DALAM tentera negara Israel ada tentara Islam. Mereka adalah Muslim Badui yang juga ikut mengangkat senjata memerangi saudara-saudara se iman mereka di Jalur Gaza dan Tepi Barat dalam operasi tentera Israel. Sebenarnya mereka tidak wajib ikutserta dalam operasi tersebut seperti warga Israel lain yang diwajibkan jadi tentera. Tetapi anehnya ramai Muslim Badui yang secara sukarela daftarkan diri masuk jadi tentera Israel. Mengapa?
Salah seorang Muslim Badui bernama Major Fehd Fallah mengaku amat suka dengan tugasnya sebagai tentara Zionis, walaupun siapa lawan yang perlu dihadapi dalam pertempuran, tak kira samada Islam atau tidak. "Saya buat apa yang diperintahkan dengan penuh yakin demi mengabdikan diri pada negara Israel," ujar Major Fallah pada BBC.
Dia juga ikut bertempur melawan Muslim di Gaza dalam 'Operasi Cast Leads' bulan Januari 2008 lalu. "Dan saya sedia bertempur lagi jika diperintahkan. Orang Islam di Israel yang tidak mahu jadi tentera Israel sepatutnya malu kerana tidak mengabdi diri pada negaranya," kata Fallah buat mudah. Orang-orang Badui Israel majoriti beragama Islam dan berbahasa Arab. Mereka adalah orang-orang nomaden yang hidupnya berpindah-pindah tempat dan dulunya menjadi sebahagian dari masyarakat Palestin.
Tetapi sekarang, kebanyakan Muslim Badui itu lebih bangga menjadi sebahagian masyarakat Israel dan bangga disebut orang Israel. Kerjasama kaum Yahudi dan suku Arab Badui dikatakan sudah terjalin sejak sebelum tegaknya negara haram Israel 1948 lagi. Bermula sejak1946 ketika pemimpin Arab Badui, Abu Yusuf Al-Heib mengirimkan lebih dari 60 orang-orangnya untuk membantu pasukan Zionis bertempur melawan orang-orang Arab di Galilea.
Kesetiaan Arab Badui pada Zionis masih tercermin pada sikap Major Fallah yang hingga kini lebih selesa guna bahasa Ibrani dibandingkan bahasa ibundanya, bahasa Arab. Di desa-desa suku Badui terutama di wilayah utara Israel, menjadi tentara Israel rupanya sudah menjadi semacam tradisi keluarga. "Menjadi tentara Israel sudah menjadi warisan turun temurun dari satu generasi ke generasi dalam keluarga saya. Ayah dan nenek saya juga mantan tentara Israel," kata Major Fallah.
Pihak tentera Israel tidak mahu memberi data-data jumlah orang non-Yahudi yang menjadi tentara Israel. Mereka hanya mengatakan, setiap tahun ada ratusan Muslim, Kristian dan kalangan Druze yang mendaftarkan diri dan jumlahnya terus meningkat pasca serangan ganas Israel ke Jalur Gaza 2008.
Kolonel Ahmed Ramiz, seorang Druse, adalah komandan yang bertanggung jawab untuk kelompok minoriti dalam tentera Israel. Menurutnya, khas untuk Muslim di Israel tidak wajib, demi hindarkan konflik! Walaupun begitu, kalau mereka mahu mereka dibolehkan bekerja di semua unit tentera termasuk pasukan elit.
Menurut Maher seorang Muslim Badui, ia mendaftar jadi tentara Israel kerana mudah dapat kerja. Kini ia bekerja sebagai guru sukan sambilan, yang sebelumnya bekerja di unit pendidikan tentera Israel. "Ketika saya dalam tentera, mereka kata saya akan mudah dapat kerja kalau pernah jadi tentara. Saya cuba minta kerja tapi tidak mudah juga. Mereka yang Muslim tidak mahu terima saya kerana saya pernah menjadi tentara Israel, sedangkan orang Yahudi lebih senang beri kerja pada sesama Yahudi," keluh Maher.
Ia merasa terperangkap jadi askar Israel. Meskipun pihak Israel kata tidak wajib bagi non-Yahudi, tetapi kenyataannya non-Yahudi dan Muslim mesti pilih antara jadi tentera atau bukan tentera, supaya mereka tetap dapat bantuan pendidikan atau bantuan sosial untuk keluarga mereka.
Maher mengaku perlu hindari dari pakai pakaian seragam tentara Israel jika berada di desa-desa Arab yang penduduknya bukan Arab Badui, agar tidak dicemuh atau diancam sebagai pengkhianat. Kerana itu, keluh Maher serba salah, "Mengabdi pada Israel, dihina. Tidak mengabdi juga dihina."
Komen Blog Ibnu Hasyim: Perasaan serbasalah begitulah juga berlaku di kalangan tentera-tentera dan polis di dalam negara orang Islam yang tidak mahu melaksanakan perundangan Islam. Apalagi bila negaranya terpaksa berlawan atau berperang dengan negara Islam atau negara orang Islam, yang bukan dengan kehendak agama Islam sendiri. Apalagi, kalau negara umat Islam itu menindas umat Islam yang mahu kepada sebuah negara Islam, iaitu ingin mengamal ajaran agama Islam di dalam negaranya sendiri.
Kerana itu negara sekutu dan talibarut Israel termasuk AS sentiasa melebelkan pejuang-pejuang Islam seluruh dunia sebagai pengganas, untuk menghilangkan rasa serbasalah negara umat Islam menentang agamanya sendiri. Lihat saja Afghanistan, Pakistan, Palestin di bawah Mahmud Abbas dan banyak lagi. Bagaimana Malaysia semasa 'Peristiwa Pembunuhan Di Memali' atau lain-lainnya? Cinta kepada negara keterlaluan melebihi cinta kepada Allah dan Rasul juga adalah juga projek Negara Israel menundukkan tentera-tentera Islam dalam tenteranya. Itu jugakah yang dipaksakan perlaksanaannya dalam negara umat Islam seperti Malaysia? Asobiah jugakah itu? (Berbagai sumber/IH)
Salam...
ReplyDeleteTerlalu tajam pena yang menari di atas maklumat ini dan bisa mengguriskan hati mereka yang terlibat. Apakah maksud tuan didalam rencana ini seolah-olah menyamakan anggota keselamatan dengan perjuangan regim Yahudi. Rasanya terlalu jauh perbezaan diantara keduanya.
salam terlalu buruk hujah saudara, sebagai seorang akademik kata-kata saudara seumpama merendahkan nilai ilmu yang ada pada saudara, Demdam kesumat terhadap umno saudara babitkan sama dengan anggota keselamatan yang mungkin adalah sanak saudara kita.
ReplyDeleteYang menjadi persoalan saudara sedikit pun tidak menyentuh peranan PKR dalam membawa agenda amerika dan yahudi, saya percaya saudara pun mengetahui bagaimana Anwar melaui rand Corporation dan jentera lain seperti NED dan CSID merangka agenda demokrasi dan memperjuangakan hak samarata, dan kebebasan agama di dunia islam.
Kenapa saudara lansung tidak mengulas isu ini....sebagai ahli akademik cara anda memberi pandangan tersebut menjatuhkan imej kredibiliti saudara,
Maaf jika terkasar bahasa...
-peminat setia namun terasa kesal
salam,
ReplyDeletemengucap panjang saya membaca posting terbaru Tuan. sanggup dr menyamakan pasukan keselamatan sebagai askar islam di israel, dan menyamakan malaysia dengan israel. Sejauh mana tuan dr. dihalang untuk beribadat, berapa ramai rakyat kelantan dibunuh askar Melayu.
Kenapa ihwan muslimin jordan memberikan reaksi positif kepada perkembangan islam dinegara kita.
Sungguh pelik tingkah laku Tuan mengenai isu ini. Sudah lupakah Tuan jasa pasukan keselamatan.
COntoh yang tuan berikan ini sama seperti dengan talibarut Inggeris yang memburu dan membunuh pejuang ISlam dan kemerdekaan semenjak sebelum merdeka.
ReplyDeleteCOntoh paling nyata ialah SB yang berkhidmat di zaman Ingegris,
kemudian menjadi talibarut Jepun.
Selepas Jepun kalah kembali menjadi anjing Inggeris.
Anjing-anjing inilah yang menangkap dan memenjarakan ratusan pejuang kemerdekaan selepas perang Jepun. Mereka ini pengkhianat bangsa dan bangga menjadi anjing Inggeris.
Sila baca penulisan Mustapha Hussein, Abdullah Hassan dan Said Zahari tentang mereka ini.
Sekurang-kurang sebagai tentera Israel kita sudah eknal dari uniform yang mereka pakai.
Dan sudah tentu dizaman Rasulullah sendiri telah ramai manusia macam ni. Jadi tak hairan semua ini berlaku.
anwar ibrahim sekarang baru balik dari george university amerika bertemu dan berbincang dengan syed Hosien Nasr yang memang dikenali sebagai antara pengerak utama pluralisme agama didunia islam.sila rujuk blog anwar dan baca bangganya dia berjumpa dengan Anwar ibrahim dan berkiongsi pandangan.
ReplyDeletePada dasarnya pluralisme ditolak oleh islam... namun yang peliknya pas kini bukan main berhimpit dengan anwar ibrahim.
Sehingga segan saya mau berdebat isu ini dengan rakan-rakan dari umno.
dalam kontek ini siapa yang jadi talibarut Yahudi dan dalam keadaan sekarang pas yang bertegek dengan Anwar dan PKR juga menjadi talibarut yahudi sama....
adakah matlamat menghalalkan cara?
adakah miskin sangat ilmu dakwah islamiyah sehingga kita terpaksa berhimpit dengan Anwar yahudi?
mohon pandangan dr.
Sejarah perang Badar berulang!!
ReplyDeleteLupakah kita akan golongan yg menerima Islam dan mengaku beriman dgn rasulullah saw di Mekah tetapi enggan ikut hijrah ke Madinah?
Golongan ini telah ikut serta dlm gerombolan tentera Abu Jahal dlm perang Badar.Mereka telah terbunuh dan peristiwa dialog mereka dgn malaikat telah didedahkan oleh Allah didlm Al-Quran.
Sesungguhnya alasan makan gaji atau telah menerima bantuan dlm perusahaan mereka(spt alasan tentera Abu Jahal muslim di atas) telah ditempelak oleh malaikat dgn hujah "sesungguhnya bumi Allah ini luas(termasuk kurniaanNya)."
Kpd yg tidak bersetuju dgn Ibnu Hasyim sila rujuk Al-Quran dan Hadis spt dianjurkan oleh Rasul saw.
Kpd cordova...hujah saudara boleh diterima...tetapi mengapa hanya org tertentu yg dituduh agen yahudi?
ReplyDeleteBagaimana dgn Zahid Hamidi yg bertemu menteri zionis yahudi?
Bagaimana dgn polis yg masuk kedlm masjid tanpa membuka kasut dan menangkap jemaah yg sedang solat asar dlm peristiwa bantahan kedatangan pasukan kriket yahudi ke Malaysia sedikit masa dulu...melayu mudah lupa??
Bagaimana dgn hubungan perdagangan M'sia_Israel spt yg diakui oleh menteri Rafidah Aziz sedikit waktu dahulu..?
Bagaimana dgn lawatan rabbi yahudi ke Johor..?
Bagaimana dgn wakil kedutaan Palestine dari Fatah sptmana Israel dan Amerika mahukan dan menolak wakil dari Hamas sedangkan Hamas yg dipilih secara demokrasi oleh rakyat Palestine..?(dan banyak lagi...)
Sebelum menuduh fikir2kan dulu ....
Suatu perbahasan yang menarik dari tuan-tuan semua. Al-hamdulillah. Masing-masing ada hujjahnya.
ReplyDeleteAlangkah baiknya perbincangan begini, sungguh bermanfaat bagi saya.
Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan.
Mulanya saya ingin menjawab pandangan CORDOVA, tetapi sudah dijelaskan oleh KING. Pun saya ucapkan, terima kasih.
Wassalam.
kau bodoh...
ReplyDelete