Sunday, November 29, 2009

Special Draw: UMNO Boleh Makan Babi.

Lantaran dari polisi UMNO menghalalkan judi ini, maka lahirlah generasi-generasi Melayu yang tak malu beratur kat kedai Sports Toto untuk beli judi seperti gambar di atas ini. Kesian, mereka yang menjadi mangsa akibat dari polisi parti mereka. Sebenarnya pemimpin merekalah yang layak makan babi yang semacam berjudi itu..

PARIT BUNTAR , 28 Nov. : Tindakan kerajaan membenarkan dan meneruskan perjudian ‘special draw’ walaupun mendapat bantahan sangat dikesali. Demikian kenyataan Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid mengulas saranan beberapa ahli parlimen DAP yang mahu semua unsur perjudian nombor ekor ‘special draw’ dibatalkan atau dihadkan.

"Bayangkan dalam keadaan kita berhadapan dengan suasana ekonomi yang kelam dan tidak menentu, rakyat kekurangan pendapatan.
.. tiba-tiba kerajaan kita masih ghairah untuk memerah keuntungan dari industri yang walaupun di 'halalkan' tetapi haram dan dibenci Allah” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod pada tahun 2008 sahaja kerajaan Pusat mengutip sejumlah RM2.37 billion hasil dari aktiviti perjudian yang dilesenkan termasuklah kasino. "Untuk satu tahun syarikat-syarikat judi tikam nombor mengadakan sebanyak 72 cabutan khas (special draw) selain cabutan biasa sebanyak 3 kali seminggu yang dibenarkan kerajaan Pusat... keuntungan syarikat-syarikat judi berlesen bergantung pada kekerapan hari yang dibenarkan untuk ia menjual tiket-tiketnya” katanya

Fakhrurrazi berkata, rakyat yang berada dalam kesempitan hidup akan tertarik dengan perjudian ini untuk cepat kaya dan senang. KKerajaan yang sepatutnya membela dan mempertahankan nasib mereka, sebaliknya kerajaan bentangkan seluas-luasnya peluang untuk mereka terjerumus sekali ke kancah kebinasaan” katanya.

Sebaliknya, ahli parlimen dari DAP dan PR yang meminta supaya perjudian nombor ekor ‘special draw’ dibatalkan atau dihadkan” katanya.


Menurutnya, kerajaan mengambil jalan mudah memperoleh hasil cukai melalui cukai judi tanpa mengira kesan buruk kepada rakyat
. "Bukan sahaja orang bukan Islam yang dikaitkan dengan perjudian ini, orang Islam pun ramai terjebak kerana ingin cepat kaya." Sila lihat http://paritbuntar.pas.org.my

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau kita lihat kembali sejarah... (klik
002 - Siasah Ulama) antaranya tertulis:

Contohnya. Untuk menambah lagi sumber kewangan UMNO, Kesatuan Melayu Kedah telah mencadangkan supaya Jabatan Agama dan UMNO melaksanakan sistem judi loteri. Menurut Ramlah Adam dalam tulisannya ‘UMNO Organisasi dan Kegiatan Politik’ (Terbitan Mohd Nawi Book Store 1978) menyebutkan:

“..Kesatuan itu faham bahawa loteri tidak dibenarkan dalam Islam. Tetapi loteri itu lebih merupakan derma dan ia bertujuan untuk membaiki kehidupan, yang bukan untuk seorang sahaja tetapi seluruh kaum Melayu yang ada serta menjadi anggota UMNO.”

Cadangan ini disokong oleh Perikatan Melayu Perak cawangan Selama. Menurutnya:

Mungkin alim ulama akan mengatakan ini haram, tetapi agama kita mengharuskan makan apa saja walaupun bangkai babi, jika tidak ada lain yang patut dimakan. Keadaan ini samalah dengan keadaan ekonomi orang Melayu yang di dalam hutan belukar, maka sudah tentu ‘harus’ untuk dijalankan loteri itu.”

Walaupun terdapat bantahan dari tokoh agama dan para ulama dengan hujah-hujah kukuh dan syar’ie di sekitar tahun 1940an itu, namun sistem loteri yang dikatakan ‘untuk kebajikan masyarakat’ tetap berjalan dan ianya terus menjadi lambang keangkuhan UMNO di dalam meletakkan alim ulama dan hukum Islam di bawah telunjuk mereka.

Berkata pula blog Malaysia Waves semalam...

Saya pernah membaca satu buku dari Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membentras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. Terence Gomez berkata beliau hairan bagaimana orang-orang seperti Daim Zainuddin dan Mahathir serta UMNO yang mengaku Islam boleh bergelumang dalam dosa judi dengan begitu mendalam sekali. Tak heran lah, generasi UMNO (yakni mereka yang dilahirkan, dibesarkan serta dididik dalam UMNO) seperti Najib Tun Razak boleh meluluskan 10 lesen judi baru dalam bulan pertama beliau menduduki kerusi Menteri Kewangan.

Dan menukilkan..

In Belit BN Belit UMNO, Islam Hadhari on March 3, 2008 at 9:51 am al-bakistani.blogspot.com Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi. Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar( juga terlibat dalam kes Memali). Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini. Di lampiran (b) pula, dipaparkan satu keratan Akhbar utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM. Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tambahnya...

LAMPIRAN (a)





























LAMPIRAN (b)












Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Quran.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

Al Bakistani

Maka jika digunakan logik ulama-ulama UMNO waktu itu

...“Mungkin alim ulama akan mengatakan ini haram, tetapi agama kita mengharuskan makan apa saja walaupun bangkai babi, jika tidak ada lain yang patut dimakan. Keadaan ini samalah dengan keadaan ekonomi orang Melayu yang di dalam hutan belukar, maka sudah tentu ‘harus’ untuk dijalankan loteri itu.”..

.. sedangkan judi sehingga sekarang menjadi amalan untuk menguatkan ekonomi negara, maka orang-orang UMNO sekarang boleh makan 'bangkai babi'!! Sekian (2MA)

1 comment:

Anonymous said...

oH 1 Malaysia Tanahairku – Hasil Judi 2.37 Billion
Posted on 28 November 2009 by dupahang

Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009. Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170

Sport Toto 509,739,584

Magnum Corporation 396,477,793

Pan Malaysia Pools 270,764,197

Pan Malaysia Racing 138,576,130

Daily One Corporation 18,082,749

Sandakan Turf Club 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

OOOHHH Malaysia Tanahairku… Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18112009.pdf


http://www.nasirzakaria.com/ver3/index.php?option=com_content&task=view&id=106&Itemid=1

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails