalau kita tidak mampu membantu mereka secara zahiriyah maka bantulah dengan mendoakan mereka agar mereka diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menentang musuh Allah laknatul Allah alaihim dan seterusnya menghancurkan tentera Israel dan mengembalikan semula bumi Palaestin sebagai masra Nabi s.a.w dan kiblat pertama umat Islam.
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujuraat 15)
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
نسألُ اللهَ تعالَى أنْ يتقبَّلَ منَّا الصِّيامَ والقيامَ وأنْ نكونَ مِمَّنَ أعتقَ اللهُ عزَّ وجلَّ رقابَهُمْ مِنَ النَّارِ، وأنْ يَجعلَ هذَا العيدَ عيدَ خيرِ وبركةٍ وأمنٍ وأمانٍ علينَا وعلَى المسلمينَ أجمعينَ .
بَارَكَ الله لِي وَلَكُم بِالْقُرْءآنِ العَظِيْم وَنَفَعَنِي وَإِيّاَكمْ بِالآياَتِ وَالذّكْرِ الحَكِيْم وَتَقَبَّلَ مِنّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم. أُوصِيْكُمْ عِبَادَ الله وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْن وَاَسْتَغْف لله العَظِيْم لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَات وَالْمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْه فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
أقولُ قولِي هذَا وأستغفرُ اللهَ لِي ولكُمْ فاستغفرُوهُ.
خُطْبَةُ عِيدُ الْفِطْرِ الْمُبَارَكُ 1430
خُطْبَةُ :كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ….
Firman Allah dalam ayat 166 dan167 surah al-Baqarah :
إذ تبرأ الذين اتبعوا من الذين اتبعوا ورأو العذاب وتقطعت بهم الأسباب وقال الذين اتبعوا لو أن لنا كرة فنتبرأ منهم كما تبرءوا منا كذلك يريهم الله أعمــلهم حسرت عليهم وماهم بخـــرجين من النار
Maksudnya : Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : ” Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami”. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka
Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud :
Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi.
Islam terus diperangi oleh kuffar samada melalui serangan fizikal atau pemikiran. Kini Kementerian Pertahanan Amerika telah menubuhkan pusat pemikiran khas (Rain Cooporation) bagi mengkaji hala tuju Islam dan bagaimana kehendak penduduk Islam sendiri.
Akhirnya Amerika mengakui bahawa 2 halangan besar dalam menghancurkan Islam ialah Kota Mekah dan al-Quran. Oleh itu Amerika cuba mencari Islam yang tidak menentang mereka antaranya pengiktirafan Islam Hadhari oleh ketua pengganas Dunia mantan Presiden Bush.
Kegagalan Islam Hadhari sebagaimana yang telah diperingatkan oleh seorang ulama’ Mesir pada tahun 1982 lagi di mana beliau menyatakan bahawa Islam Hadhari merupakan suatu usaha dalam mencari kemajuan kebendaan semata-mata tanpa menghiraukan aqidah, syariah dan akhlak rakyat.
Akhirnya benda yang disangka ubat rupanya racun berbisa, ia umpama jerat yang sedang menunggu mangsa yang berjaya ditipunya
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah dengan iltizam dan istiqamah , nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. Surah Muhammad Ayat : 7 – 8
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ
وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا
اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ.
اللهم اصلح ائمتنا وولاة امورنا . اللهم اجعل ولا يتنا فيمن خافك واتقاك يا رب العالمين. اللهم انصر الاسلام والمسلمين واذل الشرك والمشركين والكفر والكافرين والنفاق والمنافقين والظلم والظالمين وانصرنا على هؤلاء الذين يوعدوننا ويصدوننا عن سبيل الله .
اللهم دمر الكفرة والمنافقين واهلك اعداءك اعداء الدين . اللهم انا نجعلك في نحورهم , ونعوذ بك من شرورهم , اللهم رد كيدهم على نحورهم ,اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل اقدا مهم وسلط عليهم كلبا من كلابك , يا قهار يا حبار يا منتقيم , يا الله , يا الله , يا الله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاخزاب اهزمهم وانصرنا عليهم .
اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ .
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
ان الله ياء مر بالعدل والاء حسان وايتاء ذى القرب وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى , يعيظكم لعلكم تذكرون فاذكرواالله العظيم يذكركم واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوهمن فضله يعطكم ولذكر الله اكبر .
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Nota.
Khutbah ini diangkat dari Web http://dupahang.wordpress.com/2009/09/15/khutbah-eidil-fitri-2009/ Sebarang masalah sila hubungi abg_azhar2000@yahoo.com (admim DUP pahang)
Dipanjangkan oleh Blog Ibnu Hasyim.
Sila lihat tulisan lalu yang ada kaitan dengan Ramadzan & Hari Raya.
- Hibur, Hibur Sikit...12 (Sambut Puasa Upin & Ipin...
- Hibur, Hibur Sikit...15 -Sambut Hari Raya Upin & ...
- Hibur, Hibur Sikit...18 -Selamat Hari Raya Upin & ...
- Selamat Hari Raya Idulfitri.
- Surah Yusuf Mengubah Superstar Jadi Pendakwah.
- Hirose Junko: Temui Jawapan Melalui Al-Qur’an.
- Frida Maramis: Natal/Aidul Fitri, Aku Pilih Islam.
- Hari Raya & Bahaya Binatang Dari Perut Bumi..
- Francis Netto : Tarawih Merubah Gaya Hidupku..
- Turunnya Al-Qur’an, Napoleon Bonaparte Pilih Islam...
- Lailatulqadar Sebuah Kem Motivasi..
- Imbasan Ramadzan: Di Mana Kesan Puasa Dalam Politik
- Zakat Fitrah Orang Kaya Sepatutnya RM13.50 Seorang...
- Selamat Hari Raya: Jangan Lupa Cat Rumah Baru!"
- Ramadhan Di Amsterdam, Muslimah Offer Dikahwini..
- Ben Ries, Walau Bukan Islam Tapi Ikut Puasa Ramadzan.
- Ramadzan & Antara 2 Cinta.. Satunya Terpaksa Ku Tinggalkan.
- Gadis Rusia: Di Tebing Sungai Volga..
- Gadis Katholik Rusia Menulis: Kumpulan Mafia Islam...
- Berpuasa Makin Sihat Tidak Lemah -Frederic Kanout...
- Main Bola Boleh Tidak Puasa -Daral-Ifta Mesir.. Malaysia?
- Bekas Bintang Sukan Jadi Pendakwah Kepada Remaja....
- Puasa Sehatkan Badan.. Rugi Yang Tak Puasa.
- Tips Hari Raya II: Teks Khutbah Hari Raya Terkini....
- Tips Hari Raya I: Berita Gembira Kepada Penyimpan ...
- Tarawih Di Palestin: M'sia, PM/Agung Perlu Imami S...
- Perkembangan Baru PAS, Guan Eng Berbuka Puasa?
- Gaza: Ceramah Melalui H/P Semasa Sholat Tarawih.
- Tips Ramadzan: Puasa & Sains
- Ramadzan & Antara 2 Cinta.. Satunya Terpaksa Ku Ti..
- Aidul Adha, Khutbah Hidayat Nur Wahid, Momentum De...
- Dapatkan Teks Khutbah Hari Raya Aidiladha ini..
- Aidiladha, Sebuah Tip Pengorbanan..
100 free dating and meeting site http://loveepicentre.com/map.php abstinence dating site
ReplyDelete[url=http://loveepicentre.com/map.php][img]http://loveepicentre.com/uploades/photos/8.jpg[/img][/url]
ReplyDeletecooliest dating site [url=http://loveepicentre.com/testimonials.php]lebron dating mother[/url] free gay dating pay
free online dating profile site [url=http://loveepicentre.com/articles.php]naruto dating sim cheat[/url] dating simulator game
horoscopes compatibility couples horoscopes dating [url=http://loveepicentre.com/articles.php]christian singles dating tennessee[/url] singles dating convention
essentials of paralegalism ebook http://audiobooksworld.co.uk/Gray-Hat-Hacking/p116741/ robert bruce energy work ebook [url=http://audiobooksworld.co.uk/Yoga-In-Daily-Life/p185342/]free ebook websight[/url] ebook micro financing peer group lending
ReplyDelete[url=http://audiobooksworld.co.uk/The-Orchard-Keeper/p11751/][img]http://audiobooksworld.co.uk/image/1.gif[/img][/url]
tamil video editing software http://buyoem.co.uk/product-37367/4U-MP4-Video-Converter-2-3 blu-ray player software correll [url=http://buyoem.co.uk/product-33262/Red-Giant-Trapcode-Sound-Keys-1-1-3-for-Adobe-After-Effects]zipx software[/url] worlds top selling dvd copying software
ReplyDelete[url=http://buyoem.co.uk/product-36129/EASEUS-Partition-Master-7-0-Server-Edition]EASEUS Partition Master 7.0 Server Edition - Software Store[/url] zarus zr-5800 pc software
[url=http://buyoem.co.uk/category-9/Antivirus-and-Security][img]http://buyoem.co.uk/image/8.gif[/img][/url]