Monday, November 16, 2009

Kickdefella - Suatu Penyelesaian Bijak Perlu.


CATATAN SANTAI

PAGI ini saya terharu membaca tulisan Blog Kickdefella. antaranya berbunyi...

"Tok Guru kita kata orang yang hendak menaja pemergiannya ke Mekah bersama Datin, Ariffahmi dan Nik Amalina dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, tidak pernah dapat projek daripada Kerajaan Negeri.

Maklumat yang didedahkan oleh Rocky pagi ini menafikan hujah Tok Guru."

Apa dedahannya? Begini, lanjutnya.

"Satu Kelantan sudah tahu bahawa Nudin Awang adalah lelaki yang menaja Pakej Haji yang jumlah keseluruhannya hampir RM455,000 itu. Ramai yang melihat resit pembayaran yang Nudin tayang di sana dan di sini dengan penuh rasa rendah diri itu.

Ramai juga tahu, tiba-tiba Nudin kelam kabut dan cuba untuk meminta agensi pelancongan itu menukar nama pembayar bil itu.Ramai juga tahu selepas bersetuju dengan pujukan Ariffahmi untuk ke Mekah, Tok Guru sendiri telah menalipon Nudin. Ramai juga lihat Nudin datang ke satu majlis selepas panggilan itu dan berdiri dibelakang Tok Guru dengan bangganya sewaktu Tok Guru mempertahankan perlunya satu EGM dalam PAS.

Akhirnya ramai yang tidak mahu beritahu bahawa Teng Hu Ling adalah orang yang perlu dihubungi jika kita mahu bercakap dengan wakil Great Eastern Mills Berhad.Ramai juga tidak mahu beritahu bahawa Great Eastern Mills Berhad di mana Nudin Bin Awang adalah Pengarah Syarikat telah menerima 10,000 ekar balak bernilai lebih RM20 juta daripada sebuah agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Balak yang diterima oleh Great Eastern Mills Berhad di serahkan pula kepada SEAL Incoporated Berhad dan boleh di lihat di sini balak-balak itu.

Namun ada satu perkara yang ramai langsung tidak tahu ialah seorang lelaki bernama Abdul Ariffahmi Bin Abd Rahman, ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO ialah orang yang menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk ke Mekah.

UMNO Cawangan Chakung terletak di DUN Temangan. Ariifahmi adalah ahli biasa dan Ketua Cawangan ialah Sdr. Saidi Husin. Ketua Pemuda Cawangan ialah Sdr. Azman Ibrahim. Setelah berlaku selisih faham yang melibatkan masalah dalaman UMNO Machang, Cawangan ini di sisih. Akibatnya bermula tahun 2006, ramai ahli termasuklah Ketua Cawangannya sendiri telah memasuki PAS. kakitangan ibu pejabat UMNO Cawangan Chakung yang terletak di Taman Siti Aishah berdekatan Wakaf Bata di jalan lama Tanah Merah – Machang boleh memberikan tarikh Ariffahmi mendaftar menjadi ahli UMNO.

Saya tahu Ariffahmi akan menafikan hal ini dan mengatakan bahawa dia telah menjadi ahli UMNO secara tidak sukarela. Hal ini kita serahkan kepada UMNO Malaysia untuk menyelesaikannya dan kerana di celah-celah timbunan fail di mana-mana bangunan UMNO masih terselit sekeping borang lusuh yang diisi nama Abdul Ariffahmi. Cuma, janganlah salahkan UMNO semata-mata kerana nafsu kita cukup buas.

Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi di buat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini. Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.

Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.

Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS. Melihat perancangannya itu gagal sama seperti semua projek-projek yang diamanahkan kepadanya iaitu projek loji air Kampung Puteh dan Bandar Baru Tunjung, Ariffahmi berpaling kepada seorang rakan karib saya yang saya panggil di zaman persekolahan sebagai George Michael.

Kemudiannya George Michael mengerjakan umrah dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Ariffahmi yang menghadiri tugas rasmi di Kuwait mengarahkan PMBK membayarnya untuk menyertai George Michael dan Tok Guru di Jeddah. Pulang ke Kota Bharu, Tok Guru tak kering gusi memuji George Michael dan nyaris-nyaris meluluskan satu projek strategik kepada George Michael. Akhirnya, atas usaha orang-orang yang kenal George Michael, berjaya menyekat pemberian projek kepada George Michael tanpa perlu mendedahkan latar belakang siapa sebenarnya George Michael.

Cuma malangnya Ariffahmi sudah menyerahkan kepada George Michael salinan asal fail tebal berhubung kajian projek strategik dan terperinci oleh konsultan yang dilantik dengan yuran hampir sejuta ringgit itu untuk tugas berat dan penting itu. Pihak PKINK, pemilik fail tersebut telah enggan menyerahkan fail itu walau diminta oleh Arrifahmi menyebabkan Ariffahmi mengarahkan Pejabat Menteri Besar memohon fail tersebut.

Apabila fail tersebut tiba di Pejabat Menteri Besar, Ariffahmi telah mengambilnya. Semenjak insiden melibatkan George Michael itu, kegusaran mula wujud di atas kewarasan Ariffahmi. Mengapa dia sanggup menyeberang begitu jauh sekali?"

Tulisan ini sudah tersebar. Apakah ini fitnah dan mehnah? Ya. Inilah tribulasi dan ujian dalam perjuangan. Perlu penyelesaian yang telus... Orang ramai perlu tenang, biar pemimpinnya yang menangani. Biar pemuda UMNO yang menggelupor, itu kerjanya mencari ruang untuk menusuk jarum politiknya.

Sekian.

Ibnu Hasyim,
Nov16 2009. KL.

7 comments:

Anonymous said...

Nik Ajis pun jadi balachi Cina.... Eish, eish, eish.


Siap apulak nak taja Nik Aziz ke Syurga?

chai n tea said...

hmm

nik aziz bukannya nabi
dia manusia

manusia takleh lari dari melakukan kesilapan.

itu sebab lah jgn terlalu memuja dan mengagungkan tok guru, dia cuma manusia biasa

manusia yg tinggi ilmunya

alhamdulillah dia sedia mendengar teguran, sedia dikritik

itu namanya pemimpin

bukannya jenis yg xleh ditegur langsung..langsung x layak jd pemimpin

Anonymous said...

apa bezanya lingam taja bekas ketua hakim ke new zealand.semua menaja ada maksud tertentu.kononnya taja pergi haji,mungkin dianggap tidak rasuah.kalau betul iklas menaja haji,bagi golongan fakir miskin ataupun golongan tidak mampu.tak payahlah nak TGNA y berduit.SALAH TETAP SALAH.

nasir said...

kickdefellah mcm ada agenda tersembunyi . Bukankah SPRM sedang siasat dan SPRM lagi suka kalau memang TGNA lekat rasuah . Jadi apa faedahnya mengulas sebelah pihak dalam web dengan sinis .

bukti jadi ahli UMNO pun nak dibangkitkan . nak daftar keahlian bukan susah . Kalau ada sesapa yang tolong isi borang utk kita pun dah boleh jadi ahli apatah lagi kalau memang ahli keluarga kita UMNO . Apakah salah kalau dulu UMNO dan sekarang PAS .

Rasuah sebelum dapat ngok . Mungkin Kickdefella tahu SPRM takkan berjaya mengaitkan tajaan tersebut dengan rasuah kerna rasuan itu suapan untuk mendapatkan sesuatu . Masalahnya sekarang DIN tu dapat buat balak bila lagi .. ?

Apa cerita kambing jamnapari .. takkan marah kerna bos lu tak dapat tanah balak tu ? Yang lu dibayar gaji PMBK tapi komitmen kat EXCO apahal . patutnya EXCO tu la yang bayar gaji lu

fhamzah said...

assalamualaikum.
Saya ada beberapa soalan untuk bertanya, jika encik hashim bisa membantu. Ada nama arwah datuk saya, di dalam article "sejarah PAS" dan kalau-kalau encik tahu sedikit tentang arwah. Mungkin saya boleh dapatkan email?

Anonymous said...

kenapa nak tulis pasal mamat tu ahli amnu? sheih tu pun ahli amnu jugak masa husam kutip dia... siap ada jawatan lagi... peringkat bahagian rasanya...

Ibnu Hasyim said...

Farhana, sila beri nama datuk anda.

e mail saya..

ibnuhasyim@gmail.com

As-salamu alaikum?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails