Dampingi anak Kelantan yang bekerja di luar antara strategi UMNO negeri: Mustapa
MACHANG - Gerakan mendampingi anak Kelantan yang bekerja di luar negeri itu adalah satu daripada tiga strategi penting Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad berkata, kira-kira 15 peratus pengundi di Kelantan berada di luar negeri itu untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan peluang pekerjaan di negeri sendiri.
“Dua lagi agenda iaitu mendaftar anggota baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa, dan masa depan orang Melayu serta Agama Islam akan turut diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi.
Pada pilihan raya umum lepas isu pengundi luar dikatakan satu daripada sebab kegagalan Barisan Nasional (BN) menguasai semula Kelantan.
Mustapa yang juga Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri berkata, semua Ketua Bahagian di Kelantan diarah menjayakan tiga misi itu dalam tempoh terdekat.
“Saya sendiri akan mengetuai gerakan mendekati pengundi luar itu dari semasa ke semasa dengan bantuan tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kelantan,” katanya. - Bernama
Komen Blog Ibnu Hasyim: Itu antara strategi BN tawan Kelantan.
salam tuan,
ReplyDeletewah, ini strategik bagus ni.
saya mohon balik mengajar di kelantan dari tahun lepas tidak dapat-dapat.
kalau ada sesiapa yg boleh tolong, semenjak saya posting iaitu pada tahun 1991 hingga sekarang saya tidak pernah balik bertugas di kelantan.
menjelang pru13 nanti, dua anak saya insyaAllah sudah layak untuk mengundi..
Biarlah orang Kelantan bekerja di luar. Lebih ramai lebih bagus. Bukankah mencari kehidupan di tempat lain ialah sunah Nabi Muhammad dan para sahabatnya. Nabi Muhamad lahir di Mekah, meninggal di Madinah. Demikian juga Abu Bakar dan Umar. Abu Ayub Al Ansari lahir di Madinah, meninggal di Konstantinopel. Saad bin Abi Waqqas pulah meninggal di Guangzhou. Kubur para sahabat bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Ini termasuk Sicily, Jordan, Mesir, Kufah, Syria, India dan Sumatera. Pemikiran mahu membawa semua orang Kelantan pulang ke Kelantan amat mendukacitakan.
ReplyDeleteThe Malay saying "east west home's best; be it ever so humble there's no place like home (Trans : hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri)" is strongly ingrained in the minds of most of the Malays. So its difficult for the Malays to go places.
Kenyataan di atas dipetik dari ruangan komen sebuah blog. Pemimpin-pemimpin UMNO kononnya mahu melahirkan orang Melayu yang bersifat global, glokal dan bermacam-macam lagi. Dengan mengurung orang Kelantan di Kelantan, bilakah masanya orang Melayu mahu menjadi global, glokal dan sebagainya. Hujan emas memang turun di tempat orang, bukan di kampung laman sendiri.
Cuba lihat rakyat India dan Republik Rakyat China (termasuk Taiwan). Mereka menempa nama di Silicon Valley, California, New York dan sebagainya. Ada yang sudah memiliki industri yang bernilai berbilion-bilion USD.
Kalaulah pemimpin-pemimpin UMNO masih mahu mengurung orang Kelantan di Kelantan dan orang negeri lain di negeri masing-masing, alamatnya Malaysia akan senasib dengan Zimbabwe dan negara-negara Afrika yang lain.
Kononnya pemimpin UMNO mahu membangunkan negara Malaysia ini dan rakyatnya sekali, tetapi pemikiran mereka masih jauh mundur dan antik.
Maklumat yg disampaikan oleh Anonymous ada benarnya. Saya setuju tu.
ReplyDeleteNamun dalam kes saya, saya sudah banyak berjalan dan disebabkan beberapa hal famili, saya memilih untuk 'tua' di sana, serta mengisi cara hidup beragama (tempat saya di sana lebih mudah dapatkan input agama).
Setakat ini anak-anak saya menuntut di luar Kelantan dan berfikiran terbuka.