Wednesday, October 21, 2009
Apa PAS Buat 19 Tahun Perintah Kelantan? -Wan Nik Wan Yusuf
HARI ini, Rabu, 21 Oktober 2009 adalah ulang tahun ke-19 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak. Sekaligus mengesahkan telah 19 tahun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan, dengan perlaksanaan slogan Membangun Bersama Islam yang dijadikan panduan perancangan pembangunan negeri. Demikian rumusan analisis Wan Nik Wan Yussof Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.
Menurutnya lagi, ia satu slogan yang mendahulukan nilai-nilai ad-din di dalam memenuhi harapan rakyat. Ini juga bermakna, selama 19 tahun prinsip pentadbiran berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan telah dijadikan amalan oleh seluruh agensi kerajaan negeri Kelantan. Melihat pengorbanan untuk generasi muda Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak menjawat Ketua Ulamak PAS Pusat dan kini selaku Mursyidul Am PAS amatlah terukir indah di setiap wajah rakyat Kelantan.
Ilmunya adalah cahaya, perwatakannya adalah idola dan sentuhan pentadbirannya adalah keberkatan untuk seluruh rakyat. Ilmu agama di dadanya sentiasa dicurahkan kepada rakyat Kelantan menerusi kuliah pagi Jumaat, khutbah Jumaat dan ceramah yang segar serta tulisan yang tercetak. Atas kapasiti keilmuan yang dicurahkan dan ratusan ribu rakyat menelaah ilmunya.
Berkat taburan ilmu itu, kini Kelantan bukanlah negeri yang terpinggir dengan isu-isu pembangunan. Daripada ilmu yang ditaburkan, Kelantan sudah menjadi negeri yang seiringan dengan negeri lain dari segi pembangunan fizikal dan rohani.
Wan Nik juga memaparkan 20 nilai pembangunan negeri Kelantan seperti berikut:
1. sifat cakna rakyat penuh berkebajikan,
2. bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam,
3. prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh,
4. ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau,
5. sawah bendang menguning setiap musim,
6. hutan dan lurah sedia ditereskan,
7. kadar kemiskinan menjunam turun,
8. kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya,
9. pertambahan kenderaan bersimpang siur,
10. taman perumahan melebar ke serata negeri,
11. bandar lama dan baru makin berkembang,
12. kehadiran pelancong terus melonjak,
13. pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun,
14. gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang,
15. pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun
16. kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan
17. kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi
18. perancangan pembangunan sentiasa berlaku
19. punca hasil baru terus diterokai
20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas.
Jadi, tuduhan kononnya Kelantan adalah negeri termundur dan ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi, sudah terjawab melalui realiti kualiti hidup rakyatnya kini. Tuduhan yang hanya cakap politik berniat memburuk-buruk keupayaan kepimpinan ulamak sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik Menteri Besar lagi. Demikian Wan Nik Wan Yusuf.(AK)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment