Satu: Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubatan moden.
Kedua: Puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat menajamkan minda. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal berkesan.
Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi telah membuktikan bahawa puasa boleh mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan orang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang tidak berpuasa.
Ketiga: Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.
1. menurunkan gula darah,
2. tekanan darah,
3. lipid darah dan
4. berat badan atau obesiti.
Jadi, berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan, “Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran menyatakan, dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.
Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu, perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.
Sila lihat tulisan lalu yang ada kaitan denga sambut Ramadzan..
- Hibur, Hibur Sikit...12 (Sambut Puasa Upin & Ipin...
- Selamat Hari Raya Idulfitri.
- Surah Yusuf Mengubah Superstar Jadi Pendakwah.
- Hirose Junko: Temui Jawapan Melalui Al-Qur’an.
- Frida Maramis: Natal/Aidul Fitri, Aku Pilih Islam.
- Hari Raya & Bahaya Binatang Dari Perut Bumi..
- Francis Netto : Tarawih Merubah Gaya Hidupku..
- Turunnya Al-Qur’an, Napoleon Bonaparte Pilih Islam...
- Lailatulqadar Sebuah Kem Motivasi..
- Imbasan Ramadzan: Di Mana Kesan Puasa Dalam Politik
- Zakat Fitrah Orang Kaya Sepatutnya RM13.50 Seorang...
- Ramadhan Di Amsterdam, Muslimah Offer Dikahwini..
- Ben Ries, Walau Bukan Islam Tapi Ikut Puasa Ramadzan.
- Ramadzan & Antara 2 Cinta.. Satunya Terpaksa Ku Tinggalkan.
- Gadis Rusia: Di Tebing Sungai Volga..
- Gadis Katholik Rusia Menulis: Kumpulan Mafia Islam...
- Berpuasa Makin Sihat Tidak Lemah -Frederic Kanout...
- Main Bola Boleh Tidak Puasa -Daral-Ifta Mesir.. Malaysia?
- Bekas Bintang Sukan Jadi Pendakwah Kepada Remaja....
- Puasa Sehatkan Badan.. Rugi Yang Tak Puasa.
No comments:
Post a Comment