Tuesday, October 27, 2009

Bajet 2010: 1 Tapi 0.. Tiada Sebut Bumiputera Pun.

IBNU HASYIM: CATATAN SANTAI



"1 MALAYSIA! 1 Malaysia! 1 Malaysia!" Jerit seorang peniaga pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman baru ni. Tangannya memegang replika 1 Malaysia yang cantik. Replika Nombor 1.. dalam rangka nomber 1 itu dihiasi gambar bendera Malaysia. "Tengok ni, cantik, murah. Harga RM5 sahaja!"

Setiap yang lalu di situ, terus memandang.. senyum dan ada yang ketawa. Tetapi tidak ada yang membeli. Dalam beberapa minit sudah belasan pengunjung begitu. Ku lihat muka penjual naik berang, kerana makin ramai yang ketawa, tetapi tak beli.

"Apa gelak gelak?" Jeritnya lagi. Pengunjung-pengunjung yang lalu di situ terdiam, tetapi akhirnya sambung tertawa lagi.

Demikian cerita kawan saya, se waktu kami sedang minum-minum ringan di sebuah meja atas gerai kaki lima sekitar Masjid India, tepi Sungai Bonos beberapa malam lepas. "Mengapa orang tak beli dan ketawa pulak tu?" Saya tanya.

"Aku ingat le.. kerana dua sebab. Pertama kerana barang tu barang free, di mesyuarat agung UMNO hari tu perwakilan dapat free saja! Ni, dia jual. Boleh jadi orang ingat barang tu barang tak habis, atau barang smaggle black market!!" Membuat kami tertawa kecil.

"UMNO.. katakan. Buang saja lempar dalam Sungai Bonos tu!" Sambung kawan yang sorang lagi.

"Ha. Yang kedua apa pulak?" Saya tanya lagi.

"Yang kedua kerana, orang naik muak dengan slogan 1 Malaysia. Naik Meluat. Ape ke jadahnya, kerana 1 Malaysia bajet 2010 yang dibentangkan PM, aku dengar sungguh-sungguh satu persatu kira-kira 3 jam, tak dak sepatah haram pun menyebut perkataan 'bumiputera'. Kalau dulu, perkataan bumiputera tak lekang dari bibir pemimpin-pmimpin UMNO, dalam semua ucapan. Lebih dari perkataan Islam lagi. Tengok tu parti ... apa sakti tu (Makkal Sakthi Party).. 'raya hindu' depa! Dapat berlimpah ruah durian runtuh!" Jawap kawan saya itu lagi.

"Jadi, kerana orang Melayu tak suka 1 Malaysia ke? Itu sebab replika 1 Malaysia tak laku??" Yang lain mencelah.

"Kalau betul tak laku, orang berniaga tak boleh putus asa. Kesian dia! Kena cari jalan jual barang yang orang suka." Masing-masing terdiam.

"Oh... Ha, aku ada idea!!". Sampuk kawan yang seorang lagi. "Kalau orang dah tak suka 1 Malaysia, repair balik replika tu, buat bagi orang yang tak suka 1 Malaysia jadi minat nak beli."

"Kalau yang tu, aku boleh bagi idea." Saya tambah. Masing-masing nak dengar. "Replika 1 Malaysia yang cantik tu, cuma tambah sikit lingkaran bulatan berbentuk sifar di luar nombor 1 itu. Tulis sikit di bawahnya kata-kata '1 Tapi 0'."

Masing-masing agak tercengang berfikir... Tiba-tiba "Bagus.. Ha ha ha.. tentu laku kalau dijual di tempat ceramah pembangkang.."

Ha ha ha. Ha ha ha. Ha ha ha! Semua ketawa.

Ibnu Hasyim, Catatan Santai.
ibnuhasyim@gmail.com
Okto 27 2009
KL.


Sila lihat:

4 comments:

mr edz said...

dengor slogan pun dah geli

sasha2020 said...

Tak payahlah nak siarkan artikel macam ni...menunjukkan kebodohan aje...

Tak ada dalam dunia ni, benda yg kita buat akan diikut orang 100%.
Yang penting majoriti menyokong Satu Malaysia.

Anonymous said...

Cantik artikel ini. Santai, tajam & pedas. Itu sebab sasha 2020 melenting. Padan muka UMNO!

Anonymous said...

Pak Ibnu,

Tulis lagi artikel macam ini. Best lah! Sindir sikit takde ape-ape. UMNO buat pembangkang lagi teruk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails