Sunday, November 22, 2009

Se ekor Kucing Dihukum Penjara Kerana Bantu Tahanan Palestin

Angkat tangan, kamu dihukum! Israel menghukum tidak kira manusia atau binatang..

NOV 2009 Seekor kucing dihukum penjara oleh pihak berkuasa Israel, kerana dituduh telah membantu penghuni sel isolasi di kem tahanan Negev, yang terletak di antara Mesir dan wilayah yang diduduki Israel.Israel. Menurut pejabat Isreal, kucing tersebut membantu para tahanan Palestin membawa barang-barang ringan seperti surat, roti dan lainnya dari satu sel ke sel yang lain.

Kucing itu telah memberikan bantuan kepada tahanan di sana selama berbulan-bulan hingga akhirnya terbongkar diketahui baru-baru ini. Pengelola penjara memberikan hukuman yang sama seperti tahanan manusia kepada kucing tersebut. Ia dikurung dalam sebuah sel isolasi, seperti hukuman yang dikenakan kepada tahanan yang dibantunya.

Ada puluhan kucing liar yang berkeliaran di antara sel atau ruang tahanan di kem dan penjara Israel, terutama di pusat-pusat tahanan terbuka seperti Negev. Israel sengaja menjadikan suasana penjara dan kem tahanan dalam keadaan menyeiksa dan tidak selesa untuk menurunkan semangat hidup orang-orang Palestin. Melihat begitu banyak kucing yang berkawan dengan tahanan, pejabat Pentadbiran Penjara Israel memutuskan untuk menyingkirkan dan menghukum kucing-kucing ter
sebut.(Sumber: Hidayatullah/ AK)

3 comments:

faizassyirazi said...

Subhanallah..terimbau kembali kisah si pipit yang membantu Nabi Ibrahim AS memadamkan api ketika dibakar Namrud LA..Binatang pun mahu bela Islam jika kita manusia teragak2 nak bantu Islam amatlah memalukan..

saudara rantau said...

Begitu juga labah-labah, haiwan yang telah mengelirukan kafir quraish semasa mengejar Nabi SAW di sebuah gua..

mr edz said...

buat malu kat haiwan jer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails