Saturday, November 28, 2009

Nik Aziz Bersih, Beriman & Budiman -Tan Seng Giaw. Layak Pengerusi PR?

Tan Seng Giaw (gambar):
Lihat pemikiran beliau dalam
http://tansenggiaw.blogspot.com/

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, tiada siapa dapat menyangkal Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat seorang pemimpin yang memerintah dengan bersih, beriman dan budiman. Katanya, pandangan tersebut turut dikongsi oleh orang bukan Islam bukan saja di Kelantan tetapi di seluruh negara.

"Bagi bukan Islam pun menganggap beliau seorang yang bersih dan mempunyai keutuhan integriti dan kerana itu beliau layak menjadi pemimpin. Hakikatnya Kelayakannya itu tidak ada yang dipertikaikannya.

"Orang bukan Islam tidak keberatan untuk menerima Tok Guru (Nik Aziz) kerana beliau sudah membuktikan dirinya seorang yang berintegri berakhlak tinggi dan bermoral," kata Tan Seng Giaw kepada Harakah.

Beliau berkata, mereka percayakan Tok Guru Nik Aziz kepada nilai-nilai yang termaktub dalam al-Quran iaitu seorang yang adil, jujur tanpa mengira kaum, warna kulit dan kawasan. Malah katanya mereka percaya sepanjang 20 tahun Mursyidul Am PAS itu memerintah Kelantan beliau berjaya menolong semua kaum.

Ujar Tan Seng Giaw lagi, berdasarkan asas tersebut Tok Guru Nik Aziz diterima sekali pun tanpa modal dan hasil dari Kerajaan Pusat. Katanya, dalam keadaan yang sedemikian Menteri Besar itu boleh kekal memerintah lebih dua dekad dengan berkesan walaupun tanpa peruntukkan dari Kerajaan Pusat.

Tan Seng Giaw yang juga anak jati Kelantan berkata, Tok Guru Nik Aziz tidak menerima rasuah dan tidak mementingkan diri sendiri tetapi mengutamakan rakyat dan negeri Kelantan. "Itulah yang istimewanya, beliau berpolitik untuk berkhidmat bukan untuk personal dan sebagai seorang ahli politik beliau memberi sumbangan dan berkhidmat untuk rakyat bukan menjadi ahli politik untuk mengaut keuntungan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong. (Sumber: Harakahdaiky/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim:

1..Kalau betul-betul ikut Islam, orang bukan Islam lagi suka bukan takut kepada Islam. Ini buktinya, yang UMNO tak mahu faham. Jangan ingat Cina-cina DAP dan cina lain-lain itu chauvanis, seperti yang diajar UMNO kepada MCA dan rakan-rakan sekandang dengannya. Buang fikiran itu dalam kepala orang Islam. Sebelum ini penasihat DAP Lim Kit Siang pun berpendapat demikian.

2..Blog Ibnu Hasyim menganggap hal ini sebagai signal ke arah sokongan lantikan Tok Guru Nik Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat, seperti yang dicadangkan oleh Zaid Ibrahim. Orang bukan Islam mengakui kepimpinan beliau.

No comments:

Post a Comment