Hampir 37 peratus air yang dirawat tidak jana perolehan
PETALING JAYA- Hampir 37 peratus daripada air yang dirawat di Malaysia tidak menjana sebarang perolehan disebabkan kebocoran dalam sistem saluran paip dan kerosakan meter bekalan air.
"Ini membabitkan kerugian berjumlah kira-kira RM1.5 bilion setiap tahun," kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam), S. Piarapakaran.
Bercakap kepada Bernama di sini beliau berkata kehilangan air ini sebenarnya tetap dibayar oleh pengguna kerana jumlahnya dimasukkan dalam tarif air.
"Oleh itu adalah penting bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjalankan satu kajian menyeluruh dan mengarahkan semua syarikat pengendali bekalan air meminimakan kehilangan air," katanya.
Beliau berkata dengan meminimakan kehilangan air, Malaysia boleh memenuhi lebih banyak permintaan terhadap bekalan air tanpa memerlukan pelaburan-pelaburan baru dalam membangunkan infrastruktur tambahan.
Piarapakaran seterusnya mencadangkan supaya SPAN merumuskan satu petunjuk prestasi utama (KPI) bagi syarikat pengendali bekalan air berdasarkan kepada keupayaan mereka menangani perkara itu.- BERNAMA
Komen Blog Ibnu Hasyim: Pihak bertanggung jawab perlu ambil perhatian, apalagi bila hal tersebut berkaitan dengan maslahat masyarakat awam. Itu sebabnya Islam melarang hak-hak dan keperluan awam diindividukan.. contohnya tanah (hanya yang tertentu), air, api, angin (udara) dll.
1 comment:
INi adalah isu besar. Lebih besar dari isu Rozali SYABAS nak bolot semua aset Air Selangor.
Kalau Syabas sendiri gagal menghentikan kebocoran air yang dah dirawat, apa yang boleh diharap kepada agensi Air negeri lain?
INi lebih besar dari isu tidak ada sistem rawatan air?
kenapa isu seperti ini tidak menjadi perhatian SPRM?
Kenapa isu lembu lebih menarik minat mereka?
Post a Comment