Saturday, November 07, 2009

Marahkan Dr Aziz Adalah Primitif -Dr Hasbullah


KUALA LUMPUR, 7 Nov: Harakah melaporkan para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.

Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina. Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.
Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.

AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik. Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu. Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya. Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.
Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.

"Ini adalah kali ketiga kami bertemu. Kali pertama atas kapal terbang, kali kedua di lapangan terbang dan kali ketiga di sini. Jadi kami tidak berpakat," kata beliau dalam penggulungannya.
Sementara itu, menurut Malaysiakini pula, seperti dijangka, seminar politik PAS hari ini panas dengan isu kepimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikritik keras seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini. Dalam sesi 'percambahan minda' yang melibatkan Dr Abdul Aziz sendiri, pandangannya di Sinar Harian bulan lepas dan wawancara dengan Malaysiakini semalam yang mengkritik keras kepimpinan Abdul Hadi menimbulkan pebagai reaksi daripada peserta.
Peserta yang tidak berpuas hati dengan Dr Abdul Aziz termasuklah pemimpin PAS Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik yang berkata beliau "tidak dapat melihat muka" pakar undang-undang perlembagaan itu di seminar hari ini. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah turut membentangkan pandangan dan berdiolog dalam sesi pagi tadi.
Bagaimanapun, Dr Abdul Aziz yang kelihatan enggan mengulangi lagi kritikannya di media itu dipertahankan oleh Dr Abu Hassan yang meminta semua peserta bersikap terbuka terhadap tanggapan yang dilontarkan.
(Sumber: Harakah/Malaysiakini dll/2MA)

2 comments:

dILA said...

you want prove??!!! wait till the PR13 and you will see your prove from the rakyat themself. that time don't you dare said that rakyat is stupit to choose BN because we rakyat has give PAS ample warning of what we want & don't want.

and since all pas members are soo primitif minded people, let me ramain you that :

IN POLITIC PERCEPTION IS EVERYTHING

pergilah buka buku strategy politic sikit, jangan asyik baca buku agama je, mana nak terbuka minda. Quran pun suruh kita BACA, BACA, BACA

Anonymous said...

Bakar Chik ni adalah alsatian Hadi Awang dan Mustafa Ali sebab baru dapat jawatan Pengerusi Perang Saraf PAS Pusat.Khabarnya diBagan Pinang,keretanya disapu cat.Kalau dia tak boleh tengok muka Dr.Aziz Bari,diseminar tu,dia tak fikir pula betapa benci dan meluatnya orang nak tengok muka dia.Macam mana seorang ulamak boleh bercakap begini dalam seminar? Adakah ulamak jenis ini yang kita kena wala?
Hadi Awang dan Mustafa Ali menggunakan alsatian ini untuk menyerang Prof Aziz maka itukah sebabnya alsatian ni begitu garang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails