Sunday, November 15, 2009

Pengerusi PR Tidak Semestinya PM -Prof Madya Dr Agus


SHAH ALAM – Cadangan melantik Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) wajar diberikan perhatian, kata penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Agus Yusof, semalam.

Menurutnya, biarpun cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berbentuk peribadi, tetapi cadangan itu boleh dibincangkan secara bersama dengan kepimpinan tertinggi PR. “Pandangan yang diutarakan Zaid tidak salah, apatah lagi bertujuan mengukuhkan lagi parti. Namun cadangan itu perlu diterima secara majoriti oleh pucuk kepimpinan PR dan juga ahli secara keseluruhan.

“Cara lantikan juga perlu mendapat pandangan dan persetujuan ramai pihak. Melalui mesyuarat bersama komponen PR, barulah lantikan secara demokrasi dapat dilaksanakan,” katanya kepada: Sinar Harian:, semalam.

Agus juga tidak menolak kemungkinan keperibadian Nik Aziz yang baik dan dihormati antara sebab cadangan Zaid meletakkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai Pengerusi PR. Ditanya kemungkinan cadangan itu boleh menimbulkan keretakan dalam pakatan pembangkang yang kini diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, Agus berkata, isu ini tidak akan timbul jika pemimpin tertinggi dalam PR sebulat suara memilihnya.

“Sekiranya Nik Aziz dipilih berdasarkan suara majoriti oleh kepimpinan tertinggi dalam pakatan, tidak akan timbul masalah perpecahan. Apatah lagi kini Anwar dibebani dengan pelbagai kesulitan termasuk kes perbicaraan liwat di mahkamah dan sebagainya yang menggugat kedudukan beliau,” katanya.

Menurutnya, meletakkan sesiapa sahaja sebagai ketua atau pengerusi PR tidak menjamin beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya PR memerintah negara ini. “Banyak kriteria lain yang dinilai melayakkan seseorang menjadi Perdana Menteri, dan ini tidak semestinya Nik Aziz dilantik menjadi ketua dalam pakatan, beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri,” katanya.
(Sumber: Sinar Harian/AK)

Lihat sebelum ini...

1 comment:

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Komentar oleh Prof Agus dari UKM itu membayangkan bahawa sudah sampai masanya Malaysia membuka sistem politik kita yang terlalu tunduk dengan gaya Inggeris.
Sudah sampai masanya sistem parlimen Malaysia juga perlu dirombak.
Antara sistem yang perlu dilihat dan diambuil iktibar ialah sistem parlimen Indonesia Turki dan Jerman.
Sudah sampai masanya kepimpinan parti tidak semestinya emmgang satu jawatan politik.
Tugas pemimpin parti adalah memastikan parti ini terus menang dan memerintah.
Perdana Menteri akan menjalankan tugas dan tanggungjawab selagi tidak bertentangan dengan landasan parti.
Apabila ini berlaku, kita tidak perlu takut tentang Perdana Menteri akan ditangkap kerana rasuah dan jenayah lain.
PM itu akan didakwa dan diadili secara telus.
Kenapa?
kerana agensi anti rasuah dan polis akan terletak di bawah parlimen.
Dan pada masa itu kita juga mahukan senator yang dipilih oleh rakyat? apa akan jadi kepada senator yang terlantik kerana kuota orang asli atau alasan lain?
masa itu pengundian yang berkaitan akan digunapakai.
Sebagi contoh, Presiden MTUC sebagai wakil pertubuhan buruh perlu dilantik menjadi senator.
Tidak perlu ada pilihanraya lagi. kerana kerusi itu bertujuan untuk menjaga hak pekerja. Bagi masyarakat orang asli sudah tentu ada pilihanraya setiap 4 atau 5 tahun bagi melantik wakil mereka.
Bagi perwakilan yang lain juga perkara ini boleh dilaksanakan.
Apa yang penting, ktia tidak mahu lagi pemegang jawatan Ketua menteri dan Menteri Besar juga hadir ke parlimen sebagai MP.
Kalau mereka dah menang di DUN, maka selayaknya mereka mengosongkan kerusi parlimen.
ATAU buat pilihan.
Yang penting mereka tidak memgang dua jawatan yang sudah tentu mengganggu perkhidmatan kepada rakyat.
ATAU mungkin parti yang menang boleh melantik seorang pengganti dari parti mereka. Dan jika pemenang ini seorang Bebas? Biarkan DUN membuat pilihanraya kecil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails