KUALA LUMPUR, 24 Okt: Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai bajet 2010 yang langsung tidak diperuntukkan untuk sektor pertahanan.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, inilah kali pertama pembentangan bajet yang langsung tidak menyentuh mengenai peruntukan untuk anggota tentera yang telah berkhidmat menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Ujarnya, selepas Barisan Nasional memenangi kerusi Bagan Pinang yang majoriti pengundinya terdiri daripada anggota tentera, BN terus melupakan jasa mereka sedangkan pelbagai janji ditaburkan kepada anggota tentera sebelum pilihanraya kecil berkenaan.
"Saya agak terkejut kerana pembantangan belanjawan tidak menyebut langsung sektor pertahanan. Selepas menang di Bagan Pinang, pasukan tentera dilupakan. Baru sangat menang, terus dilupakan,"katanya kepada pemberita sewaktu mengulas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi parlimen siang tadi.
Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Namun apa yang dikesalkan, bajet yang bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama itu langsung tidak memberi penghargaan kepada golongan tentera.
"Sepanjang ingatan saya, ini kali pertama pembentangan belanjawan yang tidak menyebut dan mengucapkan penghargaan kepada anggota tentera,"ujarnya kesal.(AK)
Budget semalam mendedahkan sesuatu yg cuba dinafikan oleh umno/najib.
ReplyDeleteSilap mata spr/umno dlm prk bagan pinang berjaya memperlihatkan sokongan tentera kpd umno.
Hakikatnya adalah sebaliknya.......dan najib tidak dpt lagi menanggung rasa malu dihadapan pimpinan tertinggi umno kerana beliau adalah bekas menteri pertahanan.
Malu dan marah yg teramat sangat itu tidak dpt dibendung lagi maka dihukum seluruh anggota tentera dgn pembentangan budget 2010 semalam.