MB harap kemelut PAS selesai lusa |
Menteri besar Kelantan itu berkata sama ada EGM ataupun mesyuarat khas PAS, ia sama saja asalkan ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.
"Tidak apa asalkan benda yang sama, dulu orang Arab tidak boleh ziarah kubur tetapi Nabi Muhammad ubah boleh ziarah kubur," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.
Semalam, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS tidak akan mengadakan EGM seperti yang dicadangkan Nik Abdul Aziz sebelum ini, tetapi sebaliknya mengadakan mesyuarat khas Pas pusat bagi membincangkan isu parti.
Khamis lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.
Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul am itu.
Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang ke mesyuarat khas PAS pusat itu.- BERNAMA
1 comment:
Salam.
Pandangan mengenai isu UG (Unity Government) ini amat dikesali, setelah di putuskan oleh Muktamar lepas bahawa Pakatan Rakyat mesti di perkukuhkan. Namun pimpinan pusat telah melihat perkara ini sebagai cool session for a moment. untuk menanti isu yang berbangkit dalam BN.
TGNA menyatakan bahawa MCA buat EGM desak presiden & timb, presiden letak jawatan, kemudian MIC pun cuba singkirkan presiden diorang. Ini bermaksud kononnya BN telah mengalami masalah diantara parti komponen. Namun mereka yang setia pada UG beranggapan bahawa inilah masa yang sesuai untuk PAS kompromi dan mendominasi antara prinsip Islam dan Melayu dalam BN.
Perkara diatas itulah yang berlaku pada 13 May 1969, huru hara antara cina dan melayu kemudian PAS masuk Perikatan. Kini usahanya agak lebih kompleks, cuba bangkit masalah dikalangan parti komponen BN (MCA & MIC) lepas tu PAS akan melihat bahawa menangguk di air keruh, inilah yang akan digunakan oleh Pimpinan PAS sebagai tawaran kepada BN untuk mendominasikan kuasa Melayu & Islam.
Post a Comment