▼
Monday, October 26, 2009
Al-Bakistani Mengulas RGM PAS..
Oleh Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/ Sila lihat banyak lagi tulisan menarik...
BIJAK BERPOLITIK UNTUK MENANG (3)
DALAM politik demokrasi berpilihanraya, memaut hati rakyat merupakan satu kemenangan. Apabila menjadi golongan majority, petanda memerintah akan tercapai.
Jika berpuas hati atau reda dengan kekalahan dalam sesuatu pilihanraya dengan dakwaan asal Islam menang, makanya tidak perlu masuk Pilihanraya. Tidak perlu habiskan duit beribu-ribu ringgit, untuk garap petugas dalam sesuatu pilihanraya. Bahkan, lebih baik jadi jemaah tabligh yang hanya berdakwah di masjid dan surau sahaja.
Di Malaysia, PAS dan UMNO merupakan dua parti yang bermusuh turun temurun. PAS akan berusaha hendak mengalahkan UMNO, dan UMNO mahu mengalahkan PAS.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah, PAS berjaya memerintah Malaysia, sebaliknya UMNO, sejak merdeka sehingga kini, mereka memerintah dengan segala kezaliman dan kediktatoran.
Pilihanraya ke – 12, PAS bersama Pakatan Rakyat berjaya membina kerajaan di negeri yang tidak disangka mencapai Kemenangan. Selangor dan perak, antara negeri yang tidak pernah terfikir oleh PAS pun, untuk menjadi salah sebuah parti yang memerintah bersama-sama parti yang lain.
Kebersamaan PAS dalam pakatan rakyat, memberikan kekuatan kepada PAS, seterusnya mencapai kemenangan dalam beberapa pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil, atau besar.
Pun begitu, tindakan sebilangan pihak dari kalangan pimpinan PAS amat memalukan; iaitu melahirkan keraguan dikalangan rakyat terhadap keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini, wujud tindakan yang meragukan, kemudian ditutup balik setelah dimarahi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, tetapi tindakan secara saraf kelihatan sedang berlaku.
Tindakan sebegitu, melahirkan persepsi buruk terhadap PAS, seterusnya rata-rata rakyat melihat bahawa PAS tidak perform dan tidak komited dengan Pakatan Rakyat.
Apabila persepsi ini wujud, sewajarnya dihapuskan segera persepsi ini. Bukannya berdiam diri, biarkan persepsi sebegini berlanjutan di hati-hati rakyat, terutama dari kalangan sahabat-sahabat dari pakatan rakyat.
Jika ia berterusan, pasti akan dijadikan modal musuh-musuh PAS dalam mengalahkan PAS dalam pilihanraya umum akan datang.
KEKUATAN
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” satu pepatah melayu yang sering kedengaran dikala berbicara tentang kekuatan dan kelemahan. Buat masa sekarang, PAS tidak dapat merampas Malaysia dengan cara PAS bersendirian, sebaliknya kebersamaan dengan pakatan rakyat, PAS boleh menjatuhkan musuhnya, UMNO.
Jika PAS berpecah dari pakatan Rakyat, agak mustahil cita-cita hendak melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia berjaya PAS lakukan. Tetapi, dengan kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah mempunyai ruang untuk memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawan dengan islam, seterusnya mereka memahami dan akan menerima Islam sebagai dasar pemerintahan di masa akan datang.
PAS tidak perlu gopoh untuk laksanakan Islam. tetapi, PAS perlu gopoh untuk memahamkan rakyat dengan islam. PAS perlu gopoh, untuk mencari ruang dakwah, demi melihat kefahaman Islam wujud di kalangan rakyat bawahan.
Pun begitu, ada sebilangan ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin PAS yang gopoh hendak melaksanakan Islam, walhal ketika ini rakyat masih lagi tidak memahami Islam. Ekoran itu, banyak isu-isu yang tercetus, boleh dikatakan semuanya dimulakan oleh PAS. semua ini terjadi, kerana tidak wujud kebijaksanaan dalam melaksanakan Islam.
Tanpa kebijaksanaan, PAS akan bertembung dengan PKR dan DAP. Tetapi, dengan kebijaksanaan, Islam akan berjaya dilaksanakan dengan cermat dan baik, disamping mendapat sokongan, malahan dokongan dari kawan-kawan dari Pakatan Rakyat.
Apabila lahir pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP, ia merupakan satu ruang utama untuk UMNO mengambil balik tampok pemerintahan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Teori strategi perang sudah menyatakan, “hendak mengalahkan musuh, hendaklah diserang terlebih dahulu sumber kekuatannya”. Sumber kekuatan PAS adalah penyatuan dengan Pakatan rakyat. Justeru, PAS tidak boleh melahirkan tindakan yang boleh terlahir pertembungan dengan Pakatan Rakyat.
SUMBER KEKUATAN
Membaca buku sejarah Hitler, kita akan dapati bagaimana Hitler bertindak dengan tindakan yang bijak dalam mengalahkan Rusia. Hitler mengetahui, bahawa di rusia terdapat 8 pakar strategi perang; yang merupakan sumber kekuatan Rusia; yang kalau hendak diserang rusia begitu sahaja, sudah pasti kemenangan tidak akan tercapai.
Makanya, Hitler telah menghantar seorang wartawan upahan ke rusia, untuk memerhatikan keadaan di sana. Maklumat yang perlu diambil, cukup sekadar kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal dan kedudukan Bandar rusia sahaja.
Setelah dilaporkan oleh wartawan tersebut, makanya Hitler telah menulis surat untuk dihantar kepada pemerintah rusia dengan disertakan dalam surat tersebut maklumat kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal di dalam Bandar rusia dan sebagainya. Dinyatakan juga di dalam surat tersebut, bahawa segala maklumat yang Hitler dapat, adalah bersumberkan maklumat yang diberikan oleh sebilangan besar dari 8 orang pakar Strategi perang Rusia.
Apabila surat ini sampai ke tangan pemerintah Rusia, sudah pasti akan menyebabkan Pemeritah Rusia ragu terhadap 8 orang Pakar Strategi mereka. menyebabkan, kelapan-lapan Pakar Stretegi itu ditangkap dan ditawan. Apabila sampai kepada Hitler tentang berita tangkapan terhadap 8 orang pakar strategi Rusia itu, menyebabkan Hitler faham bahawa Rusia sudah hilang sumber kekuatannya. Apabila ini berlaku, adalah wajar serangan dimulakan. Apabila serangan dilakukan, dengan mudah tentera Jerman dapat mengalahkan Rusia.
Dari kisah ini, kita dapat melihat bahawa sumber kekuatan adalah perkara yang penting untuk dijaga. Tanpa dijaga sumber kekuatan, pada bila-bila masa sahaja, sesuatu pergerakan akan dikalahkan.
Keadaan ini yang perlu diambil peringatan oleh PAS. apa yang dapat dilihat, sumber kekuatan PAS dalam mencapai kemenangan dalam pilihanraya adalah kebersamaan dengan Pakatan Rakyat. Tanpa kebersamaan, ketika itu PAS sudah hilang sumber kekuatan. Apabila ini berlaku, tidak mustahil PAS akan kalah dalam pilihanraya pada bila-bila masa sahaja. Perkara ini sudah terbukti, dalam pilihanraya kecil di DUN bagan Pinang dan kekurangan undi PAS di DUN Manik urai.
PERSEPSI BURUK
Dengan banyak tindakan Dr Hasan Ali, tanpa mendapat teguran dari pimpinan tertinggi PAS, menyebabkan PAS sudah mendapat satu persepsi buruk dari rakyat, terutama kawan-kawan dari pakatan rakyat.
Jika persepsi ini berlarutan, ia akan melahirkan kekalahan PAS dalam piliahraya akan datang. Apabila ini sudah berlaku, tidak dapat tidak, tindakan yang berkesan perlu dilakukan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah melakukan satu tindakan yang berani dengan mengeluarkan kenyataan menerusi blog beliau. Desakan agar diadakan EGM, sedikit sebanyak akan menghapuskan persepsi buruk ini terhadap PAS.
Tidak dinafikan, memang tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini akan melahirkan mudharat, tetapi jika hendak dibandingkan dengan mudharat yang lebih besar; yang akan menimpa PAS dalam PRU ke 13, maka tindakan Tuan Guru itu merupakan mudharat yang kecil.
Tindakan Tuan Guru ini, bersesuaian dengan kaedah fiqh yang menyebut, ”lakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlakunya mudharat yang lebih besar, dan lebih berpanjangan”
PRU ke-13 agak lambat lagi untuk berlaku, justeru dengan lontaran idea untuk adakan EGM ini, sudah pasti sempat menyelesaikan masalah persepsi rakyat terhadap PAS.
Memang kelihatan seperti akan melahirkan masalah, lebih-lebih lagi bila tok guru Nik Abdul Aziz menyebut, ”Nak pecah, pecah gi la”. Tetapi, jika kita hendak lihat lebih dalam lagi, ia seumpama kita berlawan, biar kita terpaksa berundur diperingkat awal, tetapi demi untuk mencapai kemenangan diperingkat akhir; biar kita nampak macam kalah diperingkat awal, tetapi sebenarnya kita berjaya mencapai kemenangan di saat akhir perlawanan.
Bak kata orang-orang tua dulu, ”kalau nak jadi hero, kena jadi macam hero hindustan/tamil”. Peliknya, orang tua-tua dulu tak pernah sebut, ”kena jadi macam hero arab saudi”
Mungkin bersambung lagi kot....
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
No comments:
Post a Comment