Tuesday, November 17, 2009

Filem Hollywood '2012' Menyesatkan? Apa Kata Ulama.

HALAMAN HIBURAN

Kiamat digambarkan dalam filem

by MEGAT ALI MEGAT ALANG

FILEM yang dihasilkan oleh Columbia Pictures menggambarkan bagaimana dahsyatnya kedatangan hari kiamat. Penceritaan filem ini bermula dengan babak seorang ahli geologi, Dr Satnam Tsurutani (Jimi Mistry), di India menemukan fakta bahawa kerak dari perut bumi akan mengalami kenaikan suhu kerana kesan yang diakibatkan oleh ledakan besar di permukaan matahari (sun flare).

Menurut perhitungan, ledakan itu menghasilkan gerakan pada tengah bumi. Akibatnya, bumi akan hancur kerana gerakan itu akan mengakibatkan gempa bumi yang sangat dahsyat. Yakin dengan perhitungan itu, Satnam memanggil sahabatnya, Dr Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor), untuk melaporkan ke Rumah Putih (White House) bahawa kiamat akan tiba. Adrian bertemu ketua staf di Rumah Putih, Carl Anheuser (Oliver Platt).

Carl yang selama ini meremehkan pertemuan bumi yang memanas itu terkejut dan terus membawa usul itu ke pertemuan negara-negara G8 di tahun 2010. Dalam kesempatan itu, Presiden Amerika Syarikat Thomas Wilson (Danny Glover) menyampaikan maklumat terkini itu kepada para pemimpin tertinggi dunia bahawa manusia akan dilanda musibah besar kerana kerak bumi sedang memanas.

Sejak perkhabaran itu, sebuah rencana besar dirancang. Negara China dipilih sebagai tempat untuk membuat sejumlah bahtera besar... mirip bahtera Nabi Noh, yang akan digunakan saat bencana besar tiba. Begitulah seterusnya, penonton-penonton dilamun gelombang khayalan. Di ceritakan juga, di Rumah Putih, Dr Adrian mendapat perkhabaran kenaikan suhu inti bumi terus naik dengan mendadak. Hal ini membuat Adrian terkejut kerana perkiraannya meleset dan Kiamat datang lebih cepat.

Usaha menyelamat digiatkan dan Presiden Thomas menolak cadangan untuk 'dievakuasi' ke China dan memilih tinggal bersama rakyatnya. Akhirnya Thomas juga turut terkorban. Sebuah tsunami setinggi ribuan meter menghentam Rumah Putih dan isi kandungannya. Gegaran yang dasyat menyebabkan kapal induk John F Kennedy CV-63 terbabas dan menghentam Rumah Putih. Gempa dan tsunami terjadi di seluruh pelusuk. Belahan dan rekahan di mana-mana di seluruh dunia...bumi hancur, sehancurnya.

Bahkan kutub selatan dan utara turut bergesel dan semua daratan terseret dan tersasar beribu-ribu batu dari lokasi asal. Dalam bencana tragis itu, hanya sedikit yang terselamat, termasuk rombongan pesawat Air Force One yang bergerak ke China, menuju "Bahtera Nuh" yang telah siap dibuat.


"Filem 2012 ini tidak jauh beza dengan filem bencana besar di bumi, seperti The Day After Tomorrow (2004). Tetapi dalam banyak hal, filem 2012 jauh lebih hebat dan dahsyat penggambarannya. Impak yang ditinggalkan juga amat 'real' dan efek visualnya jauh lebih bagus.

Setimpal lah dengan kos pembikinan filem ini yang mencapai 200 juta dollar AS. Tapi jalan ceritanya boleh dijangka (predictable). Malah ada ketika amat perlahan dan lembab sekali jalan penceritaannya. Filem ini turut menuntut kesabaran kerana durasinya yang cukup panjang, 2 jam 40 minit, sama 'hebat' dengan filem Bollywood. Namun, apapun kelemahan filem ini, setidaknya filem '2012' membolehkan kita menggambarkan bagaimana dunia hancur kerana kekuatan alam yang amat dahsyat.

Dari segi hukum akal, banyak sekali adegan yang tidak boleh diterima dipaparkan di dalam filem ini. Saya kurang selesa dengan sebutan kiamat untuk filem ini. Rasanya kurang tepat kerana masih ada manusia yang selamat. Kalau sudah kiamat, ia sepatutnya 'The End.'Dan bukannya 'the beginning' of 'The End.' Bagi orang Islam, ini tidak dapat diterima. Mungkin lebih tepat kalau disebut bencana besar, seperti yang terjadi di zaman Nabi Noh, di mana banjir besar melanda bumi. Dan Noh selamat setelah naik sebuah bahtera berisi semua jenis binatang dan tumbuhan dan mampu menyambung hidup selepas bencana alam.

Banyak elemen keinsafan ditonjolkan...."

Di Indonesia filem ini mendapat tentangan tokoh-tokoh Islam atau ulama. Ketua Majelis Ulama Indonesia Kabupaten Malang, KH Mahmud Zubaidi pertama kali mengecam filem yang sudah ditayang di Indonesia itu. Menurutnya, sebagai umat Islam, wajib percaya bahawa kiamat merupakan rahasia Allah. Jadi, jangan percaya dengan ramalan kiamat versi bangsa Maya.

"Film itu tidak pantas untuk ditayangkan, karena bisa mempengaruhi pemikiran umat. Soal kapan kiamat, itu kuasa Sang Pencipta. Jadi kita tidak boleh menentukan hari itu. Itu menyesatkan,” tegas ulama dari Malang ini.

Berbeda dengan KH Mahmud, Ketua MUI pusat, tiada masalah. Katanya, "Secara pribadi, saya tidak menganggap itu masalah besar. Asalkan, film 2012 tidak diasosiasikan dengan hari kiamat. Kiamat hanya Allah yang tahu. Dan film hanya fiksi, bukan kisah nyata,” jelas Amidhan di Jakarta kemarin. Yang penting bagi pengeluarnya, dalam tayang selama tiga hari di 105 negara, filem ini sudah meraup untung 25 juta US.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Biasalah dalam filem Hollywood, selalu tunjuk Amerika 'cerdik', lebih-lebih lagi dalam filem ini Presidennya. Presiden Amerika adalah di antara mereka yang tidak mahu meninggalkan rakyatnya dalam ketakutan. Sanggup menemui ajal bersama rakyatnya yang sedang menderita. Itu antara mesejnya.

Satu lagi, filem ini mahu bangkitkan kembali ingatan peristiwa runtuhnya WTC, di mana 'pengganas-pengganas Islam' (pengganas sebenarnya ialah Israel bukan orang Islam) tuduhan mereka, perlu diingatkan, dan suasana anti Islam perlu dipanaskan berterusan. Jadi, apa yang disampaikan Ketua MUI Malang memang benar, ”Film ini sangat menyesatkan!” (Pelbagai Sumber/2MA)

3 comments:

mr edz said...

kalau boleh hidup kat marikh rasanya presiden US cabut lari dulu..(sam gak ngan PM kita kot).. ye la kos nak gi marikh bukannye murah

mr edz said...

kalau boleh hidup kat marikh rasanya presiden US cabut lari dulu..(sam gak ngan PM kita kot).. ye la kos nak gi marikh bukannye murah

bikirperak said...

Lambat cepat kiamat pasti datang sesungguhnya ALLAH TAALA janji NYA tepat.

Kita sebagai hamba NYA hanya berdoa semoga amalan di dunia di terima..

Yang pasti sesiapa yang menolak ISLAM di dunia ni tunggu saja saham di alam barzah kelak..

Mari kita berdoa semoga kita di jauhkan dari fitnah al masih dajjal yang memerintah dunia sekarang ni.

amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails