Wednesday, November 25, 2009

Bank Islam Terus Pekak, 3 Pegawai Polis Bukit Aman Datang Siasat..

Gambar, wanita kanan sekali, mangsa yang wangnya hilang simpan dalam Bank Islam. Lelaki yang sedang menulis di tengah dan 2 wanita di sebelah kirinya (tidak jelas) adalah polis penyiasat dari Bukit Aman, datang ke rumah mangsa. Bayi di tengah adalah cucu mangsa.

KL Nov25 2009. SEHINGGA sebentar tadi, 3 pegawai polis dari Bukit Aman, datang menyiasat mengenai pengaduan mangsa seorang pengguna Bank Islam yang malang, sehingga sekarang masih belum dapat apa-apa jawapan dari cawangannya di Tanjung Malim. Beliau menyimpan wang di BankIslam tersebut kira-kira RM6,000, tetapi akhirnya lesap, sudah dicuri orang. Simpn duit dalam bank pun dah tak selamat.

Pihak bank menyuruh buat report polis. Pengaduan dibuat di Balai Polis Tanjung Malim pada 2 Ogos 2008, laporan telah dihantar ke bank tersebut, tapi hingga sekarang tiada apa-apa jawapan. Sehingga mangsa tersebut bercadang untuk merayu kepada Menteri berkaitan, yang kakitangannya tidak prihatin kepada rakyat?, kata mangsa.

"Tolonglah. Duit itu puluhan tahun makcik simpan untuk pergi ke haji.. Makcik tak tahu apa nak buat lagi..." Katanya kepada blog Ibnu Hasyim.

Sebentar tadi, sewaktu pegawai polis itu membuat penyelidikan, dia bertanya mengenai kemungkinan wang tersebut dapat gantian balik dari bank, pegawai polis itu berkata lebih kurang begini..

"Saya dapat tahu kes ini pun melalui blog (Blog Ibnu Hasyim) sahaja. Pihak kami cuma datang menyiasat pegawai kami yang mungkin tidak bertugas dengan betul, tetapi mengenai wang yang hilang itu.. kena berurusan dengan bank.."

Setelah selesai penyelidikan lepas Maghrib sebelum Isyak mereka pulang dan mangsa mengucapkan terima kasih kepada pihak polis.

Pehak polis telah memberi respon, cuma Bank Islam sahaja masih pekak! Bos no 1 Bank Islam, sila ambil perhatian. Jangan buat-buat pekak juga. (IH).

Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...
Sila beri komen.

PEMBETULAN KENYATAAN:

Pihak Blog Ibnu Hasyim telah melaporkan, 'Beliau menyimpan wang di BankIslam tersebut kira-kira RM6,000,'... seperti dalam tulisan di atas dan sebelumnya Thursday, November 19, 2009 Polis & Bank Islam, Tolonglah, Apakah Perlu Mengadu Pada Menteri? Tetapi yang betulnya, 'Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah enam ribu ringgit', seperti dalam surat report polis di Sunday, August 16, 2009 Simpan Duit Dalam Bank Islam, Lesap. Bank Lepas Tangan.

Sekian Harap maklum.
Ibnu Hasyim

7 comments:

mr edz said...

jika mangsa rakyat biasa memang macam tu la.. endah tak endah tapi bila yang kena tu ada title baru la kelam kabut

Hasbullah Pit said...

Tuan Ibnu Hasyim.

Saya menjumpai 1 catatan blog, yang saya rasa boleh membantu menyelesaikan kes ini.

http://mybabah.blogspot.com/2009/10/khidmat-percuma-bpk_31.html

Mungkin penulis blog itu , saudara Samsudin, juga boleh membantu.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih nasihat tuan-tuan.

znzcollection said...

BIMB.....bank ingin melayu bangrap..sekadar terjemahan...

dokpikiaq said...

nak tawu ape tu yg dinamakan bank?? try usha sini meh..http://wakalasauqi.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

Anonymous said...

pidm kan ada, tak dak isu kalo m'chik ni terus hubungi pidm about this problem...

Lelucu said...

buang jer tittle islam pada bank tersebut.
memalukan dan tak layak dinamakan bank islam.
pangkat ceo bank islam pun lebih dari 6000 ganti je la duit makcik secara rela ke jalan ALLAH.
buat siasatan terperinci bagaimana boleh hilang dan ambil tindakan pada pegawai bank yang cuai sampai hilang duit orang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails