Wednesday, November 18, 2009

Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.


-->CATATAN PERJALANAN SRI LANKA 9
Dia orang Melayu pertama yang saya jumpa di Colomb0. Lihat juga catatan perjalanan sebelum ini.

Semua ini yang bergambar bersama Ibnu Hasyim (kiri) adalah orang Melayu Sri Lanka, yang ditemui di masjid Colombo (diatasnya).
RUPANYA malam itu, dengan tidak secara langsung saya telah bertemu dengan seorang pemuda Melayu di Colombo, pekerja di restoren bawah tempat hotel yang saya sewa. Dialah orang Melayu pertama saya jumpa di Sri Lanka. Hari besoknya, saya keluar seperti yang djanjikan.Saya dibawa ke sebuah sekolah perempuan Madrasah Al-Banat, hanya beberapa kilometer sekitar Colombo.

Bertemu pengtuanya, orang Melayu. Namanya ialah Mu'az bin Tuan Kecil. Sekolah agama cawangan dari Pulau Maldive, luar Sri Lanka.. Yang di Colombo ini sudah dibuka 4 tahun. Terdapat 80 orang pelajar. Antara mata pelajaran yang diajar di situ ialah fardhu ain.

"Barangkali tuan berasal dari Negeri Kelantan, kerana nama 'Tuan' di depan nama ayah kamu itu!" Kata saya dalam bahasa Melayu, kerana dia tahu cakap Melayu, walaupun agak kurang lancar. Saya pun tak pasti betulkah gelaran 'tuan' itu berasal dari Kelantan.

"Entahlah. Saya pun tak tahu. tapi isteri saya bernama Nyai Hasina Kasir. Saya dan isteri saya lahir di Sri Lanka." jawabnya.

"Anak tuan?"

"Ya. Anak saya, enam. Empat lelaki, saya namakan Abdullah, Abdul Halim, Abdul Ahad dan Muhammad. Dua lagi perempuan saya namakan Mariam dan Maziah."

“Bolehkah tuan terangkan serba sikit mengenai orang Islam Sri Lanka?”

Katanya, “Orang Moor Sri Lanka brjumlah kira-kira 7% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini. Iaitu berjumlah 1,404,534 orang pada tahun 2005. Kebanyakannya bermazhab Syafi'i.”

Ingin saya jelaskan lagi…

Pertama: Dari sudut etimologi, dari beberapa web yang saya lihat, istilah ‘Moor’ pertama kali digunapakai oleh orang Portugis yang melabel semua orang Islam sebagai musuh mereka. Orang Moor yang diperangi mereka di Semenanjung Iberia selama beberapa kurun. Orang Moor berketurunan pedagang-pedagang Arab yang menetap di Sri Lanka pada masa antara kurun ke-8 dan ke-15. Bahasa Arab yang dibawa oleh tentera-tentera upahan terawal tidak lagi ditutur oleh orang Moor, walaupun masih banyak perkataan dan frasa Arab masih dipakai dalam kegunaan harian.

Pada masa lalu, orang Moor menggunakan bahasa Arwi sebagai bahasa ibunda mereka, walaupun bahasa ini tidak lagi menjadi bahasa pertuturan. Sejak kebelakangan ini, orang Moor Sri Lanka menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pertama yang mengandungi banyak perkataan pinjaman dari bahasa Arab. Orang Moor juga fasih bertutur dalam bahasa Sinhala, satu bahasa Indo-Eropah yang ditutur oleh kelompok majoriti Sri Lanka, orang Sinhala.

Orang Moor Sri Lanka tinggal dalam kelompok masyarakat perdagangan pantai dan pertanian sambil memelihara warisan kebudayaan Islam mereka di samping menerima pakai banyak adat resam Asia Selatan. Semasa tempoh penjajahan Portugis, orang Moor menderita akibat penyeksaan, dan ramai yang berpindah ke Tanah Tinggi Tengah yang keturunan mereka masih wujud di sana.

Di pantai timur, orang Moor Sri Lanka adalah petani, nelayan dan pedagang. Keluarga mereka bersusur galur melalui pihak wanita sebagaimana sistem hubungan kekeluargaan di negeri baratdaya India, Kerala.. tetapi mentadbir masyarakat mereka melalui Syariat Islam.[Sila lihat "Kmaraikayar". http://www.rootsweb.com/~lkawgw/kmaraikayar.html. Retrieved 2007-07-02.1]

Kedua: Di dalam "The Muslims and Sri Lanka". & Mission Islam. http://www.missionislam.com/knowledge/srilanka.htm. Retrieved 2007-07-04. menyebutkan..

i…Orang Tamil Sri Lanka, sepanjang sejarah, cuba mengkelaskan orang Moor Sri Lanka sebagai bangsa Tamil. Kononnya cubaan ini dibuat sebahagian besarnya atas sebab-sebab pentingkan diri sendiri. Yakni dalam usaha menghalang masyarakat minoriti Islam memiliki identiti diri yang unik. Bagaimana pun, kerajaan Sri Lanka menganggap orang Islam sebagai keturunan Arab dan kumpulan etnik yang berbeza daripada orang Tamil.

ii…Cara Islam berkembang di Sri Lanka serupa dengan apa yang berlaku di pantai Malabar India. Tradisi mencatatkan bahawa orang Arab yang menetap di pantai Malabar biasa belayar dari pelabuhan Cranganore ke Sri Lanka untuk menziarahi apa yang dipercayai mereka sebagai bekas tapak kaki Adam AS. Bekas yang terletak di puncak sebuah gunung sehingga kini masih dipanggil sebagai Puncak Adam.

iii…Ibnu Batuta, pengembara Arab terkenal kurun ke-14, ada mencatatkan banyak faset mengenai pengaruh Arab awal di Sri Lanka dalam catatan pengembaraannya.

iv…Sebelum akhir kurun ke-7, sebuah koloni pedagang Islam telah tertubuh di Sri Lanka. Mereka terpukau dengan keindahan pemandangan sekitar dan tertarik dengan tradisi yang dikaitkan dengan Puncak Adam. Pedagang Islam ini tiba dalam jumlah besar dan sebahagian mereka mengambil keputusan untuk menetap di pulau itu. Mereka menerima daripada pemerintah tempatan. Kebanyakan mereka tinggal di sepanjang kawasan pantai dengan aman dan makmur sambil mengekalkan hubungan budaya dan komersial dengan Baghdad dan bandar-bandar Islam yang lain.

Ketiga: Menurut Tikiri Abeyasinghe dalam ‘Portuguese Rule in Ceylon, 1594-1612’ (Pemerintahan Portugis di Ceylon, 1594-1612), m.s 192, tradisi menyatakan bahawa,

‘..para pengikut Muhammad Ceylon yang pertama ialah sekelompok orang Arab Bani Hashim yang diusir dari Tanah Arab pada awal kurun ke-8 oleh pemerintah tirani Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan, dan mereka yang berasal dari selatan Sungai Furat lalu menetap di concan di bahagian selatan benua India, Pulau Ceylon dan Melaka. Sebahagian mereka yang datang ke Ceylon membentuk lapan buah penempatan besar di sepanjang pantai timur laut, utara dan barat pulau tersebut; yakni sebuah di Trincomalee, sebuah di Jaffna, sebuah di Colombo, sebuah di barbareen dan sebuah di Point de Galle

Dan Lain-lain: Banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh didapati, memadai saya letakkan rujukan seperti berikut.

1. "Kmaraikayar". http://www.rootsweb.com/~lkawgw/kmaraikayar.html. Retrieved 2007-07-02.
2. "The Muslims and Sri Lanka". Mission Islam. http://www.missionislam.com/knowledge/srilanka.htm. Retrieved 2007-07-04.
3. 30-Days Muslim Prayer Focus
4. Rencana daripada Kajian Negara Perpustakaan Kongres yang merupakan terbitan kerajaan Amerika Syarikat di domain awam.
5. Victor C. de Munck. Experiencing History Small: An analysis of political, economic and social change in a Sri Lankan village. History & Mathematics: Historical Dynamics and Development of Complex Societies. Edited by Peter Turchin, Leonid Grinin, Andrey Korotayev, and Victor C. de Munck, pp. 154-169. Moscow: KomKniga, 2006. ISBN 5484010020
6. Pautan luar
* Portal komuniti orang Islam Sri Lanka
* Laman web masyarakat Islam Sri Lanka
* Laman web online baru orang Islam Sri Lanka
* Laman web Islam Sri Lanka
* Sejarah orang Islam di Sri Lanka
* Kisah Orang Melayu di Sri Lanka
* Orang Melayu Sri Lanka dan kelangsungan hidup mereka.

“Akhir sekali saya ingin dapatkan pandangan tuan mengenai politik negara ini dan apa sikap tuan?” Saya tanya Muaz selepas berbual agak panjang.

“Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka adalah sebuah negara pulau di pesisir tenggara India. Hingga tahun 1972, dunia internasional menyebut negara ini Ceylon. Sri Lanka telah dilanda konflik etnik selama dua dekad. Terakhir, antara pemerintah dan kelompok minoriti Tamil yang dipimpin Harimau Tamil. Pada tahun 2002, kedua pihak setuju untuk mengadakan gencatan senjata.” Jawabnya lagi.

“…dan saya pula lebih menumpukan kerja-kerja pendidikan, dan memilih pendekatan dakwah melalui Jamaah Tabligh… Dan orang Eropah Islam yang bersalam dengan tuan mula-mula tadi adalah rakan-rakan kami dalam jamaah ini. Kami bersaudara tanpa mengenal batasan sempadan dan negera. Kalau ada kesempatan, sila datang ke markas besar kami di Colombo ini sekitar beberapa batu dari sini!

“Terima kasih tuan. Oo, ya. Bolehkah kita bergambar sebagai kenangan. Dan saya nak buat laporan mengenai sekolah tuan, dalam blog saya. Mana tahu, kalau ada orang Malaysia yang terbuka hati untuk membantu apa yang perlu untuk sekolah tuan.” Saya meminta.

“Ya. Memang ada orang Malaysia, Pattanai Thailand dan Myanmar yang menghantar anak mereka belajar tahfiz di Sri Lanka, tapi di luar Colombo.. Mereka yakin dengan pembelanjaran di sini.” Sambungnya. “Mengenai gambar… Maaf, kami tidak benarkan bergambar walaupun diri saya sendiri. Saya harap tuan faham… Tapi, ini nombor telefon saya kalau ada apa-apa boleh hubungi nombor ini.
MUAZ BIN TUAN KECIL
TEL: 0773633308’

Wallahu 'aklam. Bersambung lagi, Insya Allah.
Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com
November 18, 2009
KL

Lihat lagi..

E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih Tn Ibnu Hasyim, saya sangat ingin shalat di masjid tersebut dan bersilaturrahmi dengan saudara2 melayu di Sri Langka yang memang berasal dari Nusantara ..... Bila tn hasyim ada rencana lagi ke sri lanka..... bawalah saya ke sri lana wassalam djufri medan indonesia hp +6285275810000

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails