PERUBATAN
Oleh Sri Diah
Hubungan mesra lidah mak mentua, misai kucing
SATU khabar gembira telah kita ketahui semalam. Perkhabaran ini semestinya telah memberikan senyuman yang amat bererti kepada berjuta penghidap kanser di Malaysia dan di seluruh dunia. Kajian yang dibangunkan oleh penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) bahawa ekstrak herba piawai yang dihasilkan daripada tumbuhan misai kucing mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser adalah satu khabar gembira yang ditunggu-tunggu selama ini.
Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus yang dikenali sebagai Canssufive banyak terdapat di kampung-kampung. Sejak turun temurun khasiatnya sudah diketahui dari mulut ke mulut, namun kesahihannya telah terjawab semalam dengan laporan sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Farmasi yang diketuai pensyarahnya, Dr Amin Malik Shah Abdul Majid.
Nampaknya selepas ini aktiviti menanam tumbuhan dengan nama glamornya misai kucing semakin menjadi-jadi. Misai Kucing mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi dan boleh menghindar serta menghalang pertumbuhan sel kanser dan terbukti mampu merencat penumbuhan pembuluh darah. Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benign (bukan kanser).
Sebaliknya, jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser). Sesuatu yang menggembirakan, Cansufive itu juga menunjukkan kesan yang memberangsangkan terutama terhadap penyakit yang amat digeruni kaum wanita iaitu kanser payu dara.
Sememangnya kita mengucap syukur dengan penemuan terbaru ini memandangkan selain kanser rahim, kanser payu dara merupakan antara penyebab kematian wanita. Menurut para penyelidik berkenaan, kaedah kimoterapi pada penghidap kanser telah dipraktikkan pada hari ini, namun kos untuk mendapatkannya amat tinggi sehingga mencecah RM4,000 bagi satu dos. Tetapi dengan adanya ekstrak misai kucing kos yang diperlukan hanya sekitar RM50. Bayangkan murahnya.
Oleh itu janganlah menidakkan penemuan pakar ini. Jika ada tanah, tanamlah tumbuhan misai kucing. Atau jika ada ladang, usahakan supaya ia menjadi lebih komersil. Di samping itu, tanaman herba lain yang sudah dikenal pasti berkhasiat juga jangan dilupakan contohnya seperti mas chotek, tongkat Ali dan kacip Fatimah.
Rasanya selain ditanam atas tanah, tumbuhan misai kucing ini juga boleh ditanam dalam pasu sahaja kerana jenis tumbuhannya yang tidak besar. Kebanyakan suri rumah di bandar-bandar kini sememangnya telah mengambil inisiatif bertanam secara kecil-kecilan sebagai hobi dan tidak dinafikan juga mampu menampung kos belanja pasar.
Contohnya saya sendiri menanam pokok pandan, serai, halia, kunyit, daun bawang, cili padi, kesum, kangkung, peria, daun kari, tomato, bendi dan pokok limau kasturi hanya di dalam pasu sahaja! Pasu-pasu itu disusun berderet di belakang rumah dan bercampur-aduk dengan pokok-pokok bunga. Boleh, pun!
Pokok-pokok sayuran itu mampu hidup tanpa kos yang mahal. Juga tanpa peluh merecik-recik memangkasnya tiap hujung minggu. Namun apa yang paling penting, hasil tanaman itu puas digunakan untuk memasak hidangan sekeluarga. Ada masanya juga diberikan kepada jiran-jiran pada setiap musim menuainya.
Malahan kalaulah pokok pisang boleh ditanam dalam pasu Baba yang sebesar pemeluk itu, saya juga pasti akan menanamnya. Sekurangnya selamatlah wang RM1 setiap kali mahu menggunakan daun pisang untuk membakar ikan. Kepada mereka yang gemar menanam bunga, apa kata tambah satu lagi minat anda dengan menanam pokok-pokok untuk dimakan pula. Tanah, baja dan benih yang murah di pasaran memungkin anda untuk berjimat belanja dapur hampir sepuluh ringgit seminggu untuk membeli sayur-sayuran. Memang tidak rugi berbudi dengan tanah.
Memang patut pun pokok bunga akar dani, bunga sepit ketam, bunga kerak nasi, bunga lidah mak mentua, ati-ati, ros, orkid dan pelbagai jenis bunga hiasan lagi diselang-selikan dengan spesis tanaman jenis sayuran pula. Berilah peluang bunga-bunga ini hidup subur bersama tanaman sayuran anda. Supaya tidaklah bunga lidah mak mentua itu terus tegak sombong mendongak ke awan, semestinya ia serasi pula dengan lemah gemalai pokok misai kucing. (Sumber: Sinar Harian/AK)
6 comments:
http://newmediaupdate.com/teresegojmerac/
SATU khabar gembira telah kita ketahui semalam. Perkhabaran ini semestinya telah memberikan senyuman yang amat bererti kepada berjuta penghidap kanser di Malaysia dan di seluruh dunia. Kajian yang dibangunkan oleh penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) bahawa ekstrak herba piawai yang dihasilkan daripada tumbuhan misai kucing mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser adalah satu khabar gembira yang ditunggu-tunggu selama ini.
Malahan kalaulah pokok pisang boleh ditanam dalam pasu Baba yang sebesar pemeluk itu, saya juga pasti akan menanamnya. Sekurangnya selamatlah wang RM1 setiap kali mahu menggunakan daun pisang untuk membakar ikan. Kepada mereka yang gemar menanam bunga, apa kata tambah satu lagi minat anda dengan menanam pokok-pokok untuk dimakan pula. Tanah, baja dan benih yang murah di pasaran memungkin anda untuk berjimat belanja dapur hampir sepuluh ringgit seminggu untuk membeli sayur-sayuran. Memang tidak rugi berbudi dengan tanah.
Memang patut pun pokok bunga akar dani, bunga sepit ketam, bunga kerak nasi, bunga lidah mak mentua, ati-ati, ros, orkid dan pelbagai jenis bunga hiasan lagi diselang-selikan dengan spesis tanaman jenis sayuran pula. Berilah peluang bunga-bunga ini hidup subur bersama tanaman sayuran anda. Supaya tidaklah bunga lidah mak mentua itu terus tegak sombong mendongak ke awan, semestinya ia serasi pula dengan lemah gemalai pokok misai kucing. (Sumber: Sinar Harian/AK)
Untuk perhatian:Canssufive adalah satu produk yang dihasilkan dari sejenis proses yang telah dipaten. Proses 'extraction' dari daun Misai Kucing inilah yang memberi ia ciri2 anti-kanser dan tidak sama dengan minuman teh misai kucing.Menurut kajian makmal EMAN, teh misai kucing tidak memberi hasil yang sama.Produk Canssufive ini akan akan dilancar selepas tamat ujian klinikal trail yang akan memakan masa selama 3 tahun.Buat masa ini Canssurfive hanya diberi kepada pesakit kanser yang tidak lagi menunjukan apa2 respond positif selepas menerima rawatan konventional untuk penyakit kaser dan dengan saranan pakar onkologi.Untuk maklumat lanjut sila hubungi Makmal EMAN di:0124230842
Post a Comment