Diperhatikan, golongan Puteri Umno lebih pandai bergaya dan memilih pakaian yang cantik-cantik bertemakan warna merah jambu. Sementara warga Wanita Umno pula dilihat lebih selesa mengenakan pakaian yang sederhana namun ada juga yang tidak kurang hebatnya dengan fesyen serba ‘vogue’.
Manakan tidak, persidangan ini hanya dilakukan setahun sekali. Paling tidak pun tahun ini dilakukan sebanyak dua kali termasuk bulan Mac lalu. Bagi Ketua Pergerakan Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau menganggap fenomena ‘fesyen show’ itu sebagai suatu cara untuk para wanita menjaga ketrampilan mereka. "Bagi saya tak salah mereka bergaya kerana wanita sentiasa mengambil berat tentang ketrampilan masing-masing tanpa mengira peringkat umur," kata beliau sambil tersenyum.
Dalam pada itu, perwakilan dari Puteri Umno, Noor Ezlinda Ismail, 25, bersetuju yang ‘Hari Perhimpunan Agung Umno’ merupakan hari untuk Wanita dan Puteri Umno memperagakan pakaian masing-masing. "Mereka dah berhabis duit untuk persidangan ini untuk nampak cantik dan menarik sebab ramai orang yang akan memerhatikan mereka. Jadi, tak salah untuk mereka memperagakan pakaian mengikut citarasa masing-masing," katanya yang pertama kali hadir ke persidangan ini. (Sumber Mstar Online/AK)
No comments:
Post a Comment