SUKAN
JURULATIH Argentina, Diego Maradona berterima kasih kepada penyerangnya, Martin Palermo dan anak buahnya selepas mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Peru untuk mencerahkan peluang merebut slot automatik ke Afrika Selatan tahun depan."Turun ke padang dan tamatkan permainan ini. Selepas itu, Palermo mempamerkan keajaiban untuk menghidupkan peluang Argentina beraksi di pusingan akhir nanti," akui Maradona ketika memasukkan Palermo pada separuh masa kedua perlawanan, semalam.
Palermo menghadiahkan kemenangan yang amat diperlukan Argentina pada lewat permainan selang beberapa minit selepas Peru menyamakan kedudukan. "Tuhan datang ke Stadium River untuk membantu kami," kata Maradona.
Kemenangan itu membolehkan Argentina naik ke kedudukan keempat kumpulan dan kemenangan ke atas Uruaguay Rabu ini akan melayakkan mereka ke Afrika Selatan menerusi slot automatik. Maradona turut ditanya mengenai aksi anak buahnya termasuk bintang Barcelona, Lionel Messi yang sekali lagi beraksi hambar.
"Saya tidak mahu komen mengenai prestasinya. Ia mengimbau kembali aksi saya di padang ini dengan keadaan hujan dan berangin. Ia menyukarkan pemain untuk beraksi dengan baik. Saya amat memahami keadaan dialami Messi. Saya akan terus menurunkannya. Tetapi saya tidak sesekali akan menurunkan Palermo dan Gonzalo Higuain beraksi bersama. Apa yang pasti, Palermo dan Higuain serta pemain lain jika keadaan terdesak," katanya.(AK)
No comments:
Post a Comment