Tuesday, November 17, 2009

Anwar Penasihat Ekonomi, Selangor Akan Muflis -Dr M


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.

“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi.

“Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya dalam nada sinis selepas menyampaikan ceramah dalam Siri Syarahan Tokoh Terkemuka Institut Asia Eropah di Hotel Nikko.

Dr Mahathir berkata, pemilihan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi adalah satu perkara yang 'menakjubkan' kerana bekas Menteri Kewangan itu telah menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam ketika krisis ekonomi melanda negara ini pada tahun 1998.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Khalid, pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.(Sumber Mstar Online)

2 comments:

Anonymous said...

Dr M mmebuat komen ini kerana beliau cukup menyampah dan mahu lihat Anwar mati cepat. Pelbagai cara dibuat semasa Anwar TPM lagi agar Anwar cepat bungkus. Semua orang tau juga komplot tuduhan liwat dan kaki betina juga dirancang dengan menggunakan pelbagai duit UMNO untuk mencari saksi palsu. ramai yang hanya berani bercakap selepas mereka bersara dari kerajaan. Atau dah nak mati. tapi Anwar masih hidup.
Tindakan DrM yang memulakan konsep pengswastaan sebenarnya satu copycat apa yang dibuat di Amerika dan Britain. Cuma tempat dan perkhidmatan yang berbeza sedikit.
DrM mahu dia disanjung seperti Stalin dan Sukarno atau seperti Jamal Abdul Nasser.
Semua projek raksaksa beliau memakan rakyat semua. Sampai 2 generasi akan datang pun tak tentu selesai. Kerana ini semua hutang.
projek kereta nasional digabung dengan projek PLUS supaya rakayt boleh memandu merata-rata dengan satu kutipan yang akan masuk ke poket UMNO. Sebab itu projek kereta, PLUS dan Perwaja dijadikan projek mereka. Bila rugi barulah kerajaan ambil alih hutang beratus bilion nanti. Sama dgn projek air.
kenapa dia tidak mahu PLUS dijadikan harta kerajaan dan mengutip wang untuk rakyat? kenapa syarikat yang rugi saja menjadi bebanan rakyat?
Jika dia benar2 ikhlas, dia tidak akan membina projek kereta tetapi sebaliknya projek rel kebangsaan dan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian. dia boleh buat stesen hidor bagi menjana letrik utk sistem rel. tapi ramai gilakan tanah balak dari fikir tentang kemudahan utk orang awam.
Dia juga tau orang Melayu suka bergaya jadi dengan ada projek kereta orang Melayu akan kata ini projek yang bagus. Sebab ramai yang tertipu dengan menyangka kita ada minyak yang tak akan habis. Kita ditipu dengan untung Petronas. Tetapi kita tidak pernah didedahkan duit sebenar perolehan Petronas yang masuk ke kantung proksi dan juak Mahathir.
Petronas dijadikan pusat telaga emas untuk menaikkan nama Mahathir. dia mahu rakyat sangka dia buat untuk rakyat. dia buat Putrajaya dgn alasan sesak di KL tetapi KL tetap tidak dipulangkan keapda negeri Selangor.
tetapi ramai lupa Malaysia tidak perlukan lebuhraya SEBLEUM kita ada sistem rel laju yang murah dan mengurangkan penggunaan petroleum negara. ramai lupa Inggeris bina sistem rel yang lengkap yang perlu dimajukan semula. Kita ada tanah rel hingga ke Singapura yang tak perlukan Shuttle servise KLIA ke Changi. Yang perlu keretapi laju sahaja.
Kini selepas lebih 30 tahun Petronas mengeluarkan hasil bumi Malaysia, kita masih lagi tidak berupaya mempunyai sistem pengangkutan awam yang mesra alam dan murah untuk jangka panjang.
kenapa? kerana ramai dalam UMNO mementingkan soal wang utk bergumbira! Mereka tidak peduli tanah Melayu dijadikan tapak kilang dan perumahan untuk Cina beli.
Mereka juga tidak peduli kita perlu impot beras dan kini BERNAS sendiri kepunyaan Cina Hong Kong.
Kita ada bilionaire Melayu. tapi bilionaire ini juga sedang merompak duit orang Melayu dan akan jadikan orang Melayu peminta sedekah di Tanah Melayu.
Apabila kita kambus sawah padi dan tukar kepada tapak rumah, kilang dan kedai, bererti kita sendiri telah masukkan pasir ke dalam periuk nasi kita.
Jangan salahkan kaum pendatang. Sebab kalau orang Melayu sendiri menjual dan menukar Malay Reserve tanpa menggantikannya, kita kena salahkan diri kita sendiri.
Lihat Airport Bayan Lepas dan Airport Subang. Ini contoh projek & tanda betapa Melayu mudah sangat dibodohkan demi beberapa ratus ringgit. Kini orang Melayu Pulau Pinang dan Selangor pun terpaksa membeli beras dari negara luar.
Ramai masih tidak sedar kerana leka dengan momokan 22 tahun DrM.
Kini dia akan cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan menuduh semua orang bodoh dan semua orang rasuah. dia lupa, dialah bapa kepada budaya rasuah di Malaysia.
Serangan ke atas Anwar juga satu teknik yang akan diulang selagi dia hidup.
Sebab sebenarnya dia tahu dia buat lebih banyak kerosakan kepada Tanah Melayu selama 22 tahun dia jadi PM. Cukuplah dengan penipuan ini. Hentikan dari terus mengaburi rakyat dengan sandiwara bagi menutup cerita sebenar.

Anonymous said...

Padanlah Mahathir lantik Anwar jadi Menteri Kewangan dulu...iaitu untuk memufliskan Malaysia...

Mahathir jahatlah rupanya, dia nak mufliskan Malaysia supaya dia dapat beli Malaysia..lepas tu register Malaysia kat ROC taruk nama Malaysia Bhd dan dia jadi CEO dan Presiden...

Tapi Malaysia tak bangkrap pasal Mahathir terlalu bodoh kerana merasakan Anwar tak tahu Ekonomi. Zaman Anwar jadi Menteri Kewangan ekonomi Malaysia berkembang 6% setiap tahun...minyak tak naik..tol pun tak naik... rezab bank negara pun banyak...Terengganu pun dapat Royalti...

Dengan kebijaksanaan Mahathir..Anwar dipecat dan digantikan dengan dengan Menteri Kewangan yang bernama Nor Mohamad Yaakcop.. yang disahkan oleh bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Shafie terlibat dengan rasuah... memang cerdik kepala penipu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails