Monday, October 26, 2009

Perutusan Presiden PAS:: Tentukan Tarikh Mesyuarat

Oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

KENYATAAN penuh Presiden PAS:

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 (2MA)

3 comments:

  1. Masuk BN....masuk BN....masuk BN....masuk BN....masuk BN....2010....2011

    ReplyDelete
  2. Hj.Hadi dan konco-konconya memang talang dua muka........silakan berundur dengan terhormat

    ReplyDelete
  3. Anonymous - October 26, 2009 4:05 PM berkata:

    "Hj.Hadi dan konco-konconya memang talang dua muka........silakan berundur dengan terhormat"

    - Saudara bukan ahli PAS kan?? Jgn berlakon atau buat2 sibuk. Kalau ahli PAS x akan berkata sedemikian. Nampak tembelang saudara.

    PAS ada kaedahnya dlm mengatasi perbezaan pandangan.

    ReplyDelete