Monday, November 02, 2009

Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..

CATATAN PERJALANAN: SRI LANKA 1

HARI ini 2 November 2009. Saya berada di Colombo sekarang. Pagi semalam, bertolak dari LCCT Malaysia pukul 6.15 sampai pukul 7.00 lebih sikit, pagi itu juga. Walaupun perjalanan memakan masa lebih 4 jam.
Masjid Jami Ul Alfar di kawasan pettah, salah satu masjid tertua di Colombo

Duduk di sebelah saya dalam penerbangan itu ialah seorang warga Malaysia keturunan Sri Langka beragama Buddha yang sering berulang-alik Malaysia-Sri Langka bersama isterinya. Kali ini pulang kerana kenduri kahwin anak kawannya yang pernah berkerja di Malaysia. Ramai lagi kawan-kawannya dari Malaysia yang hadir kenduri itu. Bila dia tahu saya pertama kali datang, dia berkata...

"Di Sri Langka, kaum Sinhala merupakan penduduk terbesar. Mereka datang ke pulau ini sekitar abad ke 5 SM. Mereka berasal dari daratan India bahagian selatan dan kemudian menetap di sekitar pesisir pantai sebelah barat. Untuk kegiatan kegiatan ini mereka membangun pelbagai sarana di mana akhirnya mereka berjaya menemukan teknik pertanian berdaya maju dan memperdagangkan hasil pertanian mereka ke daerah-daerah lain hingga ke China. Ditambah lagi dengan kedudukan straregik pulaunya pada masa itu..."

Menurutnya, lagi suku Tamil yang kedua terbesar. Mula menetap ke wilayah ini antara awal Masehi hingga abad ke 12. Sekitar abad ke 14 mereka berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang terletak disekitar Jafna dengan ibu kotanya Nallur. Suku ketiga bangsa Moor, juga berdagang. Hingga abad ke 15 dan seterusnya, pulau ini terus menjadi rebutan antarabangsa termasuk bangsa Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sekitar tahun 1900 mulai tumbuh kesadaran nasionalisme di kalangan penduduk asli di sana.

19 tahun kemudian mereka membentuk sebuah kongres nasional (Ceylon Nasional Congress). Antara tuntutannya, penduduk asli perlu mendapatkan majoriti kursi dalam badan legislatif. Pada tahun 1931 Ceylon berhasil membentuk suatu perlembagaan baru yang memungkinkan menjalankan pemerintahan sendiri. Pada tahun 1947 kawasan ini memperoleh kedaulatan penuh dari tangan Inggeris. Pilihan raya pun diadakan. Partai Persatuan Nasional (United National Party) menangkan suara majoriti, maka pada 2 Mei Ceylon berubah menjadi Republik Sri Lanka.

Hebat juga pemikiran orang tua itu. Saya tanya, "Apa makna 'lanka'?

"Lanka.. Pulau ini dikenal dengan nama-nama seperti 'Lanka'. Dalam bahasa Sansekerta bererti Lankadeepa bererti 'tanah bersinar'. Ada juga disebut nama 'Simoundou, 'Tabrobane' dari bahasa Sansekerta Tāmaraparnī, 'Serendib' dari bahasa Sansekerta Sinhala-dweepa dan 'Selan' pada zaman kuno. Di bawah penjajahan British, pulau ini disebut Ceylon, yang kadang-kadang masih digunakan hingga kini.'

Dia terus mengatakan, penduduk Sri Lanka sebahagian besar bertempat tinggal di pedesaan. Angka harapan hidup bagi penduduk Sri Lanka yang lelaki adalah berusia 68 tahun dan yang perempuan 72 tahun. Sekitar 74% penduduk Sri Lanka merupakan kelompok Sinhala. Tamil Sri Lanka 13 %, Tamil India 6%, Moor Sri Lanka 7 % dan lainnya. Bahasa pengantar resmi yang digunakan oleh penduduk adalah bahasa Inggeris.

"Berapa jumlah penduduk Muslim di Sri Lanka?" Saya tanya lagi. Tapi nampaknya matanya sudah kuyu nak tidur.
"Nah! Encik lihat ini." Diberinya bahan bacaannya itu pada saya.

Laporan yang diberi itu menyebutkan antara lain...
Sekitar 75% populasi berasal dari suku Sinhala, yang majoriti beragama Buddha mazhab Theravada. Kelompok besar lainnya adalah suku Tamil 18% yang majoriti beragama Hindu dan tinggal di sebelah utara dan timur. Suku Tamil dibahagi lagi kepada dua kelompok: Tamil Asli dan suku Tamil yang merupakan pendatang baru dari India. 

Baik bahasa Sinhala ataupun Tamil merupakan bahasa resmi sejak persetujuan India-Sri Lanka yang ditandatangani tahun 1989. Bahasa Inggeris adalah bahasa pemersatu berdasarkan perlembagaan, bahasa ibunda bagi sekitar 10% dari seluruh penduduk, dan dituturkan serta difahami dengan luas di Sri Lanka. Ketiga-tiga bahasa tersebut digunakan dalam pendidikan dan pemerintahan.

Minoriti yang lebih kecil adalah Muslim (7%), yang kebanyakan adalah keturunan Arab dan Melayu, suku Burgher (keturunan campuran Eropa; 1%) serta Wanniyala-Aetto atau Vedda,keturunan kebudayaan awal di Sri Lanka yang jumlahnya semakin surut. Agama-agama terbesar adalah Buddha (70%) dan Hindu (15%). Sekitar 7% dari populasi beragama Kristian (6% Katolik dan 1% Protesten).

Sebenarnya inilah maklumat yang saya cari. Dengan maklumat ini saya akan menjelajah bandar Colombo seterusnya.

Akhirnya kami berpisah di Airport itu. Saya tanya teksi untuk ke bandar Colombo, tambangnya 1,200 rupee, (1,000 rupee = RM37.1). Saya cuba jimatkan, cari bas awam luar airport atau 'bas lompat' baru hanya 80 rupee.

Sekarang saya sedang dalam perjalanan. Insya Allah akan sampai matlamat menyingkap kehidupan Muslimin di Sri Lanka!
Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com
November 2, 2009
Colombo, Sri Lanka.


E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka

Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

2 comments:

malaysia baru said...

Selamat bermusafir melihat dan merasa kebesaran Allah.
Semoga Allah mudahkan urusan tuan.

Anonymous said...

Salam Prof,

Tak lekat di rumah orang tua ni, kuat sungguh, apa pun tahniah atas usaha tuan. jauh berjalan laus pandangan , cari lah apa - apa cerita di sana kami nak tumpang
sekaki - Man Langkawi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails