Tuesday, November 03, 2009

Imigresen Sangkal Laporan Suspek Al-Qaeda Ditahan

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menyangkal dakwaan bahawa enam suspek warga asing, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda, ditahan di sebuah hotel di ibu negara Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, laporan yang disiarkan oleh akhbar tempatan hari ini yang membabitkan jabatan itu bersama polis adalah tidak benar.

“Saya terkejut dengan siaran akhbar tersebut sedangkan saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Saya telah memeriksa dengan pegawai saya dan mereka sendiri mengesahkan tidak membuat sebarang serbuan seperti yang dilaporkan,” katanya. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails