Wednesday, November 25, 2009

'American Dream': Rakyat Jadi Pelarian Di Bumi Sendiri.


Tiada tempat tinggal, berkhemah di bawah jambatan di tepi sungai..

"SAYA selalu dianggap sebagai pemimpin, ketua..," kata John Freitas, lelaki berusia 55 tahun, sebagaimana dikutip dalam sebuah laporan 'The New York Times' mengenai penempatan atau pelarian berkhemah di AS (Amerika Syarikat), pada Julai 30 lalu.

"Saya adalah orang yang diminta pendapat, mengenainya. Di mana saya perlu buat khemah."katanya, menceritakan peranannya sebagai 'ketua kaum' sebuah komuniti penempatan khemah, bagi yang tiada rumah.

Kira-kira 80 orang tinggal di perkampungan itu, yang beralamat di Camp Runamuck, bawah jambatan, tepi sungai Providence, kota Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat. Freitas dulunya adalah seorang pengawal di sebuah kilang. Setelah bekerja bertahun-tahun nasib dalam sebuah negara kapitalis membawanya hidup di bawah jambatan, sebagai pelarian di negeri sendiri.

Nasib yang sama menimpa pasangannya, Barbara Kalil. Wanita berusia 50 tahun itu dulunya bekerja sebagai perawat yang merawat pesakit di rumah. Akibat kemiskinan dan masalah kesehatan, ia terpaksa pindah-randah dari sebuah apartemen ke sebuah ruangan motel. Tetapi keadaan tidak semakin baik, ia terpaksa tinggal di kawasan penampungan dan akhirnya di bawah jambatan.

Namun dia masih berjaya, membina tempat tinggal di bawah jambatan, dipinggir kali. Tetapi bukan bererti hidup pasangan luar nikah itu tenang. Beberapa kali pegawai majlis bandaran atau bandaraya, datang menyampaikan pesanan lembut manis tetapi tegas, bahawa mereka semuanya perlu segera angkat kaki atau berambus dari tempat itu.

Nampaknya 'American Dream' semakin jauh dari mimpi-mimpi rakyat Amerika. Mengapa tidak? Pemimpin negara yang kononnya hero pembela dan pemimpin dunia itu, lebih senang memanjakan segelintir orang kaya dan menembak orang-orang tidak berdosa di luar negera, dari mengurusi rakyatnya sendiri yang sengsara.

Raquel Rolnik, seorang investigator khas PBB, yang pernah dilarang masuk AS oleh pemerintahan George W. Bush, mengatakan pemerintah Amerika cuba 'menutup' masalah tersebut yang semakin parah, sementara negara meluluskan milion dollar hanya untuk menyelamatkan beberapa buah bank dan perusahaan besar. Dia pegawai khas PBB mengenai hak perumahan baru saja menyelesaikan kunjungannya ke tujuh kota di Amerika Serikat.

Wanita tersebut mengatakan, adalah sangat memalukan sebuah negara sekaya AS tidak memperuntukkan dana mengangkat warga negaranya dari menjadi pelarian tiada rumah di tempat sendiri. "Bagi sebahagian orang, mereka tidak nampak krisis perumahan di AS.." kata Rolnik. "Menurut saya, yang paling menderita sekarang, adalah mereka yang sangat miskin, penduduk yang berpendapatan rendah. Hambatannya adalah, ketidakadilan terhadap mereka dan tentu saja terhadap orang Amerika keturunan Afrika, Latin dan komuniti immigran, serta terhadap penduduk asli Amerika (Indian)."

Rolnik berkeliling ke Chicago, New York, Washington dan Los Angeles. Ia juga mengunjungi Wilkes-Barre, sebuah kota kecil di Pennsylvania, di mana tahun ini ada lelong yang menawarkan 598 properti hasil sitaan kerana terlilit kredit atau hutang bank. Selain itu ia juga mengunjungi tempat suaka orang Indian. Pemerintah tidak menyebutkan secara jelas berapa jumlah golongan tersebut di AS.

Namun, organisasi yang mengatakan, jumlahnya lebih dari 3 juta orang dalam satu kurun waktu tahun lalu. Kelompok ini cepat meningkat. Setiap malam di Los Angeles, setidaknya 17,000 orangtua bersama anak-anaknya menggelandang. Ramai lelaki dan wanita bujang yang terpaksa tidur di pinggir jalan. Los Angeles yang dijuluki ibukota gelandangan tiada empat tinggal Amerika. Mengalami kenaikan pesat jumlah rumah yang disita bank, iaitu sebanyak 18 kali ganda.

Pengusiran atas pemilik rumah atau penyewa rumah meningkat sebanyak 10 kali lipat. Tahun lalu saja di LA sebanyak 62,000 orang dipaksa keluar dari rumahnya. Wang bantuan kesejahteraan tidak cukup untuk membayar sewa pun. Belum lagi untuk membeli makanan dan keperluan lainnya. Setiap orang yang dapat wang bantuan di Los Angeles menerima USD 221 setiap bulan. Jumlah itu tidak pernah berubah selama satu dekad. Sementara harga sewa satu ruangan sekitar dua kali lipatnya.

Laporan Julai lalu yang dibuat oleh US National Law Center on Homelessness & Poverty dan US National Coalition for the Homeless, menunjukkan kira-kira ada 311,000 penyewa di seluruh AS yang ditendang keluar dari tempat tinggalnya. Menurut National Low Income Housing Coalition dalam laporannya tahun 2005, sebelum 'krisis besar' tahun 2007, sokongan kerajaan pusat untuk perumahan bagi penduduk berpendapatan rendah menurun sebesar 49% dari tahun 1980 hingga 2003.

Lebih 200,000 unit rumah sewaan untuk masyarakat umum dihancurkan setiap tahunnya. Padahal rumah sewaan itu merupakan harapan menasabah bagi rakyat miskin untuk dapatkan tempat tinggal. Laporan Konferens Bandaraya AS tahun 2005, hasil survey di 24 kota, rata-rata mereka mengemis dulu selama 7 bulan sebelum akhirnya mendapat rumah sewa yang murah. Jumlah mereka terus bertambah. Raquel Rolnik akan menyerahkan laporan tertulis kepada Dewan Hak Asasi Manusia PBB awal tahun depan.

Itulah Amerika, bagaikan kuali di dapur dulu-dulu, melihat bontot orang lain hitam, tetapi terlupa melihat bontotnya sendiri lebih teruk lagi hitamnya. Malaysia pun dah jadi atau nak jadi begitu juga? (Berbagai sumber/AK)

No comments:

Post a Comment