Semua staf, pegawai serta pelatihnya itu menggunakan penerbangan Etihad kelas utama, yang mewah dan mahal. Anda tahu berapa harga penerbangan sekali dari Manchester ke Abu Dhabi? 699 poundsterling se orang! Dharablah dengan keperluan 1 pasukan.. Tiba di sana, mereka terus ditempatkan di hotel tujuh bintang Emirates Hotel yang tarif satu malam dikatakan cukup untuk menampung biaya sekolah seorang anak di Gaza selama 20 tahun.
Apa tidaknya, pemain dan pegawainya disediakan keperluan yang cukup selesa. Mandi sinar matahari yang hangat, berenang di bawah udara 30 derajat celcius, dan bermain bola di padang yang ditaburi lampu yang megah hebat. Sedangkan orang-orang Arab di negara lain tengah lapar dengan suasana perang yang berpanjangan. Huru-hara terus berlaku.
Semasa Iraq tengah porak-poranda, Mesir dan Saudi sedang berkhidmat menyambut Presiden AS, Barack Obama. Semasa Palestin sedang berduka, seorang anggota kerajaan di negara Timur Tengah sibuk menyiapkan festival filem dan membuka kembali panggung wayang. Semasa Afghanistan bergejolak sekarang, UEA kini, sedang menyambut sebuah pasukan bola sepak di negaranya dengan jamuan bertaraf raja dan dewa-dewa.
Apa sudah jadi dengan bangsa Arab sekarang, Ya Sheikh Mansour?
megah di dunia.
ReplyDeletesahabat di sekeliling rantau itu menderita, mereka berbangga dapat jadi pemilik kelab bola sepak.
adakah tidak ada rasa hati nak bantu sahabat yang menderita?