Visiting Indonesia's President Susilo Bambang Yudhoyono (R) and Malaysia's Prime Minister Najib Razak talk during a photo call outside Najib's office in Putrajaya, near Kuala Lumpur November 12, 2009.
PUTRAJAYA Khamis November 12, 2009 : Malaysia dan Indonesia tidak akan membiarkan isu-isu remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak untuk menggugat hubungan di antara kedua-dua negara tetapi akan terus berusaha mengukuhkan hubungan erat dua hala yang sedia terjalin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau bercakap pada satu sidang akhbar bersama dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di sini hari ini.
Apakah isu-isu yang dianggap remeh itu? Kita sorot balik, antaranya..
Ke 1: Sentimen negatif rakyat Indonesia mula marak sebaik sahaja Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan adalah sah milik Malaysia. Malaysia juga pernah kalah dalam tuntutan wilayah seperti Pulau Batu Puteh yang dituntut oleh Singapura sebagai Pedra Branca, juga diputuskan oleh pihak ICJ, biarpun pulau tersebut jelas milik Malaysia. Perkara remeh?
Ke 2: Kes amah Indonesia didera dan dibunuh? Kes-kes pembantu rumah warga Indonesia di dera ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malahan berlaku juga di negara-negara lain seperti Singapura dan Arab Saudi. Masih lagi remeh.
Ke 3: Pada14 Oktober 2009, mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA), mengatakan sepatutnya mereka telah sampai ke Malaysia untuk berperang setelah ‘bertolak’ pada 8 Oktober yang lalu. Dikatakan kumpulan ini telah mempamerkan latihan mereka termasuklah ilmu kebal dan bersenjatakan parang dan buluh runcing selain mengumpulkan sukarelawan sebagai persediaan untuk melancarkan perang terhadap Malaysia.
Pengisytiharan untuk menyerang Malaysia dibuat selepas beberapa hari mereka membuat sekatan di Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta, kononnya untuk menyapu (sweeping) rakyat Malaysia dari Indonesia.
Ke 4: Secara tiba-tiba, kecoh apabila Discovery Channel berpangkalan di Singapura menyiarkan secara lintasan beberapa saat sahaja Tarian Pendet dalam iklan pelancongan Malaysia. Dalam sekelip mata, media massa Indonesia mendakwa tarian itu dicuri oleh negara Malaysia. Setelah semakan dibuat, didapati ‘kesilapan’ tersebut telah dilakukan oleh pihak Discovery Channel, tidak melibatkan pemerintah Malaysia. Malahan, turut dinyatakan bahawa iklan yang sama pernah disiarkan sebelum ini dan pernah memenangi satu festival yang diadakan di Bali, di Indonesia sendiri. Sehingga ada yang menyebut Malaysia sebagai 'malingsia', maling ertinya pencuri.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Pada kami ia bukan perkara remeh, tetapi perlu diselesaikan dengan cara baik bukan bergaduh. Memandangkan Malaysia yang mengaku negara Islam dan Indonesia negara umat Islam teramai di dunia, mengapa tidak selesaikan mengikut cara Islam? Perkara Ke 1 & 2 contohnya, mengapa tidak difikirkan secara Islamik walau ada yang melibatkan bukan Islam? Bukankah Islam itu payung kepada seluruh munusia bukan kepada Muslim sahaja?
Sikap Islam terhadap pelarian, bukankah mereka itu manusia yang memberi sumbangan kepada negara? Kalau binatang ganas di hutan boleh dimanfaatkan, mengapa manusia yang ada kelebihan tidak boleh dimanfaatkan? Mengapa tidak dimanfaatkan melalui kebajikan, dakwah, pendidikan pelbagai bidang termasuk ekonomi? Kita mengatakan pelarian Palestin perlu pembelaan, bagaimana pelarian di negara sendiri?
Kita berderma dan menyumbang kepada 'bencana alam' di luar negara, mengapa tidak kepada 'bencana manusia' di negara sendiri dan jiran? Ulama-ulama dan pemimpin yang dibayar gaji penuh masa untuk memikirkan pembangunan umat mengapa tidak fikirkan bagi mencari jalan keluar ke arah penyelesaian? Apakah Islam itu sempit sehingga tidak ada jalan selesai? Sebenarnya bukan Islam itu sempit, tetapi pemikiran pemimpin-pemimpinnya yang sengaja menyempit. Tidak berfikir secara global tanpa sempadan, dihalangan oleh sempadan ngara dan bangsa! (IH)
No comments:
Post a Comment