Gambar atas: Aminah Wadud imam sembahyang kepada lelaki..
KETIKA buku "500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" di tahun 2009 diterbitkan, hal ini menarik perhatian dunia sekejap, khususnya orang-orang Islam. Buku ini diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center. Namun satu minggu lepas itu, buku itu jadi bahan gelak ketawa orang.. kerana memuatkan orang-orang bermasalah.
Berbagai pertanyaan dari berbagai media massa, seperti The Guardian, dan tentu saja forum-forum di internet mencuit rasa, jika tidak gelak pun."Kami telah berupaya untuk menyorot orang-orang yang berpengaruh sebagai Muslim, iaitu, orang-orang yang pengaruhnya berasal dari perbuatan mereka sebagai orang Islam atau dari kenyataan bahawa mereka adalah Muslim." Begitu pendahuluan buku setebal 202 halaman itu.
Tetapi sebenarnya, banyak tokoh dunia yang bermasalah dengan umat Muslim sendiri, dimasukkan kepada kategori ini. Misalnya ada...
- Zaha Hadid, arkitek asal Iraq yang dimaklumi tidak jelas berpihak kemana.
- David Chapelle, seorang pelawak asal Amerika. Bahkan ada sebuah sindiran, mengapa Ronnie O’Sullivan tidak dimasukkan sekali? Sullivan adalah seorang pemain snooker asal Britain.
- Ada juga Aminah Wadud, perempuan yang menghalalkan diri menjadi imam untuk solat berjemaah kepada lelaki. (Dia dari ajaran sesat IL, yang menurut Abu Bakar Ba'asyir dalam khutbah Hari Raya siang tadi menyebut sebagai 'Iblis Liberal', tidak layak guna nama 'Islam Liberal', .... Pluralisme, atau lain-lain sebangsa dengannya. klik sini.. Teks Khutbah Idul Adha 1430 H -Abu Bakar Ba'asyir...)
Kalau memang berpengaruh, Guardian bertanya, misalnya..
- Mengapa tidak ada nama Usamah bin Laden?
- Paling mengejutkan kedudukan orang No 1 paling berpengaruh ialah, Raja Abdullah dari Arab Saudi. Apa pengaruh Raja Abdullah? Ia berkuasa di atas cadangan minyak mentah 25% dari minyak dunia, membuatnya menjadi pemain kunci dalam industri minyak bumi global? Itu saja. (Atau pengaruh wang dalam penerbitan buku itu? Mungkin itu sebenarnya.)
'500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia', ketika dunia Islam dipermainkan dan dibelah-belah sedemikian rupa, Palestin masih terjajah dan Afghanistan terabai, dan sebahagian besar umat ini kelaparan, apa sebenarnya yang penting?
Komen Blog Ibnu Hasyim: Tentang Tok Guru Nik Aziz dari Malaysia yang tersenarai dalam 50 pertama tiada masalah, seperti juga Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi, Hamas dn lain-lain. Sila rujuk tulisan-tulisan lalu dalam blog ini.
(guardian/AK)
No comments:
Post a Comment