Al-Azhar Haramkan Niqab @ Purdah, TG Nik Aziz setuju
MENURUT Utusan semalam Syeikhul al-Azhar Syeikh Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar. Arahan lisan telahpun dikeluarkan kepada pihak keselamatan untuk melaksanakan rancangan berkenaan. Akhbar yang sama telah melaporkan bahawa TG Nik Abdul Aziz bersetuju dengan rancangan Syeikhul Azhar berkenaan. Wanita PKR, menurut laporan TV Antara bersetuju dengan kenyataan TG Nik Abd Aziz.
Niqab @ purdah adalah penutup muka kecuali dua mata yang dipakai oleh wanita bersama dengan tudung kepala bertujuan untuk melindunginya dari dilihat oleh lelaki ajnabi. Ia merupakan antara sekian banyak perkara khilafiyah dalam hal agama yang diperselisihkan di kalangan para fuqaha dari dahulu sehingga hari ini.
Lihat petikan berita berkenaan:
Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar
KAHERAH 6 Okt. – Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.
Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.
Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.
Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.
Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.
Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.
Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.
Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.
Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab ‘tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam’ dan memaksanya menanggalkan niqabnya.
Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.
“Niqab tidak ada kaitan dengan Islam…saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.
Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.
Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan. Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.
Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab membawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.
Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan. – AP
KOTA BHARU 7 Okt. – Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju langkah Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi yang merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan memakai purdah atas alasan keselamatan.
Malah beliau yang juga Menteri Bersar Kelantan menegaskan, langkah yang serupa tentunya akan dilakukan di negeri ini sekiranya keadaan memaksa.
Beliau berkata, pemakaian purdah menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menyembunyikan identiti bagi melakukan aktiviti haram.
Katanya, Islam hanya mewajibkan perempuan menutup aurat dari kepala sehingga ke kaki tetapi tidak termasuk muka.
“Saya sudah lama sebut bahawa Islam hanya minta perempuan tutup aurat dan saya tak pernah sebut tutup aurat tutup muka, macam kita sembahyang, pakai telekung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wanita PKR Setuju Larangan Niqab
Ketua sayap wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin menyambut baik kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melarang pemakaian niqab, atau penutup muka, sekiranya perlu bagi membendung jenayah dan keganasan.
Menurut Zuraida, keputusan Nik Aziz yang akan melarang pemakaian niqab di Kelantan sekiranya keadaan memaksa adalah satu tindakan wajar dan bertepatan dengan keadaan semasa.
“Kalau purdah itu dalam keadaan sekarang merbahayakan kerana orang menggunakan kesempatan untuk berselindung di bawah pakaian purdah itu untuk melakukan kerja jahat, sebagai perompak misalnya, maka wajarlah seorang ulamak selaku Menteri Besar mengeluarkan fatwa itu”.
Mursyidul Am Pas itu membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas cadangan ulama tertinggi Universiti Al-Azhar Mohammad Sayyed Tantawi mengharamkan pemakaian niqab di kalangan penuntut institusi-institusi al-Azhar.
Atas dasar keselamatan negara, Tantawi mengambil keputusan tersebut sebagai langkah awal pencegahan jenayah dan keganasan, menangani taktik penjahat menggunakan purdah melindungi aktiviti haram mereka.
Beliau bersetuju bahawa iklim sejagat hari ini tegang dengan ancaman pengganas dan jenayah, dan menambah larangan yang sama akan dikuatkuasakan di Kelantan sekiranya negeri Serambi Mekah itu menjadi mangsa pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
” Dari segi dia sebagai seorang pemimpin, dia sebagai alim ulamak di sebuah negeri, dia boleh mengeluarkan fatwa begitu berdasarkan u’ruf, maknanya bertepatan dengan kehendak setempat dan masa. Cara kita berpakaian kalau ikut Islam, bertepatan juga dengan u’ruf dan keadaan masa setempat”.
Nik Aziz menegaskan keputusan ini tidak bermaksud penutupan muka itu haram. Sekiranya larangan ini dikuatkuasakan, ia tidak akan menjejaskan ke-Islaman mana-mana pihak kerana tuntutan tutup aurat tidak semestinya berniqab.
Sebahagian besar ulama berpendapat bahawa purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamal masyarakat Arab Badwi dari sebelum kedatangan Islam lagi. Tantawi akan mengeluarkan arahan itu dalam masa terdekat bagi mengharamkan pelajar wanita yang berniqab dari memasuki institusi al-Azhar.
Mengulas dengan lebih lanjut, Zuraida menyuarakan kekhuatiran kenyataan Nik Aziz akan disalah-tafsir oleh sesetengah pihak yang sengaja mencari ruang menyerang tokoh Islam itu.
"Saya harap tidak ada pihak yang dangkal itu memanipulasi kerana mereka mungkin akan kata Tok Guru ikut kehendak rakyat, Islam memang suruh purdah sekarang tak perlu purdah. Mereka boleh memanipulasi demikian”.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Benarkah Tok guru setuju haramkan purdah, terutama di Kelantan? Perlukah tok guru jelaskan semula, supaya tidak timbul kontroversi seperti yang dikhuatiri wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin? Bagaimana pandangan Dewan Muslimat PAS pula atau Harakah?(2MA)
10 comments:
di musim sekarang ni banyak yang menyamar menipu duit orang dengan pakai purdah... elok la juga... kalau tak nampak muka, macam mana nak cam penjahat tu...
kat sini awal ramadhan hari tu... memang banyak la ke orang datang menipu... pakai tutup segala nih...
apa pun... yang tuk guru setuju... "HARAMKAN ATAS ALASAN KESELAMATAN" bukan setuju HARAMKAN PURDAH itu semata... kerana keselamatan... perlu lah... pasal ini bukan perkara fardhu... kalau macam kes wabak penyakit yang teruk... saudi sendiri menimbangkan tak nak bagi orang tua ngan budak kecik tunai haji... perkara fardhu tu... tapi pasal cuma bersifat sementara atas alasan keselamatan... bukan tak bagi terus...
dan tuk guru bukan kata haramkan terus... cuma kalau keadaan tak berapa baik... tak buleh pakai la...
Bukti-Bukti Pensyariatan Purdah/Niqab/Menutup Wajah
http://lobaitampin.blogspot.com/2009/10/bukti-bukti-pensyariatan.html
tak payah le duk risau sangat sebab org yang pakai purdah ni kita boleh kira ngan jari tangan je.
lebih baik korang risau dengan keadaan lani yang mana bertudung tapi bertelanjang
betul tu lina, i sokong u.......yang 'terlanjang' tu lg tak selamat...dah jelas dan nyata al quran hadith haramkan pun masih x settle lg...yg dok masih ada khilaf ni plak nak sibuk2...wahai tok guru nik aziz...settlekan lah dulu atas ALASAN KESELAMATAN ramai lg yg tak tutup aurat sempurna di kelantan...sebelum nak nyusahkan orang berpurdah yg dah tentu, insyaAllah... dlm rahmat ALLAH tu...ni lah dunia akhir zaman...tok guru pun buleh cakap lagu tu....ummati...ummati
sy rase kat Malaysia, kes jenayah yg melibatkan wanita berpurdah xde la serius mane, so x payah la sampai nak haramkan terus..biar la org nak buat baik. org yg x nak buat baik mcm wanita2 yg seksi tu la yg patut nye lebih dirisaukan.
sekadar pandangan....
Ikhwaani fillaah...
Tidaklah penulis membahas masalah pentingnya purdah ini, melainkan bentuk perhatiannya terhadap kemerosotan(down) pemikiran2 islam.
Hari ini kita anggap permasalahan ini sangat enteng/sepele,tapi kita akan sangat terpukul di kemudian hari.
Ingatlah, tak 1 pun orang jatuh dengan besarnya gunung.tapi mereka jatuh dengan kumparan batu2 kecil di tepian jalan.
Jangan di anggap remeh pernasalahan ini,di mata agama ini merupakan permasalahan yang perlu di bahas.
Syukroon......
Al mukarrom......
Dr.Abdul Baasit Abdul Rohman
bila lagi nak datang ke makkah....??
Ana wardhanie ahmed ma pak Azwar tunggu ustadz......
"banyak yg menyamar menggunakan purdah sebab xbk nmpak mka"..adakah purdah itu yg dpersalahkan??adakah berpurdah itu bertentengan dengan Islam?bukankah purdah itu adalah untuk menjaga seseorang wanita drpd d fitnah?..dengan berpurdah insyaAllah seseorang wanita itu lebih menjaga keperibadian dirinya,kesucian hatinya..“ Ada tak ulama’ yang menghukumkannya haram?”.“ Tak ada, yang ada hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun menghukumkan wajib berpurdah di zaman penuh kefasadan sekarang ni.
ana setuju dengan pandangan sahabat d ats..kenapa nk bahaskan tentang purdah d m'sia sedangkan xbanyak yg pkai purdah..nape nk haramkan purdah sedangkan itu benda yg baik??nape xharamkan tudung yg nampak leher??nape xharamkan baju yg ketat2??nape xharamkan org yg pkai tudung tp jelas nampak bonggol di ats kepala??..adakah semua itu selamat sedangkan purdah xselamat??
peranan media masa kini cukup untuk membuatkan msyrkt huru-hara dengan fitnah yg disebarkan.. berhubung dgn kenyataan syeikh tantawi mngenai pengharaman purdah, sila rujuk
http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/2009/10/16/isu-purdah-satu-penjelasan-ringkas/comment-page-1/#comment-3134
ana pelik dgn umat Islam yg sering mencemuh orang yang melakukan suruhan agama tetapi membisu bila melihat orang yg melanggar suruhan agama sendiri..
Post a Comment