PIN yang mempunyai gambar lelaki yang disebut sebagai Nabi Muhammad beredar di Makassar, Sulawesi. Peredaran pin ini meresahkan masyarakat, khususnya umat Islam. Pin tersebut pertama kali ditemui oleh seorang anggota Forum Komunikasi Muslimah Makassar. Pin tersebut milik kepada seorang wanita bernama HDY (samaran).
Namun HDY mengaku, dia bukan pemilik pertama benda tersebut. Pin itu dibelinya dengan harga Rp 20 ribu (RM7.19) dari seorang wanita bernama MAR. HDY dan MAR selama ini memang kawan perniagaan busana Muslimah. Pin yang menggemparkan itu berbentuk bulat, berdiameter sekitar 5 cm dan berwarna asas hijau muda. Pada pin itu, gambar wajah jejaka yang disebut sebagai Nabi Muhammad sangat tampan.
Hidungnya mancung dengan bibir yang tidak tipis atau tebal. Alisnya juga tebal rapi. Demikian pula matanya yang berwarna cokelat. Kepalanya tertutup serban putih bergaris-garis hijau. Di sebelah telinga kanan terlihat gulungan serban yang menyerupai kembang.
Gambar hanya tampak sampai leher saja. Di bawah gambar, ada tulisan Arab berbunyi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Alihi Wassalam. Tulisan Muhammad Rasulullah berhuruf besar. Hampir sepuluh kali lebih besar dibandingkan tulisan Sallallahu Alaihi Wa Alihi wa Sallam.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Pihak bertanggung jawab perlu ambil perhatian, mengawasi supaya tidak menimbulkan kegelisahan dan meresahkan umat Islam. Bukan sahaja di Indonesia bahkan perlu diawasi supaya tidak merembas masuk ke Malaysia atau tersebar negara-negara lain di dunia. (2MA)
2 comments:
Salam,
Amalan gamabr Nabi dan sahabat ini adalah perkara biasa dikalangan masyararakat Syiah di Iran dan beberapa tempat termasuk Pakistan.
Kita tak perlu salahkan bukan Islam terus.
Kalau ke [perkuburan Syiah di Iran, kita boleh lihat hampir semua kubur ada gambar simati.
Amalan ini menjadi sebahagian amalan kaum Syiah terutama selepas adanya foto dan filem.
Lukisan wajah Saidina Ali juga selalu dipamerkan oleh mereak yang taksub dan amat mencintai Saidina Ali dan membenci sahabat terutama Abu Bakar dan Umar RA.
Salam,
Dulu masa menegerjakan umrah saya ada terlihat gambar seorang tua yang nampak alim berpakaian serba putih di kepit dengan dua makluk bersayap. Dihadapan nya ada sebuah rehal. Kawan saya kata itu lah gambar Nabi....tak tau lah
Post a Comment