Wednesday, October 28, 2009

Mengapa Datuk Dr Hasan Ali Perlu Dihukum?




OKT 2009— Bagaimanakah PAS akan menyelesaikan persoalan yang berbangkit dalam parti itu sekarang? Inilah soalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak ekoran kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bagi saya kita kena kembali kepada pokok masalahnya. Apa masalahnya sehingga Nik Aziz membuat kenyataan dan cadangan sedemikian.

"Bagi saya kerana beliau tidak berpuashati dengan cara pemimpin PAS mengendalikan isu di Selangor. Kalau begitu selesaikan isu di Selangor," kata seorang penganalisa.

Bagi beliau, sebagaimana ramai pihak di luar PAS, Nik Aziz sangat risau dengan apa yang berlaku di Selangor. Ia telah menghasilkan satu persepsi umum yang kurang baik kepada PAS.

Ia bermula dengan siri-siri kenyataan dan pendirian Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam hal ehwal Selangor.

Yang terakhir adalah serangan Hassan, exco kerajaan negeri Selangor ke atas Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi serangan ke atas kerajaan negeri itu.

Mereka beranggapan, Umno telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menekan pimpinan kerajaan negeri Selangor.

Padahal, yang paling banyak membuat penyelewengan adalah kerajaan Selangor yang dipimpin oleh BN sebelum ini. Antaranya menghabiskan peruntukan kerajaan negeri untuk setahun dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu habis pada Mac 2008 sahaja.

Ini semua didedahkan dalam sidang Selcat yang dipimpin oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chan Kim.

Hasan melalui satu sidang medianya telah menyerang cara Selcat mengendalikan penyiasatan awamnya sehingga memalukan pegawai kerajaan yang memberikan keterangan dalam sidang Selcat.

Padahal, sebagai Exco, Hasan boleh bangkitkan rasa tidak puashati beliau itu dalam mesyuarat Exco yang diadakan saban minggu. Ini tidak, dalam mesyuarat Hasan hanya mendiamkan diri tetapi cukup hebat dalam membuat kenyataan-kenyataan media.

Apabila Hasan menyerang Selcat melalui media, sudah pasti rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor akan marah. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika bercakap dengan wartawan Singapura tidak memberikan ulasan pedas tetapi berkata:

"Inilah masalah kami. Kami main bola tetapi tiba-tiba ada antara ahli pasukan kami main ragbi," katanya.

Khalid juga telah menghantar satu surat khas kepada Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.

Apa yang berlaku di Selangor telah memberikan signal yang negatif terhadap PAS dalam bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan. Dalam masa yang sama, apa yang berlaku di negeri ini juga menjadi contoh penting kepada seluruh negara.

Ia disahkan lagi melalui keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila PAS kalah teruk di situ. Antara puncanya kerana dikatakan pengundi Cina dan India tidak memberikan sokongan penuh kepada calon PAS. Dengan mudah jari ditunjukkan kepada Hassan Ali sebagai puncanya.

Kalau begitu, apa pula yang Nik Aziz marahkan kepada pimpinan PASPAS. Nik Aziz marah kerana beliau melihat para pemimpin PAS yang ada semacam membela Hasan pula. Ini kerana, bagi beliau, semua pemimpin kanan PAS yang ada sekarang rakan sepasukan Hasan dalam isu kerajaan perpaduan.

Bahkan pihak yang dianggap sebagai musuh Hasan dalam politik Selangor, iaitu Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam diserang oleh pemimpin PAS dalam beberapa siri mesyuarat Pakatan Rakyat.

Kalau begitu bagaimana cara menyelesaikan perkara ini? Mesyuarat agung luar biasa yang bakal berakhir macam MCA atau bertindak tanpa perlukan mesyuarat sebegitu.

Menurut seorang ahli Parlimen PAS di Selangor, sesaorang harus di hukum dan bertanggungjawab ke atas segala masalah ini untuk mempastikan semua yang lain termasuk nama baik parti terselamat. Beliau mencadangkan, Hasan Ali yang mesti dihukum.

Beliau mencadangkan agar Hasan melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor kerana nampak sangat beliau tidak boleh lagi bekerja dalam pasukan Pakatan di Selangor.

"Dia sudah main ragbi ketika ahli pasukan lain main bola. Jadi dia yang kena kad merah," kata beliau. (Sumber The Malaysian Insider/2MA)

5 comments:

Anonymous said...

fedup dah aku dgn pas ni. senang cakap je samada nak UMNO or PR or nak keluar jadi independent.

kan senang kami rakyat pengundi yg hina dina ni buat keputusan tentang apa kami nak buat/hukum pas kat PR13 nanti

anakpahang said...

Kalau dah fedup tak payah tunggu bolehlah gulung tikar pergi kat padang lain.
Kalau nak jadi musang berbulu ayam teruskan dengan sifat munafik tu.

Anonymous said...

Ha ha ha!

dino.yp@gmail.com said...

rakyat dah tau, liPAS tak pernah terbuka, kalau pemimpin depa kena kritik sikit pun memang kenalah sapa yang kritik. depa ni lagi hebat dari saidina abu bakar.

Anonymous said...

Bismillah~
Menurut anggapan yang umum bahawa Hasan Ali ini bermmain dengan isu untuk mengalih perhatian rakyat :

Pertama, daripada isu Kerajaan Pakatan yang telah disembunyikan kepada pemimpin dan ahli PAS sendiri sebelum ini ;

Kedua, teralihlah berita dan kabar angin "dirumuskan" bahawa NAFSU Hasan ingin sangat hendakkan jawatan MB Selangor apabila PAS +U+BN apabila PR jatuh seperti di Perak atas berbagai isu dan lompat melompat orang PAS yang sama "asas- naluri-dan-perangai" macam manusia lain juga ;
Ketiga mungkin perihal peribadi selama ia sebelum masuk jadi anggota PAS - dalam UMNO ? pegawai kerajaan yang penuh dengan cabaran hartanah dan peluang niaga atau telah berniaga ; ini suatu tekaan sahaja. MAAF.

SEMUA INI ADALAH KOS BAGI SETIAP PEMIMPIN YANG BANAYAK CAKAP DAN IA KENA CABAR, BUKAN ? MAAF. ~ahmadnun@gamil.com 031009.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails