Wednesday, November 25, 2009

Anwar Menang NSTP Diarah Bayar RM 100 Ribu


KUALA LUMPUR, 25 Nov 2009: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan News Straits Time Berhad (NSTP) membayar ganti rugi berjumlah RM100 ribu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mahkamah turut mengarahkan NSTP membayar RM20 ribu sebagai kos mahkamah.

Keputusan itu diumumkan Hakim Harminder Singh Dhaliwall di Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang tadi. Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, di atas artikel yang bertajuk 'Anwar’s Link To US Lobbyist' yang disiarkan pada 2002.

Anwar menuntut RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Artikel itu menyentuh dakwaan hubungan Anwar dengan pelobi Washington DC, hubungan kewa- ngan beliau dan organisasi dikenali Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan tuduhan dalam akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid. (Harakahdaily/AK)

2 comments:

penawarrindu said...

isk....iskk....isk....seronok no...

Anonymous said...

Pelik gak. Bukan ker tuntutan ini berjumlah jutaan ringgit?
Kenapa cuma 100 ribu yang perlu dibayar?
Dan adakah selepas banyak lagi saman yang menyusul termasuk terhadap Utusan maka harga surat khabar akan meningkat?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails