KOTA BHARU, 23 Nov: Harakah melaporkan, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini. Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.
Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan. Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.
"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB).. Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.
Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian. Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.
"Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi. Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.. Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"
Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak. "Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK. "Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Ariffahmi meletak jawatan. Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini. Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini. Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah hebatnya, jika kita kembali kepada konsep musyauwarah. Walaupun masih belum dibuktikan kesalahannya, demi mengawal api fitnah supaya jangan membakar hangus dan menjaga nama baik parti Islam, maka masing-masing redha dengan keputusan bersama. Al-hamdulillah. (2MA)
1 comment:
Itulah .. harap2 blogger bolehlah berhenti lepas nie bab2 PMBK . Kalau masih simpan dendam dan asyik memburukkan ariffahmi biarpun masih dalam siasatan maka sahlah dengki namanya bukan nasihat .
APa pula kata kick yang selama nie menuduh ariffahmi berhutang 500K . . Jadi kat mana ariff nak cari duit lepas nie bayar hutang tu .. ka main tuduh saja .
Post a Comment