"SETELAH melawat Iran, apa pandangan Pak Ibnu mengenai Nikah Mut'ah, atau nikah kontrek di Iran? Bagaimana kalau saya nak kahwin wanita Iran? Tolong cerita pengalaman tuan ke sana?" Itulah pertanyaan dari seorang pelayar blog ini bernama Ali Mahmud kepada saya.
Terima kasih. Dalam perjalanan saya selama kira-kira 2 minggu itu, pihak kami mengalami beberapa perkara mengenai wanita Iran. Asalnya kami melihat dan menyangka wanita Iran tidak mungkin dapat didekati, kerana secara keseluruhan berpakaian menutup aurat dengan bercadur dan berpurdah, juga berperangai sopan.
"Tapi cuba hang tengok tu.." Kata kawanku semasa kami berada di sebuah bandar di Iran. "Yang tu macam boleh makan.. Tengok tudungnya, walaupun menutup aurat tapi jambulnya terbuka. Macam tudung yang dipakai oleh Menteri Wanita Malaysia Shahrizat Jalil.. tersengeh jambulnya. Lihat kening mereka, bercukur dan ukir semula."
"Mengapa?" Aku tanya.
"Yang berpakaian macam wanita UMNO Malaysia tu biasanya dapat bertentang mata, bahkan boleh berbalas senyum dengan kita. Segalanya bermula dari mata... Kalau yang bertudung lingkup atau berpurdah macam muslimat PAS di Malaysia itu, jangan harap la. Pandangannya selalu tunduk.. susah nak dapat bertentang mata. Kalau kebetulan bertentang matapun, cepat-cepat pandangannya dilarikan ke lain. Pada aku, itu yang bagus. Tapi susah nak dapat, kalau tidak melalui saloran tertentu!" Jawabnya.
Teringat saya beberapa perkara terjadi sepanjang perjalanan 2 minggu mengelilingi Iran.. Mencari peluang mendekati gadis-gadis Iran.
Pertama: Semasa berada di atas sebuah jambatan lama bersejarah tempat orang ramai melawat dan melintasi jambatan itu disebuah pekan. Orang ramai berpusu-pusu. Pemandu teksi orang Iran yang membawa kami itu cuba perkenalkan kami dengan 2 gadis Iran. Mula-mula gadis itu tidak mahu layan. Bila pemandu teksi itu memujuk memberi tahu kami dari Malaysia dia yang bertudung 'wanita UMNO' itupun bersetuju menemu ramah.
Kami merakam untuk klip vedeo, dan mendapat kerjasama yang baik. Tetapi malangnya kamera yang kami rakam itu sudah jatuh terhempas, dan sedang diperbaiki sekarang. Jika boleh guna, gambar interbieu itu akan dimasukkan ke youtube, untuk tatapan bersama.
Kedua: Ketika 2 kawan saya sedang berehat siang hari di taman kota Shiraz selatan Tehran, tiba-tiba datang seorang wanita bertanyasapa dan berkenal-kenalan. Berbahasa Inggeris yang baik. Menurutnya, dia seorang pelajar universiti di situ. Sedang bercakap-cakap, ramai orang tua di situ datang tumpang dengar. Semakin lama semakin ramai. Menyebabkan perbincangan seolah-olah terganggu. Wanita itu mengajak pergi ke tampat lain dengan menaiki keretanya.
Sedang di tempat letak kereta mereka perkenalkan wanita itu kepada saya dan kawan yang lain. Kami bercakap-cakap sambil berdiri sahaja, bertukar-tukar alamat dan maklumat. Makin ramai yang berkerumun. Termasuk ada seorang anggota polis yang sedang menulis laporan mengenai perbualan kami. Kami jadi terganggu dan saya tertanya-tanya, kenapa sampai begini? Adakah orang luar bercakap dengan gadis di sini boleh membawa ke arah maksiat? Seolah-olah mengundang pelacuran?
Ketiga: Sedang kami di dalam sebuah restoran di sebuah bandar lain, tiba-tiba masuk dua wanita muda Iran berpakaian macam 'tudung wanita UMNO'. Tersenyum kepada kami dan duduk di meja yang bertentangan dengan kami. Kami tanya dia tahu bahasa Inggeris atau tidak? Dia mengisyaratkan, tidak tahu! Hanya lawan senyum-senyum sahaja.
Akhirnya setelah selesai makan, kami pun beredar. Sesampai didekat mejanya seorang darinya memberi secebis kertas, bertulis nombor telefon untuk menghubunginya.
Timbul lagi pertanyaan, apa ertinya semua ini? Apakah hal ini hanya perkara biasa sahaja atau ada kena mengena dengan 'nikah kontrek' atau mut'ah atau dalam bahasa Iran disebut 'cigh' (sireh)? Atau ianya juga suatu jenis pelacuran 'black market'?
Keempat: Pernah semasa saya berjalan berseorangan di sebuah pekan menuju hotel, semasa ramai orang balik kerja. Dari jauh semasa berselisih ramai wanita-wanitanya tunduk sahaja. Tiba-tiba dari jauh nampak seorang gadis senyum pada saya. Hingga terfikir saya tidak mungkin ada yang kenal saya di pekan begini. Bila dekat disapanya saya, "Hai!", dengan senyum dan ramah. Terperanjat saya, aku tua-tua begini pun ada yang minat?
Perkara ini saya perbincangkan di mana-mana ada kesempatan. Akhirnya, tiga kesimpulan dibuat:
01. Gadis-gadis Iran melayani lelaki luar negara biasa sahaja, hanya tanyajawap, tukar fikiran biasa. Tiada apa-apa, tidak lebih dari itu.
02. Ada wanita-wanita Iran yang suka menerima lelaki luar, tetapi mesti berkahwin secara sah. Kerana menurut mazhab Syiah dibolehkan Nikah Mut'ah, nikah sementara atau nikah kontrek seperti yang Saudara Ali Mahmud tanyakan. Memang dalam sejarah Islam terdapat Nikah Mut'ah diamalkan, tetapi telah dibatalkan. Cuma puak-puak Syi'ah tidak mengakui pembatalan melalui hadis-hadis berkaitan tersebut, menyebabkan ianya boleh dilaksanakan hingga ke hari ini.
Hingga dikatakan di negara-negara jiran Iran disediakan juru-juru nikah di hotel-hotel untuk kahwin kontrek atau kahwin sementara menurut masa yang ditentukan. Tetapi saya masih belum pasti lagi laporan itu.. Ada yang menganggap Mut'ah lebih baik dari bersekedudukan tanpa nikah terutama dalam keadaan-keadaan tertentu. Contohnya seperti pelajar-pelajarnya diluar negara, yang tidak sanggup berpuasa dari nafkah batin. Lebih baik Mut'ah saja, buat apa bazirkan tenaga sia-sia.
03. Sendiket pelacuran. Seperti dalam perkara-perkara di atas, mungkin itu sebabnya setiap kegiatan wanita-wanita Iran dengan lelaki luar perlu di awasi betul-betul. Kerana pelacuran atau bersekedudukan lelaki perempuan luar nikah di Iran diharamkan atau akan dilaksanakan hukum hudud. Tak macam di Malaysia bebas seks tanpa nikah, suka sama suka takde masalah, Malaysia boleh! Amat memalukan kami, apabila bertemu seorang Pakistan di Dubai, dia mengatakan Malaysia bagus.
Apa bagusnya? kami tanya.. "Hanya berkenalan sebentar dengan wanita Malaysia, boleh dibawa ketempat tidur tanpa wang dan biaya banyak hanya kerana tubuh dan rupa kami yang tegap gagah!" Katanya. Na'auzubillah. Malunya kami.
Sebagaimana yang kita tahu penyakit pelacuran adalah antara penyakit tertua di dunia dan amat sukar dihindarkan. Itu sebabnya Islam membawa penyelesaiannya melalui hukum hudud, antara perundangan yang paling berjaya di dunia, walaupun tidak diakui di dunia barat. Lihat sahaja perundangan di zaman Rusulullah SAW. Contoh terkini di Saudi dan Iran sekarang. Sewaktu tokoh revolusioner Khomeini mengambil alih Iran dari Shah Iran, ratusan pelacur-pelacur dibebaskan dan dicari pasangan hidup. Sarang pelacuran dimusnah habis.
Itulah yang perlu kita contohi dari Iran. Dan banyak lagi larangan-larangan Islam dilaksanakan di Iran yang diwujudkan jalan keluar dan alternatifnya. Contohnya siaran tv. Bagaimana alternatif siaran tv diIran? Panggung wayang. Bagaimana pengisian di panggung, dan filem-filem alternatifnya? Inilah yang menarik saya melihatnya..
Oh.. mengenai pertanyaan tarakhir nak kahwin wanita Iran dari Ali Mahmud. Itu mudah. Kerana dalam negara Islam, berkahwin mudah, yang susahnya ialah berzina. Dalam negara tidak Islam, berzina mudah, cuma berkahwin saja yang susah. Macam-macam syarat. Jadi kalau saudara Ali nak perkahwinan yang baik mesti mengikut saloran yang baik.
Paling kurang kalau nak, anak kawan kami pemandu teksi dalam gambar di atas. 2 anak gadisnya baru habis universiti. Satu sudah ada yang melamarnya, tinggal satu lagi. Lihat gambar di atas. Lelaki ditengah-tengah adalah pemandu teksi itu. Di sebelah, arah ke kanan, anak perempuannya sudah bertunang, yang bongsu masih kosong dan isterinya. Arah ke kiri saya, dan seterusnya kawan-kawan dari Malaysia.
Cun tak gadis itu? Kalau minat boleh runding. Insya Allah bersambung.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim.
e-mail Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com
Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..
- Dubai, Bertemu Pemuda Dari Lembah Swat..
- Politik: Bila Ku Renung Bulan Mengambang Di Iran.....
- Nikah Kontrek Bersama Wanita UMNO Iran?
- Angkutan Awam Iran, Ikut Cara Islam.
- Selepas Iran Ibnu Hasyim Ke Sri Lanka Pula..
- Ahmadinejad: Bukan Ganjil Tapi Ikut Cara Sederhana...
- Selepas Iran Ibnu Hasyim Ke Sri Lanka Pula..
makin tua makin miang pulak orang tua PAS nie. Lagak macam alim, perangai macam syaiton.
ReplyDeleteApasal marah sangat? Wanita UMNO kuut!
ReplyDeleteHa Ha Ha..
Salam Tuan Haji,
ReplyDeletePuteri umno Iran takda ker...?
Minta copy artikel ini.
TQ
Assalamu 'alaikum!
ReplyDeleteMaaf tuan! Saya pastekan sebahagian tulisan tuan ke dalam blog saya. Amat bermanfaat.
Salam,
ReplyDeleteSaya rasa kurang manis untuk Pak Ibnu Hasyim untuk pukul rata semua wanita umno dengan penghinaan seperti ini.
Sepatutnya, sebagai orang tua dan orang lama dalam politik Malaysia, pendekatan yang lebih berhemah digunakan.
Pendekatan hentam rata macam ni sesuai untuk orang muda saja kot.
Sekadar pandangan.
Boleh copy, paste dll. Terima kasih atas komen anda.
ReplyDeleteMengenai Puteri UMNO saya sengaja sebut wanita UMNO, kerana dalamnya termasuk puteri.
Alhamdulillah, saya suka berbagai pandangan..
Boleh copy, paste dll. Terima kasih atas komen anda.
ReplyDeleteMengenai Puteri UMNO saya sengaja sebut wanita UMNO, kerana dalamnya termasuk puteri.
Alhamdulillah, saya suka berbagai pandangan..
Boleh copy, paste dll. Terima kasih atas komen anda.
ReplyDeleteMengenai Puteri UMNO saya sengaja sebut wanita UMNO, kerana dalamnya termasuk puteri.
Alhamdulillah, saya suka berbagai pandangan..
salam pak haji, boleh komen sikit psl Ayat2 Allah dalam gempa d indonesia.
ReplyDeletehttp://2000n.blogspot.com/
apa pandangan pak haji
salam pak hasyim,
ReplyDeletesekadar tumpang bertanya. benarkah lelaki iran di dalam gambar itu bekerja sebagai pemandu teksi? kerana dari gaya rumahnya kelihatan agak mewah. berbeza denagn pemandu teksi di sini. bukannya niat menghina sesiapa. saya sekadar bertanya. ingin tahu bagaimana keadaan ekonomi di iran. harap pak hasyim dapat membantu. Tq.
Memang benar. Namanya Ali. Bekas tentera zaman Shah Iran, yang pergi perang di Irak, zaman Khomeini. Rumahnya di kondominium Tehran. Rombongan kami tidur di rumahnya 1 malam.
ReplyDeleteMengenai persoalan Firdaus A, saya akan kemukan pandangan di waktu lain, Insya Allah.
Shabudin, jangan marah kalau bini kita tak pakai macam tu, mamang pun jambut mami sharizat paling mudah nak bagi contoh, apa macam kat china tempat yang hang dok pi tu banyak ka jambul.
ReplyDeleteSalam pak aji, yg dok tulis atas bontot kreta tu apa namnya pak aji, ada email ka...
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteana bersetuju dengan pendapat sdr Shahabudeen Jalil tapi elok juga untuk Ketua Wanita dan ahli wanita. Jadikanlah teguran ini sebagai pengajaran dan berasa malu.......
Wassalam
Mengenai nama & email gadis Iran yang sedang tulis atas bontot kereta tu, ada pada kawan saya. Kalau mahu boleh saya berikan..
ReplyDeleteBanyak duit tuan haji ni .. pi merantau banyak negara..??
ReplyDeletemesti seronok kan..?
mintak izin pada tuan haji .. saya nak copy artikel tun haji..
Salam Ziarah...saya baru baca 1 artikal...mmg menarik la tuan haji..Pembongkaran yang saya kira bermanfaat dalam penulisan ini.....Tq
ReplyDeletekerja kau mengumpat mengumpat mengumpat, apa mengumpat dlm blog tak berdosa ke !! buat malu orang islam ajak cakap pasal islam bergegar gegar tapi masih nak mengumpat, tak tahulah aku barangkali dalam surau pun mengumpat
ReplyDeleteOi, kamu tak sedar, kamu pun mengumpat juga!.
ReplyDeleteKamu tak mengaji ke ada mengumpat yang harus. Mengumpat kpd wanita umno, yang tak wajibkan ketuanya pakai tudung lengkap..
Mengapa anda perlu bercerita dan menghentam satu pihak..
ReplyDeleteAnda fikir anda betul?
Orang akan menilai pimikiran anda.
Jangan ada benci.
salom (sebutan biasa iranian bagi salam). saya pernah bekerja di iran melebihi 6 bulan n bergaul rapat dengan perpuluh keluarga ( hanya 1 dr keturunan arab whereas selebihnya adalah iran tulin @ rom)
ReplyDeletesecara amnya, apa yg dipaparkan adalah benar kerana saya mengalami perkara yang sama.
khoda hafiz
Salam Prof,
ReplyDeletemana email gadis iran yg dok tulis atas bontot kereta dulu tu,dah 2 tahun tunggu x dak pun.