Wednesday, November 11, 2009

Nik Aziiz Terlibat Rasuah Haji Secara Tak Langsung?


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

TERTARIK saya membaca artikal kawan lama saya, dalam blognya, Penarek Beca bertajuk:
Kaji pembiayaan ke Mekah tu, Tok Guru.... Menarik cadangan beliau itu... Katanya,

"Tetapi, bila Tok Guru memberikan jawapan yang penuh husnul zan seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Nik Aziz akui dibiaya tunai haji," saya rasa tak patut begitu. Saya sentiasa mahukan seseorang pemimpin seperti Tok Guru melihat dua tiga lapis terhadap sesuatu perkara. Saya tak senang sungguh apabila seorang pemimpin seperti Tok Guru memberikan jawapan yang saya rasa naif sangat.

Saya juga sangat tak senang hati bila Tok Guru kata "nak ambil berkat". Kalau orang lain yang kata benda-benda gitu, tak pa. Tapi kalau Tok Guru sendiri yang kata, berbunyi tak sedap sungguh!


Saya masih yakin Tok Guru perlu melakukan dua perkara:


1. Memastikan pihak yang menajanya itu tidak pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan. Jika tidak pernah, saya rasa dia boleh terima tajaan itu. Tetapi, kalau nak menjauhkan fitnah, elok jangan. Tok Guru kena ingat, Tok Guru ikon PAS. Puak Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang ni berkerja ligat nak memusnahkan nama baik Tok Guru. Ambo harap sangat, Tok Guru jangan bagi ruang untuk orang fitnahkan Tok Guru.


2. Jika pihak yang menaja itu pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan, Tok Guru tolonglah bayar balik duitnya. Kalau Tok Guru tak cukup duit, saya sebagai penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sanggup lancarkan kutipan derma untuk bayar balik duit pihak yang berkenaan. Saya akan mintak beberapa pemimpin PAS menjadi pemegang amanah sehingga cukup RM65,000 - buka akaun bank atas nama mereka."


Saya setuju cadangan dan pandangan ini, suatu pandangan membina. Bukan sahaja kepada Tok Guru tetapi kepada orang-orang yang bernaung di bawah ketiak PAS, yang pemimpin-pemimpinnya hidup sederhana macam Tok Guru, tetapi mereka memiliki cara hidup sebaliknya. Pada saya, sepatutnya pemimpin parti Islam pembawa amanah Rasul, kewangan mereka pun perlu telus kepada parti atau rakyat yang mengundi dan menaikkan mereka.

Supaya rakyat tahu cara hidup pemimpin mereka. Orang bukan Islam pun akan kagum dengan kehebatan agama Islam dalam menjaga amanah rakyat. Sejarah sahabat-sahabat Nabi seperti Khalifah Ar-rasyidin ada contohnya. Rakyat juga ingin tahu ke mana mereka yang berpendapatan tinggi menghabiskan duitnya. Dari mana mereka dapat wang itu, di mana mereka membayar zakat dan sedeqahnya?

Semuanya baik dijelaskan untuk menunjukkan kepimpinan yang bersih. Apalagi kalau mereka adalah pemimmpin yang dermawan, sebagai suatu panduan yang sihat. Seperti contoh yang dibongkar oleh Penarik Beca itu. Bukan kerana dengki, tetapi kerana sayang rakyat kepada pemimpinnya, walaupun kerana pergi haji atau umrah. Jauh lagi dari menuduh Tok Guru Nik Aziz itu sebagai perasuah. Bagaimana takrif rasuah sebenarnya?

Rujukan, sila klik tulisan saya yang lalu...
Ibnu Hasyim, Catatan Santai.
ibnuhasyim@gmail.com
November 11, 2009
KL

10 comments:

  1. bahaya nih.. boleh jadi senjata politik ni

    ReplyDelete
  2. Jangan nmain-main dengan tulisan ini..

    ReplyDelete
  3. Apa salahnya kalau dikritik kalau dah memang tindakan Tok Guru tuh tak betul..........

    ReplyDelete
  4. biasale umno cari jalan je nak hapuskan pengaruh tok guru ni, nak busukkan nama tok guru, biarle dia orang nak kata apa, yang kita duk kelam kelibut apasal?.

    nak dekat dah pru13 ni, aku rasa tok guru kena attack teruk kali ni. nak buat camna, orgbaik2 selalu kena fitnah.

    ReplyDelete
  5. Tangan yang menulis lebih tajam dari pedang yang menghunus.. IBNU HASYIM diminta jangan membuat spekulasi melulu, biar SPRM siasat... Kalau iya pon TOK GURU terlibat.. itu dia dengan Allah..Jangan lh kita semua menjadi blogger 3rd class... politik kadang2 kotor..

    ReplyDelete
  6. skrg ni apa2 yg dibuat oleh tok guru,org akan perhati.
    apa2 pun org kata ttg nik aziz, tazkirah beliau cukup mulus, mendalam dan dpt menarik pendengar dgn kehalusan ilmu agama beliau.
    sebagai pemimpin yg sudah veteran sgt2 dlm politik, saya harap tok guru ada alasan kukuh dlm agama mengapa beliau berbuat demikian.
    sebagai manusia beliaupun tak sunyi dari kesalahan, tapi masih kira jauh ok lagi lah jika dibanding dgn org2 lain (termasuk kita sendiri), kan..

    ReplyDelete
  7. hahahaha... cubalah untuk bersetuju untuk tidak bersetuju dan cubalah untuk mendengar pendapat yang bertentangan...

    ReplyDelete
  8. Orang yg ada kuasa dah dimaklumi dilarang menerima apa-apa pemberian walaupun orang yang memberi ikhlas. Meskipun barangan yg diberi tak nampak tapi untuk mengelakkan persepsi negatif dan menjaga integriti perkara itu hendaklah dielakkan. Tapi sifat manusia ni dia suka dapat sesuatu benda tu free walaupun dia berduit. Dah orang nak bagi, terima sajalah, lagi pula ke Mekah, tempat suci pulak tu. Kalau saya pakai duit sendiri lagi baik.

    ReplyDelete
  9. aku rasa ramai lupa yang nik aziz itu adalah PENJAWAT AWAM.

    kalau nak sponsor tok guru pondok ke, fakir miskin ke, orang yang takde kepentingan ke, lain cerita lah.

    aku yakin nik aziz sudah pon tunaikan haji dulu dulu. kalau dah pernah tunai syarat wajib haji SEKALI, baik lagi tolak tajaan tu dan suruh penaja tu pi tolong orang miskin!

    ReplyDelete