Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berkata demikian ketika mengulas perkembangan terbaru mengenai nasib seorang bekas tahanan ISA, Abdul Jamal Azhari. Menurut sumber Haraakah/Detikdaily hari ini.
Sejurus dibebaskan April lalu, Jamal terus dibawa ke penjara Manila, berikutan dakwaan atas keterlibatannya sebagai pejuang Moro di selatan Filipina. Abdul Jamal kini, menurut Ahmad Lutfi, menderita penyakit kronik yang masih belum diketahui puncanya yang sebenar. "Jadi, kelapan-lapan orang anak Jamal itu dan isterinya sangat berharap dapat menemuinya di penjara Manila," kata beliau.
Dalam perkembangan terbaru, anak sulung Abdul Jamal, Norhasimah, 17, memberitahu Ahmad Lutfi bahawa mereka perlukan bantuan kewangan untuk menampung kos ke Filipina. "Sekurang-kurangnya, mereka mahu bantuan untuk menampung perjalanan tiket pesawat untuk menziarahi Abdul Jamal di sana," kata Ahmad Lutfi.
Tambah beliau, mereka sekeluarga memang ada rancangan untuk kembali ke Filipina bagi membina semula kehidupan di sana. "Di sini, mereka sukar menjalani kehidupan seperti biasa. Anak-anak Abdul Jamal contohnya tidak boleh bersekolah disebabkan ketiadaan dokumen yang sah. Kebanyakan mereka tidak mengenal huruf.. Melalui kutipan tabung ISA anjuran Harakah, kami telah memberi sumbangan RM5,000, secara berperingkat-peringkat sebagai biaya pendidikan anak-anak Abdul Jamal," kata Lutfi.
"Kita berharap ada yang ikhlasi menyumbang agar mereka dapat menziarahi ayah mereka di Manila, " tambahnya. Abdul Jamal Azhari termasuk dalam kumpulan 13 bekas tahanan ISA yang dibebaskan Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak bersempena perlantikannya sebagai Perdana Menteri, 3 April lalu. Sehingga kini, telah hampir enam bulan Abdul Jamal Azhari merengkok dalam penjara di Filipina.
Sudah dua kali rombongan Harakah, diketuai Ahmad Lutfi, berkunjung ke rumah mereka Batu 19, Sandakan untuk meninjau keadaan dari dekat. Dalam kunjungan itu, Harakah mendapati kedai runcit Norhatta yang lusuh, usang dan tidak terurus itu bukanlah aset besar yang boleh menampung perjalanan mereka ke Manila untuk bertemu Abdul Jamal.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga Abdul Jamal Azhari dan Norhatta boleh menyalurkan terus ke dalam akaun HARAKAHDAILY DOT COM, Maybank 564070000336.(AK)
No comments:
Post a Comment