Usul-usul tersebut ialah:
* Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota bagi pemilihan pimpinan tertinggi Umno dan barisan pemimpin peringkat bahagian. Melalui usul pindaan ini juga, semua ketua sayap parti peringkat cawangan dicadangkan menjadi perwakilan secara
automatik.
* Memperkenalkan sistem pendaftaran menggantikan sistem kuota pencalonan. (Syarat minimum untuk menjadi calon akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno);
* Pelantikan wakil Pergerakan Wanita untuk mengisi kerusi jawatankuasa peringkat cawangan, bahagian dan MT; (Pindaan ini menjadikan jumlah anggota yang dilantik bertambah, iaitu bagi MT daripada 12 kepada 13 orang, anggota jawatankuasa peringkat bahagian daripada tujuh kepada lapan orang, dan jawatankuasa cawangan daripada lima kepada enam orang);
* Pemilihan bagi peringkat bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi akan diadakan secara serentak, dan dengan itu sebuah Jawatankuasa Pemilihan Umno akan ditubuhkan untuk menyelia dari segi logistik dan kos. (Anggota jawatankuasa akan dilantik Presiden parti);
* Penghapusan yuran tahunan keahlian dan digantikan dengan yuran seumur hidup;
* Memberi mandat kepada ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat cawangan untuk mengesahkan keahlian baru; dan
* Mengiktiraf setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno secara automatik.
Sebelum itu, cadangan pindaan tersebut dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan disokong oleh Ketua Umno Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad. Proses pindaan perlembagaan tersebut berjalan laju kerana ianya merupakan kompilasi cadangan dari akar umbi sendiri.
Sewaktu Hishammuddin membaca cadangan pindaan, para perwakilan terus menerus berkata "setuju". Malah, pengerusi tetap persidangan, Datuk Badaruddin Amiruldin secara berseloroh berkata "kalau macam ini, cepat boleh makan".
Beliau juga kemudiannya mengumumkan bahawa perhimpunan agung khas itu selesai dan kembali kepada perhimpunan agung Umno dan menangguh persidangan sehingga jam 2.30 petang ini. (AK)
Malam ni TV3 memetik ucapan Najib diPerhimpunan UMNO.Nampak bersemangat betul,macam nak pergi perang.Percayalah,UMNO tak akan berubah dan tak munkin berubah sebab "budaya UMNO" dah berakar-umbi lebih dari 50 tahun.Tak munkin bolih berubah dengan sekelip mata.Najib menyebut akan kehilangan "budaya kesukarelawan"dikalangan ahli-ahli UMNO - dah tak larat lagi nak beri imbuhan baru ingat "kesukarelawan".Sama-sama kita tunggu dan lihat sama pada mana-mana pilihanraya akan datang sama ada semangat sukarela ini diterimapakai olih ahli UMNO atau tidak.
ReplyDeleteMalam ni TV3 memetik ucapan Najib diPerhimpunan UMNO.Nampak bersemangat betul,macam nak pergi perang.Percayalah,UMNO tak akan berubah dan tak munkin berubah sebab "budaya UMNO" dah berakar-umbi lebih dari 50 tahun.Tak munkin bolih berubah dengan sekelip mata.Najib menyebut akan kehilangan "budaya kesukarelawan"dikalangan ahli-ahli UMNO - dah tak larat lagi nak beri imbuhan baru ingat "kesukarelawan".Sama-sama kita tunggu dan lihat sama pada mana-mana pilihanraya akan datang sama ada semangat sukarela ini diterimapakai olih ahli UMNO atau tidak.
ReplyDeletemana boleh percaya diorang ni.. cakap lebih
ReplyDelete