KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berharap kerajaan boleh memanfaatkan kunjungan rasmi kerajaan China hari ini. Ianya termasuk membenarkan pelapor dari China memegang 10 peratus saham Sime Darby demi meneroka pasaran perdagangan baru di sana.
"Malaysia sepatutnya mengambil manfaat dari lawatan rombongan China ke negara kita dengan membuat rundingan-rundingan yang boleh beri manfaat bersama.. Dengan beri 10 peratus saham Sime Darby pada China misalnya, ia akan beri keuntungan berganda...contoh pasaran minyak sawit kita boleh menembusi pasaran China yang luas," cadang Mahfuz.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berpendapat dengan pemegangan ekuiti itu, membolehkan Malaysia melebarkan pasaran minyak sawit ke negara pengguna terbesar dunia itu. "Kalau setiap rakyat China boleh ambil (beli) satu sudu minyak sawit kita pun, kita dah untung besar hasil perkongsian perdagangan ini," ujarnya.
"Pengguna China yang agak tinggi sekarang tidak mustahil mampu meningkatkan harga minyak sawit global... akhirnya negara dan rakyat dapat pulangan hasil industri komersial ini."
Tambahnya lagi, isu pemilikan 10 peratus ekuiti minyak sawit Sime Darby tidak boleh disamakan dengan isu pemilikan 30 peratus ekuiti beras Bernas yang dipertikai sebelum ini.
"Isu Bernas, kerajaan cuba memberikan pemilikan yang besar kepada Hong Kong tanpa kita boleh ambil apa-apa manfaat yang lebih dari mereka.. 10 peratus yang kita tawar pada China, kita masih kuasai Sime Darby...dan yang lebih penting kita dapat keistimewaan memasarkan minyak sawit kita dalam pasarannya yang cukup luas itu," jelasnya.
Komen Blog Ibnu Hsyim: Dengan penerokaan pasaran baru ini, ianya akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Bukan itu sahaja, hubungan dagang dengan negera China juga boleh mempengaruhi perkembangan politik di Malaysia, apalagi bila dirancang secara sistematik dengan mengambilkira dan penumpuan hubungan agama.(Pelbagai sumber/AK)
Untuk dapatkan panduan berniaga di negara China, sila layari blog ...
No comments:
Post a Comment