Wednesday, October 07, 2009

Selepas Iran Ibnu Hasyim Ke Sri Lanka Pula..

GAMBAR-GAMBAR DI IRAN
Kampung tempat kami pernah bermalam, di kawasan Ayatullah Teleghani

Dalam rumah di kampung itu.. Sedang berdiang.

Siangnya kami mendaki gunung.. berburu?

Menyusuri Laut Caspian

Berjumpa kumpulan-kumpulan unta di sepanjang perjalanan..

Kami terdesak, terpaksa bermalam di sebuah kampung terpencil keturunan penyembah-penyembah api di Persepolis. Gambar: Dia yang di tengah-tengah itu mempelawi kami bermalam di rumahnya.

Bertemu kumpulan yang membeli patung hiasan bersejarah..

Patung-patung begini terlalu banyak di bandar-bandar di Iran.

by ASYOK KUMAR

SESIAPA yang ada apa-apa maklumat mengenai Orang Melayu Islam Sri Lanka, jika berminat sila beri info kepada blog ini, kerana pada Awal November (3 minggu lagi) editornya Ibnu Hasyim akan mengadakan lawatan demi berkongsi pengalaman dan maklumat bersama di sana. Demikian katanya selepas ditemui pagi ini. Beliau baru pulang dari Tehran Iran.

Menurutnya, "Saya dan kawan-kawan yang ke Iran terpaksa batalkan rancangan melawat Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan, kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami mengambil masa 2 minggu di Iran berpusing hampir seluruh Iran. Dari Tehran ke Qom, Esfahan, Shiraz, Kerman, Mashhad, menyusuri Laut Caspian hingga ke Tehran semula. Kami menziarahi kampung-kampung terpencil keturunan penyembah-penyembah api di Persepolis, Kampung di Teleghan utara Tehran yang bersalji dan merentasi ribuan kolometer padang pasir bertemu dengan kumpulan-kumpulan ternakan unta, kambing dan lain-lain."

Ditanya mengapa masih belum ada Catatan Perjalanan Ke Iran dalam blog itu, katanya "Ada masalah sikit.. Lepas ini akan menyusul.. Insya Allah."

Berbalik kepada lawatan kepada orang Melayu Sri Lanka, ada beberapa pelawat blog ini yang bertanyakan untuk turut serta. Kita mengalu-alukan untuk sama-sama kongsi pengalaman dengan Dr Hj Mohd Hasyim yang juga Presiden Grup Universiti Ulu klang. (AK)
Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

1 comment:

Anonymous said...

Dr Mohd Hasyim ini dapat Dr dalam Bidang apa? Universiti Apa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails