Bandingkan cara hidup Presiden Iran ini dengan pemimpin-pemimpin dunia lain..
Ahmadinejad tiada mahu bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim.. bakan macam pemimpin atau isteri pemimpin-pemimpin lain.
"SEMASA anda lihat cermin tiap pagi, apa yang anda kata pada diri anda?" Tanya TV Fox Amerika Syarikat mewawancara soal peribadi Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kira-kira setahun lalu.
Jawabnya: “Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya.. Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran.”
Benarkah apa yang dia kata pada dirinya itu? Sewaktu 15 hari saya (Ibnu Hasyim) mengelilingi Iran kira-kira pada minggu lepas, 16 rakyat Iran yang rombongan kami wawancara, rupanya kesemua adalah lawan politik beliau, tidak bersetuju dengan kelicikan politiknya. Tetapi bila dikaitkan dengan kehidupan sederhana beliau, tidak ada yang membantah. Berikut adalah gambaran ringkas Ahmadinejad, yang membuat ramai orang terpegun dan ternganga padanya.
Pertama: Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.
Kedua: Beliau lihat ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu ia memerintahkan menutup ruang tersebut dan bertanya pada protokol untuk ganti ruangan biasa dengan 2 kursi kayu, meski sederhana tetap terlihat impresive.
Ketiga: Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.
Keempat: Menteri-menterinya diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi.
Kelima: Langkah pertama ambil-alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan propertinya. Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah Kumuh di Teheran. Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulanannya.
Keenam: Gajinya sebagai pensyarah disebuah universiti hanya berjumlah US$ 250.
Ketujuh: Beliau sebagai Presiden masih tinggal di rumahnya. Hanya itulah saja yang dimiliki. Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.
Kelapan: Satu hal yang membuat kagum staf jabatannya ialah beg yang selalu dibawa tiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya. Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan sediakan makanan khas Presiden.
Kesembilan: Pesawat terbang Presiden, beliau ubah jadi pesawat kargo menjimatkan negara dan beliau sendiri menggunakaan penerbangan biasa kelas ekonomi.
Kesepuluh: Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menterinya, dapatkan info tentang kegiatan dan efisiens yang sudah dilakukan. Memotong protokol istana sehingga menteri-menterinya mudah jumpa terus dengannya tanpa halangan. Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu masa mengunjungi berbagai tempat di negaranya.
Kesebelas: Kalau terpaksa menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Padanya hal ini menjatuhkan imej Presiden.
Keduabelas: Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawal yang selalu mengikutnya. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika.
Ketigabelas: Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat dimana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa.
Keempatbelas: Beliau juga tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai rasa hormat.
Rupanya Ahmadinejad bukan seorang Presiden yang ganjil tetapi kesederhanaannya yang tidak membazirkan wang rakyat, adalah mengikuti ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.
Sekian catatan kali ini. Insya Allah bersambung.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim.
e-mail Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com
Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..
- Dubai, Bertemu Pemuda Dari Lembah Swat..
- Politik: Bila Ku Renung Bulan Mengambang Di Iran.....
- Nikah Kontrek Bersama Wanita UMNO Iran?
- Angkutan Awam Iran, Ikut Cara Islam.
- Selepas Iran Ibnu Hasyim Ke Sri Lanka Pula..
- Ahmadinejad: Bukan Ganjil Tapi Ikut Cara Sederhana...
- Selepas Iran Ibnu Hasyim Ke Sri Lanka Pula..
14 comments:
tabik la kat ahmedinejad ni, tapi alhamdulillah kat m'sia pun ada satu, tuan guru nik aziz.
sama seperti umar abdul aziz..... zuhud...
tak kusangka,ade jgk presiden or pm mcmni..hdp sederhana...Alhamdulillah..pm Malaysia bile lg nk jd mcmni?
jangan tanya org lain...tanya diri sendiri dulu...mudah2an, kita boleh sezuhud itu...
bgusla...harap diri dpt mnjadi cm ni..
subhanallah...maha suci allah. akhirnya saya berpeluang melihat pemimpin al khalifah ar rasyidin..Allah telah mempertontonkan kita wajah sebenar pemimpin islam. insy-allah..akan lebih ramai lagi pemimpin islam yang sebegini akan muncul lebih lebih lagi negara kita, malaysia...
sikap yg harus dcontohi..tp pd msa skrg,rmai yg wat skp asal boleh je dgn salam dgn org yg bkn muhrim..sikap ini mmbuatkn sy sdih skali..
Saya rasa kesederhanaan yang dijajakan tidak bermakna kalau tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat Iran. sejak ahmatinejad memegang tampuk pemerintahan rakyat makin tertindas, terutamanya Ahlus Sunnah, ramai ulama' dibunuh, dipenjara dan dirampas harta-benda mereka dan tak kurang juga yang lari ke luar negara.
Pelarian Afghanistan juga merupakan golongan yang paling teruk menerima kesan kelemahan pentadbiran.
Pernah suatu ketika dia ditanya oleh wartawan; kenapa anda sangat lantang menyuarakan hak asasi manusia tetapi menindas pelarian afghanistan? dia menjawab; saya merasa heran, tetamu datang bertamu lalu hendak menjadi tuan rumah.
apa yang dia maksudkan adalah memberikan hak untuk kanak-kanak afghanistan belajar di sekolah kerajaan Iran bererti orang Afghanistan hendak menjadi tuan rumah. suatu jawapan yang memalukan seluruh umat Islam di hadapan dunia terutamanya dunia Barat, kerana mereka (dunia barat) memberikan layanan yang baik kepada pelarian yang dapat ke negara mereka, termasuklah orang Afghanistan.
Apalah gunanya kesedrhanaan jika sanggup membunuh ratusan bahkan ribuan rakyat sendiri demi mempertahankan kuasa.
Apalah gunanya kesederhanaan jika para pemuda Iran terpaksa mengedar dadah demi sesuap nasi.
Apalah gunanya kesederhanaan jika tidak disenangi rakyat sehigga namanya ditukar menjadi AHMAQINEJAD.
Apalah gunanya kesederhanaan jika rumah-rumah pelacuran berlesen (kawin mut’ah) semakin bertambah kerana desakan hidup.
Apalah gunanya kesederhanaan jika bangsa Iran yang dulunya bermati-matian mahukan Islam kini membenci dan menghina Islam.
Biarlah pemimpin itu banyak scandal asal tidak ada orang yang terpaksa membakar diri untuk meminta simpati negara lain seperti yang dilakukan oleh seorang warga Iran dihadapan pejabat UN di KL beberapa waktu yang lalu.
Biarlah pemimpin berfoya-foya asal tidak ada warganya yang terpaksa meredah lautan menaiki sampan untuk memndapat perlindungan di negara lain.
Biarlah pemimpin rasuah asal tidak mengerahkan segala system keselamatan dan pertahanan untuk membunuh rakyat sendiri demi mempertahankan kerusi.
Biarlah pemimpin begitu dan begini asal tidak memperbodohkan rakyat seperti yang dilakukan ahmatinejad yang menulis surat dan melontarkannya dalam perigi dan memberitahu kepada rakyat bahawa dia telah menulis surat kepada Imam Mahdi untuk meminta bantuan.
Ramai orang yang tertipu dengan propaganda Amerika tentang Ahmadinejad seperti saudara kita seorang ni [ komen pd 1 oct 10. Anda patut mendengar hujah beliau semasa persidangan UN di New York September10. Anda juga patut melihat sendiri wawancara media barat dengannya. MashaAllah, akhlak beliau amat mengkagumkan walaupun dihina dan dicaci di US. Tiap soalan dijawab dengan hujah yang bernas.
Kalau ada orang yang mengutuknya, sah dia tak dengar ucapan Ahmadinejad, dan tak kenal Ahmadinejad sebenar. US & Israel sangat benci kepadanya dan menyebarkan propaganda hebat untuk meracuni umat Islam agar bencikan beliau dan Iran. Dan malangnya ramai orang Arab dan MAlaysia yang percaya propaganda mereka lansung tak mahumembuka mata,telinga dan hati mereka. Umat Islam mesti bersatu menentang Zionis. Bukan bercakaran sesama sendiri, Sunni,Shiah,Wahhabi etc. Peganglah Quran dan Sunnah Rasulluah. Hadapi percanggahan dengan dialog, bukan dengan menyebar propagada fitnah.
World politic Observer: yang mana satukah daripada yang saya katakan itu merupakan suatu propaganda? anda tahu bahasa farsi? jika anda dengar jawapannya, maka ayat yang berbunyi من تعجب چارم: مهمان میا صاحب خانه میشه
apakah maksud ayat tersebut? adakah kenyataan orang iran yang membawa masuk dadah ke Malaysia merupakan suatu propaganda? adakah pembunuhan ratusan pelajar university tehran merupakan suatu propagnda? kalau semua itu amerika yang lakukan bererti sebenarnya amerika yang memerintah iran... jangan cakap kalau tidak ada fakta yang menyokong, sungguh anda membazirkan masa anda, lebih baik anda pergi membaca semoga hati anda terbuka dan dapat melihat kebenaran bahawa agama syiah disebarkan oleh media barat dengan menjadikan yang ZERO sebagai Hero untuk memecah-belahkan umat Islam
pembetulan: چارم: میکنم
LIHATLAH APA SUDAH JADI PD PEMIMPIN2 DUNIA YG BERMEWAH2...SADDAM HUSSEIN, BEN ALI, HOSNI MUBARAK, DLL DIMANA MEREKA SKRG?
Walau zuhud mana pun seseorang pemimpin itu.kita bel tentu dapat menilai isi hatinya.. Allah SWT sebaik2 penilai.kita jangan mudah terpedaya.. siasat apakah pegangan pemimpin ini.anda akan jumpa..
ASSALAM... TUAN CUBA CARI LAGI TENTANG HIPOKRITNYA AHMADINEJAD TENTANG GAMBAR YANG DIPERTONTONKAN... SAYA DULU BERPENDAPAT SAMA TENTANG BAGUSNYA AHMADINEJAD... TAPI, KUSANGKAKAN SINGA SEJATI DI PADANG PASIR.. RUPANYA KUCING YANG BERTOPENGKAN SINGA...WALLAHUAHLAM
Post a Comment