MUADZAM SHAH: Pengarah Urusan syarikat tenusu, First Dairy Farm (M) Sdn Bhd, Datuk Muhammad Alwi Abdullah tidak terdaya membendung air matanya selepas melihat produk keluarannya terpaksa dibuang begitu saja.
Muhammad Alwi berkata, beliau terpaksa berbuat demikian selepas susu segar keluaran 380 ekor lembu di ladangnya tidak diterima oleh dua syarikat pengeluar produk tenusu terkenal di negara ini atas alasan rosak dan dicemari bakteria.
"Selepas produk kami ditolak, kami melakukan beberapa ujian dan mendapati susu ini masih elok," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dakwanya, sejak dua bulan lepas, sebanyak 91,500 liter susu lembu segar dengan nilai RM228,750 terpaksa dibuang. Katanya, kira-kira 19,000 liter susu yang masih berada dalam tangki simpanan di ladangnya di KM 81, Jalan KuantanSegamat juga mungkin mengalami nasib yang sama sekiranya ditolak syarikat pengeluar tersebut.
Muhammad Alwi berkata, sejak ladang ternakan itu dibuka satu setengah tahun lepas, ini pertama kali produk keluarannya ditolak.
"Kita telah mengadakan pertemuan dengan mereka (syarikat pengeluar), tetapi mereka mahu kita menurunkan harga. Namun kita tidak berupaya berbuat demikian kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi selain membayar upah pekerja dan pelatih usahawan," katanya.
Justeru dakwanya, syarikat pengeluar terbabit kini lebih berminat untuk mengambil produk susu dari luar negara terutama Australia dan New Zealand.
Sehubungan itu, beliau memohon supaya kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggubal dasar menghadkan import produk tenusu luar negara bagi membantu industri tenusu tempatan. - BERNAMA
saya ada cadangan. apa kata buang susu tu di persimpangan jalan yang paling sibuk terutamanya di KL. biar menjadi perhatian umum
ReplyDeletesaya sudah bosan dengan karenah politik Malaysia yang asyik bergaduh sehinggakan syarikat tempatan terabai dan dianak tirikan. jangankan dibantu disekat ada la
Tindakan CEO kelas tiga & tersepit. Macamana harga di pasaran masih mahal RM4.50-RM6.00 seliter. Pengguna tak mampu beli kerana 1 liter boleh minum 4 gelas kalau satu famili 1 hari dah habis. Bukan macam di negara maju tiap2 hari boleh minum. Patut le diaorg besar & tinggi. Kita sebab tak mampu minum susu segar terpaksa minum teh tarik dengan susu pekat yg berlemak dan banyak gula. Lepas tu suruh kita kurang gula le tapi diaorg yg tak langsung promote suruh minum dgn susu pekat. Kita kena paksa kerajaan turunkan harga susu RM2 liter ke baru rakyat mampu. Rakyat sihat negara berkat....jangan naikkan harga lagi. Ini bukan soal politik, tapi tak efisien. Jangan memandai semua hal politik. Memang Melayu semua politik je...
ReplyDelete