Thursday, October 29, 2009

ADUN Ke 4, Keluar PKR, Proses Penapisan?


SEORANG lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat MB hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Biasa dalam perjuangan, sebagai proses penyaringan dan penapisan.

(Sumber Malaysiakini.com/AK)

Lihat sebelum ini..

* ADUN Pelabuhan Kelang Sertai UMNO? -The Star."

1 comment:

Anonymous said...

Lagi ramai ADUN dan MP PKR buat macam tu lagi bagus.
Kita semau nak tengok sangat wajah sebenar dan warna kulit sebenar nereka ini sebelum PRU13.
Lagipun ini adalah satu petunjuk kepada pimpinan PKR siapa mereka sebenar.
Disamping itu kita juga boleh tau siapa sebeanrnya yang membantu memnangkan parti alternatif selama ini.
Sejarah Kerajaan Terengganu dengan beberapa kerusi DUN yang diberikan kepada Parti Negara yang kemudian melompat masuk UMNO.
Serta kejadian serupa di Kelatan selepas PRU 1990 bila 2 orang S46 lompat parti menunjukkan belangs ebenar ahli politik golongan ini.
PKR perlu sedar betapa mereka ini dipenuhi oleh golongan pengintip dan yang bermain sandiwara.
Situasi ini nampak begitu ketara sangat kerana jika dah bentuk kerajaan pun mereka sanggup dibeli. Golongan inilah yang sebeanrnya merosakkan kepercayaan rakyat dan menghancurkan kerjasama parti alternatif.
Secara logiknya Anwar dan PKR TIDAK layak memimpin barisan alternatif.
PKR memang bermasalah SAMA seperti S46 yang tak sedar diri dan gila kuasa bila sama-sama menang dan mengambil alih Kelantan tahun 1990.
Hanya PAS yang sentiasa konsisten dalam perjuangan politik semenjak sebelum merdeka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails