Friday, October 23, 2009

Iklan Lucah Tunjuk Punggung & Dada, Apa Kata Mereka?

PENGGUNA
APA komen mereka...

Pertama
:

shamsuleffendey 8:36 pm on May 14, 2009

Apa yang aku nak bangkitkan berkenaan satu iklan syarikat penerbangan yang agak melampau pada pendapat aku. Syarikat tersebut, Air Asia mengiklankan pengalaman 2 orang penumpang menggunakan model terbaru kapal terbangnya, Airbus.

Pengalaman seorang cucu dan neneknya yang menceritakan pengalaman menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia kepada kedua ibu-bapanya. Tiba-tiba terpapar adegan lucah yang dipertontonkan kepada umum kemudiannya, yang tidak patut sama sekali diperkatakan oleh budak kecik tersebut. Gambar ketika itu menfokuskan bontot dan payudara pramugari yang dikatakan ‘HOT’ oleh neneknya itu.

Babak akhir iklan sekali lagi memaparkan gambar kandid yang diambil budak kecik tersebut menunjukkan bahagian bontot pramugari yang memakai skirt ketika itu. Umum pasti dah tau skirt merupakan pakaian rasmi pramugari syarikat Air Asia itu. Sementara itu ibu-bapanya yang membaca kisah itu didalam poskad yang telah dikirim oleh anaknya itu hanya tersenyum gembira.

Amatlah memalukan bagaimana budak kecik yang masih bersih akal fikirannya telah dikotori dengan iklan-iklan sebegini. Ianya mungkin bakal menarik minat kanak-kanak yang sebaya dengannya untuk meniru lakonan budak kecik tersebut. Bayangkanlan bila dah besar budak ini, apa yang akan diwarisi dari sikapnya sejak kecik itu?

Jangan hairan jika masalah gejala rogol dan sumbang mahram akan lebih kerap menghiasi dada akhbar dan media massa kita selepas ini sekiranya masalah sebegini tidak dibendung. Bukti kebejatan akhlak yang ditaja oleh kerajaan UMno Be End. Seharusnya kita bersama-sama berganding bahu mengutuk sekeras-kerasnya tayangan iklan ini agar anak kita tidak menjadi mangsa dikemudian hari nanti. Apa kata anda?

Kedua: Komen skycrewz.net/

Iklan Lucah Terbaru AirAsia – Sesuai Ke ??

Korang dah tengok kan iklan ni? Apa pendapat korang tentang iklan terbaru ni? Nampaknya mereka lebih mengutamakan dada dan punggung pramugari AirAsia yang seksi daripada servis penerbangan mereka. Kalau tak silap aku, iklan ini telah diarahkan oleh arwah Yasmin Ahmad.


Ketiga: Harakah Daily Net.

Ramai pembaca dan penonton telah menghantar email dan serta menghubungi Harakahdaily memberi reaksi marah atas siaran iklan tersebut yang dianggap begitu memalukan dan telah mencemarkan minda masyarakat khususnya kanak-kanak yang menonton bersama kaum keluarga.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati sejak minggu lalu, sudah begitu banyak blog, web dan pengguna internet yang mengkritik iklan tersebut dan kesal kerana tiada sebarang tindakan drastik untuk membendung unsur lucah yang mengeksloitasi wanita dan merosakkan minda kanak-kanak di bawah usia.

"Sungguhpun filem dan drama tv telah banyak memaparkan unsur yang tidak elok, tetapi kini berjangkit pula kepada iklan. Ini mesti dikaji semula," kata seorang pemanggil yang mahu dikenali sebagai Bakhtiar Musa.

Bagi Rozaili Sidin, sepatutnya iklan penerbangan Air Asia tu bercirikan idea tempatan, adab sopan dan budaya berbanding menonjolkan susuk tubuh wanita untuk meningkatkan promosi jualan.

"Malu jika ianya ditonton ramai terutama kanak-kanak. Ini bukan budaya kita," katanya melalui email yang dihantar baru-baru ini.

Iklan Air Asia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah 'Hot', seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut.

Dalam maklumanbalas yang diterima, ramai yang mahu, syarikat penerbangan tersebut dan stesen tv swasta memohon maaf sekaligus dikenakan tindakan oleh Kementerian yang berkaitan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat buat apa? Tidak sensitif dengan eksploitasi wanita. Hanya oleh syarikat penerbangan pun tak mampu? Kita tunggu tengok.. (2MA)

Sila lihat..

5 comments:

TBO said...

http://saifulislam.com/?p=6868

ditanggap dan diulas oleh ustaz hasrizal

Anonymous said...

Ramai orang pandai komen dan memerhati..kemudian itu tak kena ini tak kena....alangkah bagusnya kalau ada sykt penerbangan murah yg islamic lebeh2 lagi puak2 anda ni...yg salhnya kita semua...banyak cakap tak buat......nak arapkan ibn asyim ni? apa yg dia buat? Seorang yg bijak adalah orang yg boleh selesaikan masaalah....bla..bla..bla..bla...smpai bila pon tak abish masaklah....

Anonymous said...

kalau boleh pramugari2 dimalaysia ni biarlah berpakaian SOPAN,contohnye MAS walau pun memakai baju kebaya masih lagi menampakkan susuk TUBUH BADAN..begitu jugak dengan AIR ASIA atau pun mana2 syarikat penerbangan di MALAYSIA ni,jangan lah kita meniru cara pakaian orang2 BARAT..bukan kah MALAYSIA ni kaya dengan ADAT KESOPANAN yang sebelum ni diwar-warkan...

Anonymous said...

klu baleh saya pon nak join gak ruangan ini...saya sangat2 setuju dengan pendapat2 yang ada disini..sepatutnya syarikat penerbangan harus betui2 ambil berat tentang pemakaian pramugari2 mereka.kenapa mereka harus memakai pakaian menampak kan susuk badan seseorang?adakan kerana???...Syarikat2 terbabit haruslah lebih prihatin tambahan pulak macam2 cerita tenteng pramugari2 di MALYSIA ni yang dah dipandang serong oleh orang2 tertentu...cnthnya PRAMUGARI TERLAMPAU...kenapa lah kita harus AIBKAN sendiri syarikat penerbangan kitadengan adanya pramugari2 sedemikian..oleh itu BERSEGERA LAH MERUBAH PAKAIAN PRAMUGARI2 ANDA DI SYARIKAT ANDA!!!!

Anonymous said...

SAYA SETUJU DENGAN SMUE CDNGAN DIATAS...TUBUHKAN PENERBANGAN ISLAMIK,...BAGUS CADANGAN YANG ANDA BERIKAN TAMBAHAN PULA SAYA BERKELUARGA DAN MEMPUNYAI ANAK2 KECIL...DENGAN ADANYA PENERBANGAN ISLAMIK INI MUNGKIN NANTI PAKAIAN NYA YANG BENAR2 SOPAN DAPAT MEMIKAT AHLI2 YANG SUDAH BERKELUARGA DAN YANG MEMPINYAI ANAK2....MELENTUR BULUH BAIR LAH DIMASA KECIL...YA,BILA UDAH BESAR ENGGAK ADA GUNANYA...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails